CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sakurakuri

Taufiq buat Hidayah

  [Copy link]
 Author| Post time 7-8-2011 09:58 PM | Show all posts
Reply 139# nallepooh

terima kasih...cuba untuk sedaya upaya jujur pada penulisan sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2011 10:02 PM | Show all posts
Reply 140# nhid_tam


insyaallah, besok saya akan masukkan n3 ya.
terima kasih membaca dan sabar menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 08:50 AM | Show all posts
morning......tak sabar nunggu nih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 09:33 AM | Show all posts
meninggalkan jejak di pagi senin yg indah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 12:38 PM | Show all posts
salam..ok...sambung ya...

setelah adegan drama terkena minyak panas bersama mak som di dapur Cik Nah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 12:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by sakurakuri at 8-8-2011 13:06

salam..ok...sambung ya...

setelah adegan drama terkena minyak panas bersama CIk som di dapur Cik Nah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-8-2011 12:42 PM | Show all posts
Hidayah termenung di jendela biliknya. Hari ini hari ke dua dia tinggal bersama Taufiq. Setelah segala kenduri kendara tamat, setelah segala sanak saudara balik ke rumah masing-masing dan segala pinggan mangkuk periuk belaga habis dikemas, akhirnya cuti Taufiq habis juga. Jadi sebagai isteri ‘mithali’ terpaksalah dia mengikut juga suaminya itu.
       
Rumah kuaters guru itu, luas juga untuk mereka berdua. Walaupun cuma ada dua bilik, tetapi agak selesa jugalah untuk sementara Taufiq mengumpul duit buat membeli rumah yang lagi besar.
       
Wahh...ada angan-angan nak membesarkan keluarga juga ke Dayah? Hatinya yang nakal itu mengusiknya.
       
Hidayah memerhati sekitar kuaters guru itu, rumahnya berada di tingkat ke empat. Dari jendela biliknya itu, pemandangan bukit-bukau yang hijau dan membiru cantik sangat.
       
Sejuk saja bila dayah tenung lama-lama. Hati yang runsing pun boleh jadi damai. Em..boleh la nanti dia menulis sambil melihat-lihat ke arah pemandangan yag damai itu.

Terujanya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 12:42 PM | Show all posts
Ketika baru sampai ke rumah ini semalam, dia sudah berkira-kira mahu bilik yang berasingan dengan Taufiq. Bila dia usulkan cadangan begitu pada Taufiq kelmarin, orang tua itu cuma diam saja.
       
Yalahkan, Taufiq kan mahu semuanya ‘bincang-bincang’, ‘mesyuarat-mesyuarat’ dahulu. Keputusan ‘mesyuarat’-tunda. Katanya mahu fikir dahulu. Alih-alih, sampai dah pindah pun, Taufiq masih belum berikan jawapan.
       
Sampai sahaja ke rumah ini semalam, terkocoh-kocoh dia berebutkan bilik. Macam kanak-kanak berlari berebut gula-gula yang ditabur pengantin saja.
       
Padahal Taufiq tak ada pula nak berebut sama. Dia sorang saja perasan yang Taufiq akan ikut perangai ke budak-budakan dia tu.
       
Taufiq mengelengkan kepala dengan gelagat kanak-kanak rebina tu. Semalam, bila dia pilih bilik utama tu, mulanya Taufiq tak kata apa.
       
“ Wak, saya nak bilik ni ye!” Hidayah sudah menjerit dari dalam bilik utama yang agak luas itu.  Hari keluar dari rumah mertua dan pindah ke rumah sendiri ni memang dia nanti-nantikan sangat.
       
Rimas betul asyik kena berlakon sana, berlakon sini. Sudahlah mak cik Som lesung tu pun hari-hari ada saja muka dia terpacak di dapur mertuanya itu. Sekali dengan si Ayu tu la...geramnya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2011 12:43 PM | Show all posts
“ Wak, awak ambik la bilik depan ni ya...saya suka air-cond la,” Hidayah berdiplomasi lagi. Taufiq ni dengar tak ni! Saja lah tu diam, nak cari idea mengenakan orang lagi!
       
“ Wak!” Hidayah sudah geram. Suaranya sudah ditinggikan dalam rajuknya yang mengada-ngada itu.
       
Heh, malas aku nak layan...asyik panggil ‘wak, wak, wak’...dah macam burung wak-wak dah aku ni kau buat Dayah.... ‘terwak, wak’ tak habis-habis.
       
Akhirnya, Hidayah keluar dari bilik itu ke ruang tamu. Si Tafiq ni dari tadi asyik diam, tersampuk hantu rumah ni ke apa? Mengada-ngada. Ingat dia raja ke?...helo pakcik! Dah tak ada masa I nak jadi heroin U ok. Hatinya yang nakal  menyokong.
       
