|
|
Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam memaklumkan dia sudah pun selesai tempoh iddah sekaligus menjawab mengenai status rumah tangganya,
Menerusi pekrongsian di Insta Story, Rebecca berkata dia memohon maaf tidak dapat membalas mesej yang dikirimkan terhadapnya serta meminta orang ramai terus mendoakannya.
“Cuma apa yang boleh saya cakap, ya saya dah habis eddah. Keep doa untuk saya. Semoga Allah SWT sentiasa membalas segala kebaikan doa yang anda kirimkan. Amin.
“Saya minta maaf kepada lebih dari 1000 WhatsApp dan ramai yang DM saya, yang tak dapat saya reply. Terima kasih mengambil berat tentang saya, insya-Allah saya ok. Keep doa untuk saya,” katanya.
Sementara itu, Rebecca berkata dia berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah serta memohon doa agar dipermudahkan segala urusannya.
“Doakan saya, saya dalam penerbangan nak ke Rumah Nabi Muhammad SAW dan doakan saya selamat dan dipermudahkan Allah SWT dalam semua urusan saya,” katanya.
Terdahulu, Rebecca memuat naik foto suaminya, Datuk Nor Azam serta mengucapkan terima kasih atas 18 tahun memori bersama dan memberitahu mereka sudah berusaha yang terbaik namun Allah adalah sebaik-baik perancang.
Sumber: Rotikaya |
|