Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di seluruh negara.
Marilah kita bersama-sama memperingati junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan menerapkan kecintaan kita kepada baginda dengan menggandakan selawat, menghidupkan sunnah dan berusaha mengikuti akhlak Rasullah SAW.
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Junjungan mulia - Al Mizan
Betapa indahnya lagu nasyid memperingati Nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Hanya Nabi sahaja yg mampu memberi syafaat pd kita. Adakah kita akan menjadi insan terpilih itu?
Kita masih kurang berselawat pd Nabi Muhammad setiap hari bukan kata 1K tapi 500 kali pun masih tidak mampu utk buat dan istiqomah hari2 apatah lagi utk jadikan segala sunnah Nabi sbg kelaziman kehidupan..
Moga saya sentiasa muhasabah diri dan juga anda yg lain kerana betapa lemah dan jauhnya kekuatan amalan masing-masing hingga sampai hari ini.
Semoga kita semua mampu meletakkan akhlak Nabi Muhammad S.A.W sebagai ikutan utama dlm kehidupan.