“ Awk ni dengar tak...saya sakit tekak dah asyik panggil nama awk saja!” Hidayah duduk di kerusi di sebelah Taufiq.
‘ Pangil nama aku?’ kalau panggil ‘wak’ tu bukanlah nama abang sayang oi! Ingat abang ni Wak Suparjo dukun sentet ke?
       
Hidayah memerhati ke sekeliling. Mujurlah kuaters guru ini sudah lengkap dengan perabot asas dan perabot hasil tinggalan orang lama rumah ni dulu.
       
Jadi tak ada lah Taufiq kena keluar duit lagi. Hidayah ketawa dalam hati, baru dia berangan-rangan mahu mendera poket orang tua tu. Tak apalah, mesin basuh dan peti ais masih belum ada. Hidayah ketawa dalam hati lagi.

Seronoknya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 12:47 PM | Show all posts
***********       
“ Ya, Allah...kasarnya tangan. Kenapa ni Dayah? Kedut-kedut tangan ni...? ya, Allah, siap ada bintik-bintik ruam berair lagi tapak tangan tu. Kenapa ni sayang?” Cik Nah menyoal bertubi-tubi. Jari menantunya dibelek-belek. Oh, kesiannya....
       
Dengar saja bunyi deruman enjin kereta masuk ke perkarangan rumahnya itu. Berlari Cik Nah menyambut menantunya itu. Kesiannya...kurusnya tak cukup makan...

“ E’eeehh...kesiannya menantu mak ni! Muka tak berseri langsung dah sejak tinggal dengan Taufiq ni,” mana nak berseri mak, Taufiq tu asyik mendera siang malam. Sob, sob... Hidayah gigih mengeluarkan segala bakat untuk babak sedih isteri deraan suami.
       
“ Berus kain baju mak, basuh baju pakai tangan!” waaa....Hidayah menundukkan wajah ke bawah. Tanda sedih yang teramat sangat.
       
“ YA, ALLAH. TAUFIQ!!! Kamu dera bini kamu ke? Eh..ke mari kamu! Ke mari kamu!” Cik Nah sudah berapi-rapi.

Matanya terjegil menahan marah pada anak lelakinya itu. Tangannya ringan saja mahu bagi sedas dua penampar Jepun pada menantu grad A Hj. Baharin ni. Bagi je mak! Biar dia rasa sikit macam mana kena dera.
       
“ Eh, Taufiq.. kau ingat aku kawin kan kau dengan Hidayah aku dapat pakai ajen mencari pembantu rumah ke? ewahhh!! Sedap2 kau nak dera-dera ya.” Telinga Taufiq dipulas-pulas.

Adehh2... ha rasakan! Rasakan! Pulas lagi kuat mak! Hidung dia tu tarik biar lagi panjang. Eee....telinga sebelah lagi Hidayah pula yang tarik.  Aduh....

*********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 12:48 PM | Show all posts
“ Hehehehe....” akhirnya tawa Hidayah yang tadi cuma meletus dalam hati akhirnya tercetus dibibirnya.

Dia menekan perutnya membayangkan Taufiq dipulas telinga macam kerbau degil yang tak mahu ke bendang saja.
       
Kakinya terlonjak-lonjak saja, kerana seronok ketawa dengan cerita hatinya itu. Amboi...seronoknya ketawa begitu ya Dayah!

Ops! Baru dia perasan yang Taufiq di sebelahnya cuma memandangnya hairan.
       
“ Kenapa? Tiba-tiba ketawa tak bertempat ?” Taufiq rasa bengang. Rasa seperti Hidayah sedang mereka-reka cerita lucu pasal dirinya dalam kepalanya yang keras macam batu tu. Entah batu apalah jenis kepala si Dayah ni! Batu nisan agaknya, sebab tu degil ya amat.
       
Taufiq senyum dengan kata hatinya. Astarghfirrullah...dia jadi ingat pada tangungjawab pula. Dialah yag bertangungjawab pada segala hal melembutkan isterinya itu sekarang.
       
“ Awak, saya ambik bilik yang besar tu eh...awak ambik la bilik yang depan ‘bilik saya’ tu,” wah...kalau mahukan sesuatu bukan main lembut lagi ya Dayah..lembut gigi dari gusi!
       
“ Boleh!” Taufiq terus saja menjawab tanpa berfikir. Baiknya awak!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 12:50 PM | Show all posts
“ Tapi keputusan yang berat sebelah macam ni kena ada syaratnya,” ala....baru lagi Dayah nak mula suka dengan Taufiq yang tadi...tiba-tiba nak bagi syarat pulak.

Ingat pertandingan kuiz koperasi sekolah awak ke encik Taufiq! Hidayah sudah menyilangkan tangan kanan dan kirinya ke dada. Protes!
       
Taufiq memandang Hidayah sekilas. Ingat senang-senang nak buat keputusan sendiri macam tu ya. Taufiq ambil diari 2011 di dalam bag laptopnya...dikeluarkan cermat.

