CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sfhzuraz

[Pulau Pinang] Bersembang Tentang Nombor V4

 Close [Copy link]
 Author| Post time 29-8-2025 09:04 PM | Show all posts
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 19.02 mata kepada 11,761.62, Indeks FBMT 100 turun 15.02 mata kepada 11,538.27, Indeks FBM Emas Shariah susut 23.21 mata kepada 11,724.58, Indeks FBM 70 merosot 18.33 mata kepada 16,533.87 dan Indeks FBM ACE jatuh 16.68 mata kepada 4,725.92.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2025 09:04 PM | Show all posts
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 29.87 mata kepada 18,145.56 dan Indeks Produk Perindustrian serta Perkhidmatan susut 0.64 mata kepada 162.57. Indeks Perladangan naik 2.52 mata kepada 7,614.42, manakala Indeks Tenaga menambah 1.55 mata kepada 747.60.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2025 09:04 PM | Show all posts
Pada jam 8 pagi, ringgit naik kepada 4.2040/2260 berbanding dolar AS daripada 4.2140/2195 ketika ditutup semalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2025 09:05 PM | Show all posts
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.29 peratus kepada 97.897 mata berikutan peningkatan semula jangkaan terhadap penurunan kadar faedah di AS.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2025 09:05 PM | Show all posts
Beliau berkata, anggaran kedua pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS bagi suku kedua turut disemak lebih tinggi kepada 3.3 peratus berbanding 3.0 peratus dalam anggaran awal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2025 09:05 PM | Show all posts
Namun, katanya, peningkatan itu banyak dipacu oleh penurunan ketara import sebanyak 29.8 peratus yang melonjakkan sumbangan eksport bersih kepada KDNK keseluruhan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-8-2025 09:06 PM | Show all posts
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8632/8784 daripada 2.8639/8679, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6788/7085 daripada 5.6893/6967, namun susut sedikit berbanding euro kepada 4.9099/9355 daripada 4.9089/9153.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2025 09:06 PM | Show all posts
Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2777/2951 daripada 3.2809/2854, meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.36/7.40 daripada 7.38/7.39, serta tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 257.0/258.5 daripada 257.6/258.1. Namun, ia sedikit merosot berbanding baht Thailand kepada 13.0207/0962 daripada 13.0142/0364.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2025 09:09 PM | Show all posts
JOHOR BAHRU – Polis merampas sepucuk pistol semi auto 9MM, kelopak peluru mengandungi 175 butir peluru hidup selain selaras perendam bunyi hasil tangkapan ke atas seorang lelaki bersama 2 wanita di dalam sebuah kereta Mazda 5 di kawasan Jalan Alor Bukit, Kulai di sini, 14 Ogos lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2025 09:09 PM | Show all posts
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, mereka ditahan kira-kira pukul 1.20 pagi susulan Kereta Peronda Polis (MPV) mengesan kereta dinaiki suspek berusia 18 hingga 42 tahun dalam keadaan mencurigakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2025 09:09 PM | Show all posts
“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sepucuk pistol semi auto 9MM, selaras perendam bunyi, satu kelepok peluru serta 175 butir peluru hidup 9MM di hadapan bonet hadapan kereta terbabit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2025 09:10 PM | Show all posts
“Hasil semakan mendapati tangkapan lelaki memiliki 23 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2025 09:10 PM | Show all posts
“Tangkapan wanita pula masing-masing mempunyai 2 dan 17 rekod jenayah lampau,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2025 09:11 PM | Show all posts
“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 39A(2) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2025 09:13 PM | Show all posts
JOHOR BAHRU – Bayi berusia 2 bulan antara 5 yang diselamatkan susulan penahanan 10 individu dalam Op Pedo sejak 19 Julai lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2025 09:13 PM | Show all posts
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, bayi yang diselamatkan terdiri daripada 3 perempuan dan 2 lelaki selain kanak-kanak masing-masing berusia 2 bulan hingga 5 tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2025 09:14 PM | Show all posts
“Pemeriksaan terhadap suspek menjumpai puluhan rakaman video dan ratusan gambar penganiayaan seksual kanak-kanak.

“Susulan itu, polis melancarkan Op Pedo bermula 19 Julai hingga 19 Ogos lalu di Johor, Selangor dan Pulai Pinang sehingga berjaya menangkap 10 individu disyaki terlibat dengan sindiket tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2025 09:14 PM | Show all posts
“Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Filipina dan tempatan berusia 25 hingga 60 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2025 09:14 PM | Show all posts
Jelasnya, suspek menyasarkan wanita yang hamil luar nikah dengan tawaran wang saguhati sebanyak RM1,500 hingga RM3,500.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2025 09:16 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melakar sejarah tersendiri apabila meneruskan kemaraan ke pentas separuh akhir pada Kejohanan Badminton Dunia 2025 yang berlangsung di Paris, Perancis.

Pasangan No.4 dunia itu memastikan pingat gangsa berada dalam genggaman selepas menewaskan Dhruv Kapila-Tanisha Crasto dari India 21-15, 21-13 pada aksi suku akhir di Adidas Arena sebentar tadi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.058728 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list