CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sakurakuri

Taufiq buat Hidayah

  [Copy link]
Post time 18-5-2012 08:23 AM | Show all posts
menanti ayat power DAYAH...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2012 09:03 AM | Show all posts
mana sambungannya sakura, dah x sabar nak tahu apa Dayah akan buat
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 10:16 AM | Show all posts
best2....nak lg....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 07:29 AM | Show all posts
sambung lg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2012 09:54 PM | Show all posts
Dua tiga hari ini Dayah lain betul. Asyik nak merajuk dan curiga semacam sahaja. Banyak aktiviti Taufiq jadi tergendala gara-gara Dayah yang asyik menarik muka itu. Nak kata dia tidak selesa di rumah ibunya ini, tidak logik langsung. Nak kata period, melenting pula kalau dia tanya dekat Dayah nanti.
       
Dia baik sahaja dengan semua orang, cuma dengan Taufiq sahaja anginnya berubah-rubah. Kadang-kadang naik geram juga dengan kelakuan Dayah yang seperti orang tidak matang itu.

Pagi tadi bila Mak cik Som meminta menghantarnya ke klinik kerana kaki terseliuh, Dayah bukan main lagi tarik muka empat belas. Sampai sekarang Dayah maish merajuk. Geramnya! Sampai bilalah Dayah nak cemburu buta pada si tua kerepot itupun Taufiq tidak tahu.

“Abang, kalau abang dah sayang sangat dengan  Mka cik Som tu, pergi sajalah tidur rumah dia. Jangan nak gatal-gatal balik rumah ini.”Dayah mengelupur saja bila pinggangnya yang ramping itu Taufiq peluk dari belakang.

“Amboi-amboi, bukan main lagi ye dia halau kita suruh tidur rumah orang lain ya. Ini bilik abang tau.”Taufiq tarik Dayah sampai ke katil. Mahu dipujuk-pujuk saja isterinya itu sejak tiba ke kampungnya ini.

“Ok, sekarang jelaskan apa yang kamu tidak puas hati sangat dengan abang ni?”Taufiq ambil jalan mudah, bincang. Biar senang isterinya itu luahkan isi hatinya. Senang pulalah dia nak memujuknya.

“Lekaslah.”Lengan Dayah Taufiq elus-elus lembut. Dayah hembus nafas perlahan-lahan. Sedikit-sedikit cair juga hatinya bila dibuat begitu.

“Yang pertama..”

“Amboi banyaknya salah abang ya.”Taufiq potong.

“Ala, baru yang pertama dah kata banyak. Malas lah nak cakap.”Dayah tarik muka lagi. mengada-ngada sahaja dia. Nasib baiklah bini aku ni comel.

“Oklah, ceritalah. Seratus pun abang dengar.”Taufiq sengih. Dia tahu isterinya sudah mula sejuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2012 10:07 PM | Show all posts
Assalamualaikum;)
maaf lambat masukkan n3 baru. sibuk sikit.
Novel pertamaku dgn JS adiwarna...Tajuknya Min, kopi dan zzz..
http://www.jsadiwarna.com/karya-i-u-baca/e-novel.html

novel ke dua dengan PTS one...novel kanak-kanak. sudah terbit..
http://pts.com.my/index.php/buku/saya-tahu-rahsia-awak/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2012 10:09 PM | Show all posts
Reply 426# sakurakuri
Tahniah!!!!
Nanti nk cr time PBS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2012 10:53 PM | Show all posts
Dayah mula senyum. Tapi dia mahu sampaikan juga pada Taufiq apa yang terbuku dalam hatinya,

“Yang pertama Dayah nak pastikan betul ke abang tak ada apa-apa dengan Ayu tu?”Wah, bukan main lagi dia, siap dengan jelingan maut lagi. Taufiq senyum saja.

Kalau ikutkan hati mahu saja dia gelakkan soalan Dayah yang bukan-bukan itu, tetapi mengenangkan emosi Dayah yang kerap dan mudah sangat berubah-berubah itu, Taufiq jadi seram juga.

Buatnya Dayah berubah menjadi raksasa bagaimana? Tak kan Taufiq nak jadi ultraman yang menfire isterinya sendiri sampai terbakar semuanya. Rosaklah!

“Ok, boleh abang jawab sekarang?”Bibir Taufiq Dayah tutup dengan jarinya, “Sekejap, biar saya habiskan soalan saya dulu.”yelah Dayah, malam ini kamu yang punya ya.

“Yang ke dua, saya tak suka abang baik sangat dengan Mak Cik Som tu, Dengan anaknya yang perasan ayu tu pun saya tak mahu abang rapat-rapat tau.”Dayah menyudahkan ayatnya dengan satu keluhan berat. Seperti seketul batu besar telah terlepas daripada bahunya pula.

“Tu saja ke?”Taufiq angkat keningnya. Isterinya memang macam-macam hal. Bila masalah dia rapat-rapat dengan Mak cik som itu. Dengan Ayu lagi lah dia segan. Kalau bercakap pun perkara yang penting saja. Dayah cebirkan bibirnya bila Taufiq tanya begitu.

Dia tahu, soalan dan kemahuannya kebudak-budakkan sangat. Tapi itulah yang hatinya mahu. Dia akui yang dia sangat cemburu. Dia dia tidak sukakan mak cik som anak-beranak yang suka cari pasal itu.