Dalam hati Dayah : lembabnya!
       
“ Ok, syarat yang pertama, dengar betul-betul. Tak payah salin ya,” elleh, macam la kita ni pesarta kuiz koperasi sekolah yang dia anjur!
       
“ Kamu kena masak hari-hari. Kalau abang suruh kamu kena masak.” Taufiq mencatatkan cermat. Di bawah helaian yang ditulisnya itu, tersisip kemas kertas karbon warna biru yang biasa digunakan untuk membuat resit jualan. Taufiq mengangkat muka, melihat riaksi Hidayahnya itu.

Ooo...eksyen ya..
       
Bukan payah sangat masak- memasak! Hidayah rasa dia  sudah menang! 1-0
       
“ Kalau tak sedap, akan dikenakan penalti...” nanti, belum habis lagi. Hidayah sudah pelik dengan syarat mengarut Taufiq ni. Keningnya dikerutkan seribu.
       
“ Maksud awak?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 12:52 PM | Show all posts
“ Maksudnya, kalau tak sedap awak kena tidur dengan saya!” Hidayah sudah bercekak pinggang.

Wah! Berani kamu. Dipandangnya Taufiq bagai mahu menelan.
       
“ Hehe...gurau je lah. Saja nak tengok respon.” Saja nak tengok taring anak singa hari ni       
! Hati Taufiq  menambah.
       
“ Ok. Saya masak” Hidayah mahu bangun dari duduk..
       
“ Kejaplah...belum lagi habis lah.” Lengan isterinya ditarik perlahan.
       
Wah...dah pandai ambil kesempatan ya Taufiq. Hatinya senyum. Mujur anak singa tak mengamuk.

Yalah...dia tak tunjuk muka gatal tadi! Kemenangan berpihak padaku!

Hatinya mencatat perlahan - petua nak mengurat isteri garang macam anak singa : jangan tunjuk muka gatal bila tersentuh atau sengaja sentuh.
       
Hidayah kembali duduk. Apalah lagi yang dia mahu ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 12:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by sakurakuri at 8-8-2011 13:02

“ Syarat yang kedua...abang tak mahu kamu panggil ‘wak, wak’ lagi..dah macam burung wak-wak abang rasa.” Dia senyum.
        
“ Elok lah tu..sesuai dengan awak!”  
        
“ Tengok tu, pangillah dengan gelaran yang hati suami boleh senang. Tanda kamu hormat dan tanda kamu sayang, walau pun abang tahu, hati kamu ni sikit pun tak ada perasaan sayang kan. Tapi abang tahu kamu hormatkan abang, kan.?
        
“ Boleh?” Hidayah masam saja. hai..nak tidur sebilik ke ni? Hatinya digaru nakal..
        
“ Kalau macam tu, abang pindah bilik utama.”
        
“ Ok. Kalau silap jangan marah.” Taufiq rasa ini sudah jadi 2-0. Keaadaan terkawal sepenuhnya.
        
Hatinya mencatat lagi- petua nak mengurat isteri garang macam anak singa : Bila diselitkan  ‘tangungjawab’ dalam kata-kata, mudah saja dia menurut.
        
“ Tak marah, nama pun silapkan...tapi kalau tak buat, tu yang boleh mendatangkan marah tu.” Taufiq senyum dengan kata-katanya sendiri. hehe..pandailah aku buat lawak.

isterinya itu cemberut saja wajahnya. Elleh..setakat lawak ciplak tak kelakar langsung!
        
“ Dah habis ke?”
        
“ Belum lagi...banyak lagi.”
        
“ Awak ni tu pun nak berkira.”
        
“ Bukan berkira tapi keadilan sayang.” Hidayah mencebek.
        
“ Tengok tu, buat mulut macam tu.”
        
“ awak tu lambat sangat.. cepat la. Jangan asyik ceramah saja.”
        
“ Ok, syarat yang ke 2...”
        
“ Wah..berapa kali awak nak ‘dua’ ni?”
        
“Ingat tak perasan.” Taufiq senyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 01:04 PM | Show all posts
akhirnya selamat juga n3 seterusnya mendarat di sini...
selamat membaca!

p/s : kesilapan ejaan adalah amat disesali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 01:10 PM | Show all posts
Reply 143# yaya4075


cik yaya..sila-silalah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2011 01:12 PM | Show all posts
Reply 144# nimi


    cik nimi...sila sila..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 01:12 PM | Show all posts
kesilapan ejaan tu belakang kira..........
janji ada n3 yg menceriakan hari2 uda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 01:17 PM | Show all posts
Reply 158# uda08_za


    kesilapan ejaan menggambarkan kelajuan semasa menaip..ceh!
TQ uda
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 01:57 PM | Show all posts
ok la tu.. terubat juga rindu. tapi kalau ada lagi best jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.491597 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list