CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22194|Reply: 120

Penyanyi lelaki beli rumah jutaan ringgit... kao mampooo?

  [Copy link]
Post time 13-6-2011 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya... Penyanyi lelaki beli rumah jutaan ringgit


•Hiburan•Hip•2011-06-13 08:11•Click: 29•Disediakan oleh Berita Harian




SEDANG khusyuk Cik Normah menjamah ubi rebus cicah sambal (Felda sangat Cik Mah ni bab makan ) pada petang Khamis lalu, bersama-sama teman sepejabat, suapan Cik Normah terhenti sebaik saja mendengar cerita mengenai penyanyi lelaki yang pernah menimbulkan kontroversi tidak lama dulu.

Begitupun, Cik Normah terkedu seketika bukannya kerana dia sekali lagi mencipta kejutan, tetapi Cik Normah dikhabarkan, dia kini sudah pun memiliki sebuah rumah mewah bernilai jutaan ringgit di kawasan elit di Lembah Klang. Jadi apa lagi, terlopong Cik Normah dan terputus selera makan seketika sebaik saja mendengar berita itu. Mana tidaknya, pada saat artis yang lebih lama berkecimpung dalam dunia hiburan belum mampu memiliki rumah semewah itu, dia pula dikatakan sudah berjaya memiliki mahligai idaman yang tersergam indah. Mungkin itulah yang dinamakan rezeki. Memang tidak mustahil, kerana penyanyi ini dikhabarkan laris di kalangan penganjur persembahan, tambahan pula lagunya memang sering diputarkan di radio.

Cik Normah kagum dengan artis yang seorang ini. Walaupun bukan bergelar juara program realiti, tetapi dek bakat dan kerja kerasnya selama ini, dia mampu meningkat naik bahkan mampu memiliki rumah mewah, kini.

Jangan jadi macam segelintir artis, nama tak segah mana dan nyanyian atau lakonan pun tak sehebat mana, tetapi mampu memiliki kemewahan mengalahkan ahli perniagaan berjaya. Oh ya, mungkin kelompok ini mempunyai lampu ajaib untuk mencapai segala kesenangan itu.

Gosip lain puloks - Gosip 2 dalam 1

Cerita pasal rumah mewah, Cik Normah dengar, seorang artis wanita yang masih muda dikhabarkan turut memiliki sebuah rumah yang hebat di kawasan Damansara. Boleh digolongkan dalam kategori baru, tetapi nampaknya dia mampu memiliki kemewahan setanding orang yang sudah berpuluh tahun menjalankan perniagaan besar-besaran.

Apapun, Cik Normah harap artis wanita ini tidaklah melakukan perkara yang kurang sihat semata-mata nak mengejar segala kemewahan itu. Lainlah kalau tiba-tiba dia sebenarnya sudah disunting hartawan... Tetapi rasanya belum lagi, sebab tiada pun khabar sebegitu sampai ke cuping telinga Cik Normah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2011 11:41 AM | Show all posts
terlopong Cik Normah dan terputus selera makan seketika


naper? cik normah ni berkenan ke dgn rumah tersebut sampai terlopong???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2011 11:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by solstice at 13-6-2011 11:44

Colan2:

1. FT Superman - opsss bukan retis realiti
2. Nuar Jeng
3. Shahir - realiti, pong out:re:
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 11:43 AM | Show all posts
Pejal Tahir ke ??

Iols suspek Cik Normah ni jeles dgn diorang ni..
dah rezeki diorang, sapa ko nak menghalang???
:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 11:43 AM | Show all posts
Gosip cik normah musti KAWAN dia sampaikan...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2011 11:45 AM | Show all posts
oh bukan juara realiti
FT lah kut
Naib juara jahhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2011 11:49 AM | Show all posts
Beringat-ingat sediakan payung sebelum ujan, cik normah ooooiiii.
Kang kalo dah ujan lebat, payong takda, ke hulu ke hilir nadah
tangan mohon simpati orang macam kak yan, pun kena kutuk gak.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 11:52 AM | Show all posts
cek normah wartawan ngangkang kat opis jehh... berita datng bergolek2 sembah ratu kat die..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2011 11:55 AM | Show all posts
cek normah wartawan ngangkang kat opis jehh... berita datng bergolek2 sembah ratu kat die..
teky Post at 13-6-2011 11:52



    Sebab tu takleh caya ceta dia bulat-bulat. Gosip takda value.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 11:57 AM | Show all posts
die nak cakap pasal nuar jeng ker??? adakh datuk ituh belikan rumah tuk nuar jeng??
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 12:02 PM | Show all posts
apa kena mengena felda dengan makan ubi rebus?????? to TT
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 12:02 PM | Show all posts
aizat ke nie?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 12:05 PM | Show all posts
die nak cakap pasal nuar jeng ker??? adakh datuk ituh belikan rumah tuk nuar jeng??
skymania Post at 13-6-2011 11:57



   btol ke dato tu bapak ikan anuar jeng?ayah aku yg bgtaw aku ritu
pelik gilerr ayh aku boleh tau..
gosip dgn kwn2 dia kot.. kui3.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 12:07 PM | Show all posts
macam FT...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 12:09 PM | Show all posts
cik normah jeles sbb dia tak disimpan sesiapa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 12:10 PM | Show all posts
faizal tahir lah ni kan?

artikel itu tidak menidakkan beliau artis realiti cuma katakan tidak menjadi juara realiti.


klu yg sungguh mudah, pernah kontroversi, tidak juarai artis realiti dan lagu sering di putar di radio dan lebat show.

saya rasa beliau sahaja artis lelaki yg punyai sisi2 sebegini.
aizat juga mungkin namun aizat tiada kontroversi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2011 12:12 PM | Show all posts
btol ke dato tu bapak ikan anuar jeng?ayah aku yg bgtaw aku ritu
pelik gilerr ayh aku bole ...
ejans Post at 13-6-2011 12:05



   kalah cik normah bila ayah ko bergossip ek
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 12:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by Vokuro at 13-6-2011 12:15

jikalau faizal tahir saya tidak hairan pun kalau mampu assume show beliau lebat,
saya tidak rasa bayaran show utk faizal tahir adalah RM1k satu lagu.
tambahan artis lelaki ini tidak lah perlu melaram dan maintenance rendah tidak perlu nak facial setiap minggu etc.
dan tak perlu beli baju lip2 lap2 dan sebagai nya.

oakai jeans dan t shirt pun sudah cukup untuk buat persembahan
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 12:13 PM | Show all posts
Yang penting, artis berkaitan MAMPOOO beli rumah jota-jota, bukan
kawin belanja jota-jota atau kawen nak cukup quota.........
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 12:15 PM | Show all posts
tak mampooo hookay.. nak bayo yang sekarang pun da tercekik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.098339 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list