Wah, bila pula mak cik som anak beranak ajak Dayah bergaduh ni?
       
“Emm...bila masalah abang rapat dengan dorang tu. kamu ni selalu saja fikir yang bukan-bukan.”
       
“Yelah, tapi abang kena ikut apa saya nak ni tau. Kalau saya dapat tau abang cuba-cuba berlaku gatal kat cikgu Ayu tu, siaplah abang.”wah, dia punya ugutan tu. bukan main lagi dia bagi arahan.
       
“Makcik Som tu memang tidak boleh dipercayai langsung!” Dayah tambah. Macamlah dia kenal benar dengan Makcik Som itu.
       
“Yelah, tapi bila masa kamu nampak abang dok bergatal dengan cikgu Ayu tu? Dengan mak cik som tu...isk, tak lah abang. Baik abang bergatal dengan bini abnag ni!” Dagu Dayah Taufiq cuit.
       
“Ini amaran saja. Saya tahu, Cikgu Ayu tu bakal isteri tak jadi abangkan?”
       
“Amboi, pandainya dia speku itu ini. Siapa cerita ni?” Taufiq sengih. Manalah isterinya itu dapat cerita yang tidka berapa enak ini?

“Adalah, daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.”
       
“Yalah, sumber boleh dipercayai kamu tu siapa?”
       
“Makcik Som kesayangan abang tulah.”Taufiq, Dayah jeling. Konon-kononya Taufiq takutlah dengan jelingan maut dia tu.
       
“Eh, tadi kata Makcik Som tidak boleh dipercayai. Sekarang percaya pula. Mana satu sayang ni?” Taufiq sudah mula ketawa. Sejak tadi dia tahan saja tawanya itu. Sekarang dia sudah tidak dapat manahannya lagi.

Dan Dayah sudah tarik muka masamnya lagi. terus saja dia baring dan menarik selimut sampai kepala. Merajuk lagi...siap dengan air mata pula tu....

Bersambung.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2012 10:54 PM | Show all posts
Reply 427# midar


    ya, thanks
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 11:51 PM | Show all posts
Salam.

Best entry terbaru ni.... Sambung ler lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 10:44 AM | Show all posts
lagilah...x cukup...hihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 12:15 PM | Show all posts
sikitnya...next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2012 10:47 PM | Show all posts
“Kamu ada masalah ke dengan si Taufiq tu?”Cik Nah memandang menantunya itu. Sejak dua tiga hari ini nampak benar dinginnya Dayah dengan suaminya itu. Suami pula jenis suka menyakat, alamatnya tidak surutlah rajuk menantunya itu.

Ikan kembung yang sudha dicuci Dayah sapukan dengan garam dan kunyit yang banyak. Lebih sedap kalau kunyit banyak, kata ibu mertuanya semasa dia baru kawin dengan Taufiq dulu. Dia hembuskan nafas perlahan.

“Tak ada apalah mak. Biasa-biasa saja.”Hidayah berdalih. Namun hatinya siapalah yang tahu. Pagi tadi hatinya sakit betul, sudahlah kepalanya asyik pusing sahaja sejak dua menjak ini, Taufiq pula bagai sengaja mungkir janji.
       
Entah apalah ributnya, Makcik Som yang baik hati sangat itu meminta Taufiq menjemput anak buahnya itu di pekan. Kereta Si Ayu tu rosak katanya.

Amboi, bukan tidak boleh disuruh orang lain. Malah teksi berlambak saja di pekan tu. Sengaja nak menyiram minyak pada hati Dayah yang terbakar lah tu.

Sudahnya rancangan Taufiq yang mahu membawanya ke sungai di hujung kampung pun Taufiq lupakan begitu sahaja.  Mana hati Dayah tak merajuk.
       
Bila Dayah call minta balik cepat, boleh pula dia beri alasan terpaksa temankan si Ayu beli barang dapur pula. Ewah..macam laki Si Ayu pula Taufiq ni. Hati Dayah memnag kuat mengatakan yang Ayu memang ada hati pada Taufiq.
       
Dan Taufiq, mungkin sudah terbuka matanya untuk memandang si Ayu yang dia tidak nampak sebelum ini. Yalah, Taufiq kan kawin dengan dia yang tidak punya ilmu agama seperi Ayu tu. manalah Taufiq tahan dengan perangainya yang kuat marah dan merajuk itu.

Dan natijahnya, Dayah bertekat mahu perang dengan Taufiq. Dia berseronok-seronok di pekan ke hulu ke hilir dengan anak dara tidak laku itu, isteri dibiarkan ternanti-nanti.
Bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 11:09 PM | Show all posts
kesian Dayah... takpe nanti Taufik pandai lah pujuk
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 11:09 PM | Show all posts
Reply 426# sakurakuri


    tahniah!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 11:20 AM | Show all posts
dah tu asyik nak berangin saja , baik merendek kat pekan dgn ayu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2012 02:30 PM | Show all posts
nak lagik.........
semakin best bila si dayah nie dah mula cemburu dan merajukkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 02:34 PM | Show all posts
cmne DAYAH merajuk panjang agaknya nie...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 10:23 PM | Show all posts
alaaa nak lg...best nie...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 10:59 PM | Show all posts
nk lg jugk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.237250 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list