ini adalah thread ilmiah dan sejarah.. orang melayu harus tahu benda ni sbb koranglah yang paling terkesan sebenarnya.. byk kali dah ni..
Sempena bulan kemerdekaan ni, aku nak share satu benda yg aku yakin ramai yang tak tau pun sebenarnya.. tapi selalu tertanya-tanya kan?
Apa perbezaan Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia? kalau korang google pun.. mesti banyak keluar soalan ni yg cuba dijawab.. tp ramai tak faham sejarah asal usul pun, jadi banyak jawapan tu melencong ke isu lain, jadi melalut dan mengarut bila tukang troll ni komen..
Dari segi teknikal dan cultural takde beza pun sebenarnya, tapi ada peristiwa sejarah yang menjurus kearah penjenamaan istilah ni..
Political correctness.. ye, sebab politic je sebenarnya maka ditukarlah istilah yg pada asalnya popular dan dah jadi lingua franca di asia tenggara ni sejak beratus tahun dulu.. skrg dah jadi cacamerba sebab ramai tak tau hujung pangkal istilah ni.. tapi masih tak terlambat kalau nak perbaiki balik.. sbb yg makin rugi tu anak cucu kita, sebab negara tu berasal dari bangsa, dan bangsa tu berasal dari bahasa dan budaya dia..
Sebenarnya, isu ni banyak merugikan kita dalam jangka panjang sebab selalu jadi bahan politik sempit dan fahaman tak cerdik geng liberal pun
Istilah Bahasa Melayu tu mmg asal kita dari dulu lagi, malah dalam perlembagaan pun sebut istilah ni, bukan Bahasa Malaysia pun, yg mana sebenarnya lebih pada istilah politik, yg tak menjadi seperti yang dijangka malah makin banyak timbul masalah lain.. Tahun 1970, istilah ni ditukar secara tidak rasmi, tapi tetap menyeluruh dalam siaran media jadi orang dah terbiasa guna istilah ni sampailah sekarang..
Kenapa istilah ni ditukar? kenapa tahun 1970? apa peristiwa sejarah tu? siapa yang tukar?
korang boleh baca dalam gambar ni.. biar ko faham asal usul cerita ni dgn context yg betul..
sekurangnya lepas ni kalau ada orang tanya ko boleh jawab dgn jawapan yang betul dan tak tertipu dgn dakyah propaganda politic kotor ni..
org yg ada kefahaman dan kesedaran akan rasa info ni penting, aku harap benda ni dapat trigger something.. some sense of belonging and appreciating.. dan korang boleh share dkt media social lain korang jugak, geng youtuber tu pun paling elok kalau dia pick up info ni buat content.. lagi ada faedah dan nilai sejarah..
Silakan baca depan hati yang terbuka dan bersangka baik ye.. tapi tetap juga kena faham isu ni dari sudut sejarah juga..
kalau korang tak dapat tengok gambar aku letak ni boleh klik je dekat SINI <---- link gambar
kalau kita sebut istilah Bahasa Malaysia ni, sebenarnya kita jadi rugi sbb ruang linkup scope covering dia jadi kecik je.. sekadar dalam negara kita..
malah ada yang lagi parah lagi bila orang lain akan confuse, contoh si A yang bukan rakyat Malaysia, cuba berbahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan dia juga, Bahasa Melayu, malah cogan kata negara dia pun Bahasa Melayu.. bukan Bahasa Malaysia yang "terkurung" dlm negara sahaja sebab dah dinamakan (cuma) sebagai Bahasa Malaysia..
Inilah yang aku nampak salah satu kerugian kita dekat sini..
TLDR: Dia ni berbahasa Melayu baku standard dengan rakyat dia sendiri.. tapi rakyat negara lain tu pulak yang keliru konon pandai cakap bahasa dia pulak.. dah kita semua guna lingua franca yang sama sampailah ke hari ni.. cuma sebab politic yg jadi punca kekeliruan kita semua
Kalau ko buang satu bahasa tu, bangsa tu mmg akan mula jadi cacamerba.. sbb dia dah takde sauh nak berlabuh takde dahan nak berpaut..
Apa pendapat korang? jom kita sembang cara ilmiah ye..