CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 82945|Reply: 2070

Legasi Hiburan Keluarga Menjadi Tumpuan Dalam Program Realiti Terbaharu Astro 'Talk To My Manager'

[Copy link]
Post time 25-8-2025 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode



Apabila ikatan keluarga dan impian dunia hiburan bersatu dipentas ‍

Dengan format baharu yang segar dan unik, Astro mempersembahkan program realiti hiburan terbaharu, Talk To My Manager, sebuah pertandingan yang penuh emosi dan mendebarkan, menguji bakat, populariti, kepercayaan dan legasi sesebuah keluarga di pentas hiburan.

Buat julung kalinya, program ini akan menampilkan pasangan manager dan artis yang terdiri daripada ibu bapa selebriti dan anak mereka sendiri. Anak-anak akan menjadi tumpuan utama sebagai penghibur, manakala ibu bapa selebriti bertindak sebagai pengurus yang mengemudi arah kreatif setiap persembahan. Talk To My Manager akan mula bersiaran pada 24 Ogos 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan turut distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Seiring perkembangan industri hiburan, semakin ramai bakat generasi kedua tampil ke hadapan membawa perspektif baharu sambil meneruskan asas yang dibina oleh ahli keluarga mereka yang terkenal. Fenomena ini yang merentasi bidang nyanyian, lakonan, komedi, tarian dan lain-lain cabang seni kreatif, mencerminkan minat mendalam penonton terhadap konsep legasi dalam dunia seni persembahan. Menyedari potensi ini, Astro mengambil inisiatif untuk menghasilkan format yang bukan sahaja mengetengahkan bakat baharu, tetapi turut meraikan bimbingan, pengorbanan dan cita-cita bersama yang menjadi pemangkin kejayaan merentas generasi.

Talk To My Manager menggabungkan selebriti ternama bersama anak mereka dalam suasana pertandingan yang menguji kemahiran, kreativiti dan daya ketahanan. Setiap minggu, pasangan ini akan bekerjasama rapat dengan selebriti yang juga ibu atau bapa bertindak sebagai pengurus untuk membimbing perjalanan anak mereka menjadi penghibur profesional.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria,  Norzeha Mohd Salleh, “Astro sentiasa percaya kepada kuasa legasi dalam membentuk landskap industri hiburan, dan kini kita menyaksikan gelombang baharu bakat generasi kedua yang mula menyerlah. Program ini memberikan peluang kepada para penonton untuk mengikuti perjalanan tersebut dengan lebih dekat, menyaksikan personaliti ternama berganding bahu bersama anak mereka untuk membuktikan bahawa kejayaan dalam dunia hiburan bukan hanya bergantung kepada bakat, tetapi juga memerlukan dedikasi, ketahanan dan saling mempercayai satu sama lain. Bagaimanakah seorang artis dapat membimbing anak mereka untuk menghasilkan persembahan yang hebat pada setiap minggu? Para penonton boleh menjangkakan detik-detik penuh emosi, cabaran kreatif dan persembahan memukau setiap minggu yang akan memuncak dengan penobatan pasangan manager dan artis terunggul Malaysia serta meraikan legasi yang bakal menginspirasikan generasi akan datang.”

Antara pasangan manager dan artis yang bakal membuat penampilan sulung musim ini termasuk Siti Saerah & Amad, Ameng & Ammar, Aziz M. Osman & Ara Aziz, Sharifah Shahirah & Auddra, Shuib & Thalita, Sharifah Zarina & Athalia, Ina Naim & Hadie dan Liza Hanim & Marsya. Setiap minggu, mereka akan menempuh cabaran kreatif, mengasah kemahiran dan mempersembahkan aksi bertenaga, sambil menguji kesabaran, kerjasama dan keserasian unik yang hanya wujud dalam hubungan keluarga.

Program ini akan dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Dato’ AC Mizal

INFO PROGRAM & PENJURIAN 'TALK TO MY MANAGER'

- Format penjurian Talk To My Manager adalah berdasarkan 100% pemarkahan oleh barisan juri profesional yang dipecahkan kepada dua bahagian iaitu 60% kecekapan, kreativiti pengurusan dan strategi ‘manager’, dan 40% adalah dari keunikan persembahan dan kualiti vokal ‘artis’.

