CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1328|Reply: 2

6 lelaki berparang diburu polis, samun kedai snuker di Klang

[Copy link]
Post time 31-7-2025 11:22 PM | Show all posts |Read mode





KLANG – Enam penyamun berparang kini diburu polis selepas aksi jenayah mereka berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah kedai snuker di Kapar, di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, semua suspek lelaki tempatan berkenaan berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM823.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan pihaknya tiga daripada suspek telah memasuki premis itu manakala tiga lagi menunggu di luar bersama tiga buah motosikal.


“Insiden tersebut berjaya dirakam CCTV. Semua suspek melarikan wang tunai berjumlah RM823. Usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Justeru katanya, sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Daerah ini ditalian 03-32912222 atau balai polis terdekat.


“Polis menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya.


Terdahulu, tular video berdurasi 52 saat di aplikasi TikTok menunjukkan suspek memakai topi keledar dan berparang memasuki kedai snuker itu.


Semasa kejadian terdapat beberapa pelanggan sedang bermain snuker di premis tersebut.







Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2025 04:36 PM | Show all posts
Yg lari bawak kayu snooker tu mmg lawak.. anyhoo dah dpt tangkap ke penjenayah tsbt? Bangsa apa? Ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2025 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo nak jd ni... jenayah bertingkek2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2026 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.109586 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list