CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1626|Reply: 5

[Tempatan] Ada H ada gaya:Honda memang banyak yang rosak atas lebuh raya..Dr Maza kiciwa pusat servis Honda keberatan baiki kenderaan rasmi kerajaan negeri

[Copy link]
Post time 11-8-2025 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 11-8-2025 09:35 AM

Bagaimanapun, baru-baru ini, tular di media sosial Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Maza) meluahkan kekecewaannya terhadap pengeluar kereta Jepun, Honda dengan mendakwa pusat servis jenama itu di Perlis tidak memuaskan menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin lalu (4 Ogos).



Maza dakwa pusat servis Honda keberatan ingin baiki kenderaan rasmi kerajaan negeri
Terbaharu, Maza mendakwa beliau mendapat maklumat dari pegawainya yang pusat servis Honda keberatan untuk membaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri itu kerana posting tersebut melainkan beliau menurunkan status yang mempersoal kualiti jenama dari Jepun itu di Facebook.

“Dakwanya (pegawai Maza), pihak HQ Honda pun keberatan untuk membaiki jika tidak diturunkan status (posting Facebook). Perbualan itu dirakam.

“Saya fikir syarikat besar seperti Honda sepatutnya lebih profesional dalam hal ini. Servis dan pembaikan selama ini pun bukan percuma,” katanya.

Maza dakwa banyak kereta Honda digunakan kerajaan negeri hadapi pelbagai masalah
Dakwanya lagi, kebanyakan kereta Kerajaan Negeri yang berjenama Honda menghadapi pelbagai masalah.

“Saya difahamkan himpunan aduan ke atas pusat servis juga sedang dikumpulkan. Itu yang menyebabkan pengguna Honda kadang-kala cuba baiki di tempat lain.

“Saya sebut hal ini untuk iktibar para pengguna dan mereka yang ingin membeli kereta,” katanya lagi.
Kenderaan rasmi Honda Accord rosak di tengah jalan, dakwa bukan kali pertama berlaku
Terdahulu, kereta jenis Honda Accord yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Maza telah rosak di tengah jalan ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Perlis dari Bertam.

“Ini bukan kali pertama Honda Accord buat perangai, sudah beberapa kali. Di samping kualiti kereta yang tidak memuaskan, tempat servis Honda di Perlis juga bagi saya tidak memuaskan,” katanya.

“Kepada sesiapa yang ingin membeli kereta jenis ini, elok membuat semakan semula. Berdasarkan maklumat pihak pengendali kerosakan, Honda memang banyak yang rosak atas lebuh raya,” ujar Maza di Facebook.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2025 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tag honda hq dkt Jepun terus, baru depa ada akal
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala Kasemmm!
Toyota better tak ragu2 kalu nak melejan pun. Takkan mofti x tahu Toyota tahan smpai Tok Arab pun bwk masuk padang pasir.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Blacklist aje Honda. Pakai aje kereta brand China (Proton X**).
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini yg meols tgk kt youtube ni. Bitter geng2 honda
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu dunia pilih Toyota yang ko pilih Honda hadap ja lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 03:39 PM GMT+8 , Processed in 1.105892 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list