CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1941|Reply: 22

‘Jangan ada lagi Zara yang lain, tolong pantau anak-anak kita’ - Bella Astillah

[Copy link]
Post time 31-7-2025 04:23 PM | Show all posts |Read mode






Hati selebriti popular Bella Astillah ibaratnya hancur berderai sebaik diberitakan tentang tragedi berlaku di Sabah melibatkan kematian seorang pelajar, Allahyarham Zara Qairina yang didakwa terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah.


Malah, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, menegaskan pihak terlibat sepatutnya tampil untuk bertanggungjawab atas insiden yang membawa kepada pemergian pelajar berusia 13 tahun itu.


“Adik Zara Qairina, 13 tahun, anak Sabah, perginya dalam keadaan penuh tanda tanya. Dikatakan dibuli, disakiti tapi sampai hari ini belum ada siapa yang tampil bertanggungjawab.


“Tepuk dada, tanya selera. Kalau ini berlaku pada anak kita sendiri, sanggupkah kita berdiam? Sebagai seorang ibu dan juga orang Sabah, hati saya hancur.


“Bayangkan, anak kecil jauh daripada keluarga, menghadapi semuanya seorang diri. Kenapa sampai begini baru kita mula buka mata? Takkan kita nak biarkan saja apatah lagi melibatkan nyawa!


“Siapakah orang yang sepatutnya bertanggungjawab memantau mereka di asrama tempat ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan mereka di sana. Allahu, di mana letaknya perikemanusiaan kalian semua,” katanya dalam hantaran Instagram.


Dalam pada itu, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu turut menyeru masyarakat agar tidak memandang ringan isu buli selain memberi perhatian lebih terhadap kesihatan mental serta keselamatan pelajar yang berjauhan daripada keluarga.


“Seorang anak kecil, pada usia muda begitu, terpaksa menanggung penderitaan yang tak sepatutnya. Buli bukan hal remeh.


“Jangan kita diam, atau tunggu ada lagi Zara yang lain. Tolonglah pantau anak-anak kita.


“Dengarkan, didik mereka supaya jadi manusia yang ada empati dan bukan (jadi) yang kejam,” katanya lagi.


Tidak akan berdiam diri, ibu kepada dua orang anak itu akan terus memperjuangkan hak Zara Qairina dan mendoakan agar keadilan berpihak kepada arwah Zara.


“Zara bukan sekadar nama dalam berita, dia adalah anak kita juga. Kita gagal bila anak-anak terbiar dalam sistem yang membuatkan hati dan menutup kebenaran.


“Saya doakan keadilan yang akan datang. Saya akan terus bersuara untuk Zara. Semoga Allah SWT tempatkan adik Zara di syurga tertinggi,” ujarnya.


Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di Papar, Sabah yang dipercayai menjadi mangsa buli meninggal dunia selepas didakwa terjatuh dari tingkat tiga sekolah tersebut.


Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2025 10:12 PM | Show all posts
gitu ikon ibu tunggal tiba2 bersuara. sebelum ni isu dera isu anak kena buli ni biasa acik ritrud je yang berbunyi. nape tetiba belasetilah concern pulak skrg
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2025 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau takde hidden hands takdela beria media up berita ni atas nama dia serupa queen jagong dah ha
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2025 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah kemain bangga ikon ibu tunggal sekaligus bakal wife yb nyatakan ketegasan..

Balik la repair gigi tu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2025 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
training awai tk kalut bakal bini Pm tepi kan
done puji ..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2025 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Influencer sabahan yg lain tak bersuara katanya...kecuali ada sorang 2 jer...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2025 11:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab waibi up kes buli dalam parlimen, so dia pun baru tau waibi perjuang kes buli so dia pun tumpang sekaki la acah sama pemikiran & perjuangan dengan waibi.

Tak sedar diri dia pun buli orang jugak dengan buat smear campaign burukkan orang itu ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2025 08:39 AM | Show all posts
black_handbag replied at 31-7-2025 10:12 PM
gitu ikon ibu tunggal tiba2 bersuara. sebelum ni isu dera isu anak kena buli ni biasa acik ritrud je ...

ada yang dah berbunyi nak boikot retis sabahan yg senyapppp je pasal kes zara ni. Dia tak sebut lah bella, tp sapa sapa from sabah tu terasa la
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke buat thread baru
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 1-8-2025 09:04 AM
Perlu ke buat thread baru

mestila kena sembah ratu kt dewimorthi
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Menipu sgt muka bellasetilah kt atas tu.. terover edit..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 03:55 PM | Show all posts
fadz84 replied at 1-8-2025 02:28 PM
Menipu sgt muka bellasetilah kt atas tu.. terover edit..

kan..tak baik menipu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 04:25 PM | Show all posts
likilu replied at 31-7-2025 10:13 PM
Kalau takde hidden hands takdela beria media up berita ni atas nama dia serupa queen jagong dah ha

ini kerana ada sabahan yang pertikakaikan mana influenza sabah yang tidak berbunyi dan berkutik pasal adik zara?selepas banyak sabahan yg up pasal ni maka berduyung tiba semua influenza sabahan bersuara..walhal sebelum tu semua tak endah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 04:27 PM | Show all posts
Hunny_hayati replied at 31-7-2025 11:50 PM
Influencer sabahan yg lain tak bersuara katanya...kecuali ada sorang 2 jer...

hah inilah..sama juga dengan tiktoker sapa nama tu yang lelaki sisaudal ka apa..baru semalam sibuk post dan bersuara.. kalau tak memang tak ada sapa nak berbunyi..lagi sorang sampai ke oversea duyung apa tah..pun tak berbunyi
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino: Sebab waibi up kes buli dalam  ...

Masa naik gunung dgn waibee dulu... time live waibee cuba lah create topic2 bermanfaat.. psl keindahan sabah.. dialect sabah... ajak dia berborak utk dikongsikan sama penonton live... dia langsung x berminat nak cakap topic2 psl tu... siap cakap... "alaaa... yg tu semua org dh tahu...." hang ingat semua org tahu ke psl sabah hang tu???? Ke hang sendiri kurang ada pengetahuan tentang nya?  Yg dia berminat utk bercakap.. psl kelaku2 YB yg dia rasa kelakar mcm pakai seatbelt belakang, membaca buku dlm flight... minum air kosong + suplemen tenaga... entah hape2 yg tu pun dia terhibur... pastu lagi kepakaran dia PICKUP LINES.... tu je lah yg dia tahu.... bak kata forumer hari tu... silap2 umur tun Det tu pun dia buat modal pickup line dgn Ss.. "klu umur tun 100 tahu itu pjg, awak tahu apa yg lebih pjg?"... "kasih&cinta saya pada awak...." pastu smbil gelak2.. kan?
Eh ni kira hate speech tak? Btw, bella cantik sgt seperti anak patung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2025 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sendiri jgn dilupakan juga ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka bila filter terus cun macam watak manga/webtoon.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_perfect replied at 1-8-2025 06:51 PM
Muka bila filter terus cun macam watak manga/webtoon.

Padahal muka sebenar hmmmm.. marhaen sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2025 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-4-2026 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.108537 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list