Salam semua. Rasanya ramai yang pernah dengar pasal hantu yang baling pasir atas atap rumah. Aku tak tau hantu apa yang suka main baling2 pasir ni tapi nak share cerita masa zaman sekolah dulu.
Masa tu aku nak ambik PMR. Ditakdirkan kat kampung memang ramai kawan yang satu kelas. Paling tak pun kelas sebelah. Masa tu kitorang plan nak buat study group (padahal tak pun haha) kat rumah member. Kebetulan ayah member tu baru siapkan satu bangsal untuk dia simpan keretuk (sejenis alat muzik tradisional kelantan). Luas bangsal tu boleh muat 8 orang kalau tido bertentangan. ada dua tingkap yg cuma ditutupi kain. tinggi pulak rendah sikit daripada rumah. kedudukan bangsal ni sebelah pokok jambu kalau tak silap. dari jalan utama kampung rumah member ni rumah yg paling hujung. belakang rumah dia kebun getah. tengah2 kebun getah tu ada kubur yg dulu dikatakan banyak sangat kes orang kena kacau kat situ.
ok. jadi kitorang (kalau tak silap dalam 5 orang) stay kat bangsal dengan buku masing2 ada kat tangan. kononnya nak study la tapi tak study mana pun, borak2 je banyak hehe. sampai pukul 12 lebih kurang semua dah mula mengantuk. masing2 dah mula nak tido kecuali aku. biasanya kalau tempat baru aku susah nak lelap. tido pulak cuma beralaskan tikar atas lantai simen. lampu pijar dibiarkan terpasang. aku tekup muka dengan buku log geografi sebab lampu betul2 atas muka aku.
tengah berusaha nak tido tu tiba2 terdengar pasir bertaburan atas siling. memang jelas sangat bunyi pasir tu. macam penuh satu atap bangsal. aku syak abang kawan aku yg saje nak mengusik. tengok jam, masa tu dah pukul 2 pagi. tiba2 terasa meremang bulu roma. aku cuba lagi utk tido tapi tak dapat jugak nak lelap. tak lama lepas tu terasa orang baling batu ke arah buku log yg aku tekap atas muka. dua kali batu kecik tu tepat atas muka aku. aku alihkan sikit buku tu nak tengok kot2 abang kawan aku tu ada di sebalik tingkap cuba nak usik aku, tapi takde. tak berani aku nak angkat buku tu takut tiba2 ada makhluk muka hodoh kat depan naya aku huhu. dalam syak abang kawan aku tu aku still lagi rasa seram.
aku kejut kawan aku yg tido kat sebelah mintak tolong hantar aku balik rumah yg jaraknya lebih kurang 200 meter dari bangsal dia. tapi kawan aku tu tido mati, punyalah susah nak bangun. last2 aku cuba gak lelap, sedar2 dah subuh.
waktu subuh kitorang ke surau yg terletak 200 meter dari rumah member aku tu. oh ye lupa lak. bangsal dia cuma depan rumah dia je lebih kurang dalam 20 meter. dekat sangat tapi sekeliling hutanlah. ok sambung pasal solat subuh. kitorang berempat ke surau, yg lagi sorang nak stay kat bangsal katanya nak masak maggi utk sarapan...padahal dia tak jenis liat nak solat. hampeh punya kawan.
selesai solat subuh kat surau kitorang pun berjalan balik semula ke bangsa. dalam keadaan gelap tu aku ternampak ada kelibat macam orang keluar dari bangsal terus ke jalan utama kampung. kat simpang jalan utama tu ada lampu jalan. yg peliknya, orang tu hitam legam. dia macam keluar kejap pastu tengok kitorang datang, then masuk balik dalam bangsal.
bila sampai kat bangsal aku tanyalah member aku yg tengah masak maggi tu, ada keluar ke jalan utama ke? dia kata takde, sepanjang masa dia duk masak maggie, tak berani nak tinggal takut maggie tu jadi bengkak. aku dah mula pelik, sape yg keluar tadi?
lepas tu abang member aku pulak baru balik dari umah kawan dia. semalam dia tido kat rumah member. jadi timbul satu kemusykilan...sape yg baling pasir tengah2 malam tadi? korang rasa? Last edited by amirezu on 14-10-2012 12:45 AM
|