Edited by JoyahMengayah at 13-8-2025 01:37 AM
KUALA LUMPUR: Media sosial malam ini kecoh apabila ibu kepada seorang aktres popular berkongsi detik dirinya di balai polis sambil menitiskan air mata, sekali gus mencetuskan gelombang spekulasi dalam kalangan peminat.
Menerusi kapsyen disertakan pada entri itu, wanita terbabit seolah-olah memberi bayangan mengenai hubungan yang diibaratkan seperti retak menanti belah bersama anaknya.
Wanita terbabit mendakwa, dia berdepan dengan pelbagai tindakan undang-undang termasuk injunksi, iaitu satu perintah mahkamah untuk menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu sehingga sudah pasrah dengan apa sahaja yang akan berlaku kepada dirinya.
"Lelah seorang insan yang bernama ibu. Panggillah seramai mana 'lawyer' (peguam) yang kamu nak panggil. Bagilah banyak mana injunksi yang kamu nak bagi, letaklah banyak mana gari kamu nak letak.
"Saya tak gentar, saya dah lalui berbagai onak duri, bergadai nyawa nak besarkan kamu, kalau ini balasan kamu, tak apa. Kalau saya kena masuk penjara pun, saya reda sahaja. Allah ada, Allah maha Adil," tulisnya.
Menerusi entri sama, wanita terbabit juga mendakwa dirinya dikunci di dalam kereta sehingga terpaksa menumbuk cermin.
"Tangan bengkak sebab tumbuk cermin kereta, dikunci dalam kereta, saya jadi panik anxiety attack (serangan keresahan), tiada pilihan. Allah Ada, Allah tak tidur," tulis wanita terbabit sambil menyertakan gambar buku limanya yang sedikit kemerahan.
Bagaimanapun, wanita terbabit tidak berkongsi lokasi balai polis termasuk butiran aduan yang dibuat kepada pihak berkuasa itu.
Selain itu, anak yang dimaksudkan tidak diperincikan kerana mengikut hantaran berkenaan ia dibuat dengan memberi ayat secara umum.
Namun, melalui semakan, wanita berkenaan difahamkan hanya mempunyai seorang anak, iaitu seorang aktres popular yang pernah memenangi pelbagai anugerah.
Sehingga kini, masih belum ada perkembangan atau perkongsian terkini daripada kedua belah pihak.
BH Online masih berusaha mendapatkan butiran lanjut mengenai dakwaan wanita terbabit termasuk reaksi semua pihak.
Update:
|