- Pasangan manager dan artis yang meraih undian online tertinggi akan diberi ganjaran mingguan istimewa yang dapat membantu mereka dalam sesi penjurian pada minggu seterusnya. Antara ganjarannya adalah peluang kedua untuk membuat persembahan, penambahan markah dan juga kebolehan untuk memilih juri yang akan memberikan komen. Para penonton boleh mula mengundi selepas diumumkan hos di akhir rancangan pada minggu tersebut dan boleh mengundi sepanjang minggu di laman rasmi Astro Gempak.

- Program ini juga memaparkan elemen baharu di mana pasangan manager dan artis akan berdepan dengan media untuk menjawab apa sahaja persoalan ketika program sedang berlangsung.

- Untuk pengisian di platform digital, program ‘Talk To My Manager Live+’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com ketika berlangsungnya konsert mingguan. Program ini akan dihoskan oleh Mika Nabil & Fiza Frizzy.

- Musim baharu ini turut berkolaborasi bersama Astro Gempak selaku Rakan Digital dan SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2025 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak ina naim join kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Aznil mengacara? Tau dah modal dia apa....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2025 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
brainbiru replied at 25-8-2025 06:05 AM
Anak ina naim join kan

A ah.. smlm dh Ada episod air mata dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 12:01 PM | Show all posts

ok nak support anak ina naim!


Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 25-8-2025 11:57 AM
A ah.. smlm dh Ada episod air mata dah

Tapi honestly suara anak dia biasa biasa je. Ina pulak hrmmmm sorry, over nak sebak sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2025 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tgk semalam. best jugak! suara anak yang best:
1. ameng
2. ct erah
3. ina naim
4. soeb
5. liza hanim
6. sh. shahira
yg tak sedap :
1. sh. zarina
2. aziz m osman

p/s : ina naim over, juri and pengacara nak cakap, ko nak cakap. ingat muslimah malu2 kuncing!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Talita & amad tu orang dh selalu tgk diaorang nyanyi ,jadi agak biasa .Bagi iols Odah anak Shira tu best sebab walau dia menyanyi sambil menari ,ok jgk suara dia .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2025 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
irvene replied at 25-8-2025 04:11 AM
aku tgk semalam. best jugak! suara anak yang best:
1. ameng
2. ct erah

Takde muslimah mana pun .. masa duduk tu nmpk kain dia terangkat dan nmpk bhgn bawah betis.. dah la byk cakap mcm bagus jek..over plak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kitty_lynne replied at 25-8-2025 12:20 PM
Takde muslimah mana pun .. masa duduk tu nmpk kain dia terangkat dan nmpk bhgn bawah betis.. dah l ...

Sebab dia yang terlebih excited! Dia kan pernah nak jadi retis dulu. Anak dia okay je, jenis nampak budak baik. Kesian lak kat anak dia sebab dapat mak over
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ina lega kali ni boleh mencapupub lebih2. Dulu2 boleh angkat sepanduk kat kerusi penonton support tunang yg tak akui dia je
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 25-8-2025 04:27 AM
Sebab dia yang terlebih excited! Dia kan pernah nak jadi retis dulu. Anak dia okay je, jenis nampa ...

Tu la kan.. meluat plak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem anak Ah Meng
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 12:52 PM | Show all posts
i suka vibe si Odah tu. Ara tu suara tak merdu tapi performance best kena cari lagu sesuai kot. Anak Nabil pulak mana? masa perkenalkan manager tu ada
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 01:19 PM | Show all posts
semalam tgk live kat tiktok. Odah tu best nampak la mcm sakinah makcik dia.
hebat satu family kerja seni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
aku harap sgt si ina ni bukan ibu yg toksik. sian anak-anaknya. tapi kalau tgk dari gaya tu mmg ada dan bermulut puaka. sheram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2025 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
pak nil perli ina semalam dgn mawi. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
brainbiru replied at 25-8-2025 06:06 AM
Aznil mengacara? Tau dah modal dia apa....

Meleweh2... Lama sgt nak tunggu point sebenar... Letih tunggu.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Slumber eh odah tu..suka tengok
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2025 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
pauliza replied at 25-8-2025 12:16 PM
Talita & amad tu orang dh selalu tgk diaorang nyanyi ,jadi agak biasa .Bagi iols Odah anak Shira tu  ...


Personaliti dia pun menarik...
Ceria2 ngokngek gitew.. mcm mak dia jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2026 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.250644 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list