CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5697|Reply: 24

[Dunia] Pelancong dari Malaysia paling ramai guna tren laju Whoosh hubungkan Jakarta-Bandung

[Copy link]
Post time 6-9-2025 09:06 PM | Show all posts |Read mode
Pelancong dari Malaysia paling ramai guna tren laju Whoosh hubungkan Jakarta-Bandung

Perkhidmatan tren laju Whoosh membawa 528,000 penumpang antarabangsa termasuk pelancong Malaysia. — Xinhua

LEBIH 750 pelancong Malaysia menggunakan tren laju Whoosh di Indonesia setiap hari pada awal September, didorong oleh cuti hujung minggu yang panjang di kedua-dua negara, menurut kenyataan pengendali tren berkenaan.

Sejak dilancarkan pada Oktober 2023, perkhidmatan tren laju pertama di Asia Tenggara itu telah membawa 528,000 penumpang antarabangsa.

Daripada jumlah itu, rakyat Malaysia merupakan kumpulan terbesar iaitu seramai 225,000 orang atau 43 peratus, menurut PT Kereta Cepat Indonesia-China (KCIC).

Jurucakap KCIC, Eva Chairunisa berkata, pelancong asing menganggap Whoosh bukan sahaja sebagai pengangkutan, tetapi juga sebahagian daripada pengalaman melancong mereka di Indonesia.

"Setiap hari, puluhan kumpulan pelancong Malaysia tiba sama ada dari lapangan terbang atau selepas melawat Jakarta, sebelum meneruskan perjalanan ke Bandung dengan menaiki tren Whoosh," katanya dalam satu kenyataan.

Whoosh menghubungkan Jakarta ke Bandung dengan jarak perjalanan sejauh 150 kilometer (km), dalam tempoh kurang 50 minit.

Ia jauh lebih pantas berbanding melalui lebuh raya bertol yang boleh mengambil masa lebih 4 jam ketika kesesakan musim cuti.

KCIC bersama-sama Kementerian Pelancongan Indonesia dan pihak berkuasa tempatan turut mempergiatkan promosi ke luar negara melalui pameran pelancongan, lawatan pengenalan (familiarisation trip) dan kerjasama dengan vlogger pelancongan Malaysia bagi menarik lebih ramai pelawat.

Sementara itu, pelancong Malaysia juga mencatatkan jumlah ketibaan antarabangsa tertinggi ke Indonesia pada bulan Julai, dengan seramai 212,000 orang daripada keseluruhan 1.48 juta ketibaan.

Namun begitu, ketibaan pelancong dari Malaysia menurun sebanyak 0.28 peratus berbanding bulan Jun, menurut data yang dikeluarkan oleh Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia. — Agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2025 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 7-9-2025 02:45 PM

Dedulu:bagai rusa masuk kampung.
la ni      :bagai Msian dpt naik whoosh.
                          
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 03:17 PM | Show all posts
Skuau replied at 7-9-2025 07:43 AM
Dedulu:bagai rusa masuk kampung.
la ni      :bagai Msian dpt naik whoosh.
                           ...

Negara jiran iri.ketar ketir.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2025 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu destinasi jahh ka? Voley try je la kalau jjcm sana nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 12:28 PM | Show all posts
mse sy g dari jkarta ke bandung naik whoosh ni beli tiket yg biasa jek sebb perjalanan nya singkt sgt dlm stgh jam je.. tp smpi di station kna guna kad x boleh guna cash, kecoh skjp la sebb bnyk yg pelncong atau pn wrga sana yg tiada kad, kelam kbut systm dorg
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 12:54 PM | Show all posts
merasa naik sekali cukup la kot. memang bersih & laju la, benda baru..elok lagi la rupa bentuknya..

tapinya aku rasa baik buat proper bandung airport lagi untung dari whoosh ni. local tak naik sangat pun, mostly pelancong je. dah lah stesennya jauh dari city. tah la tak paham juga tukang plan & tukang approve projek ni cemana pemikirannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2025 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 8-9-2025 08:06 AM
Satu destinasi jahh ka? Voley try je la kalau jjcm sana nnt..

Uols nak makan apa kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Government kena buat Whoosh pergi Genting Highlands, Cameron Highlands dan Bandar Sabak.

Apa pendapat @kemaruk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2025 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alesandra at 9-9-2025 01:43 PM

Masa aku pegi bandung dulu  xde lagi menatang  laju ni tapi setgh  org mmg  prefer naik train jakarta-bandung sbb diorg kata pemandangan cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 02:34 PM | Show all posts
org malaysia naik tren ni sbb cepat sampai tak larat nak layan jem ke bandung. tambahan pulak airport bandung tgh renovate. orang indon jarang naik sbb depa kata mahal, depa ckp orang malaysia kaya naik whoosh
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi yang tak pernah rasa naik bullet train, rasanya macam naik train lah. Bukan nya ko rasa laju pun. Macam naik kapal terbang juga bukannya ko tau pun pilot bawa laju ka slow.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 04:29 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-9-2025 02:45 PM
Bagi yang tak pernah rasa naik bullet train, rasanya macam naik train lah. Bukan nya ko rasa laju pu ...

mmg betul. Masa naik bullet train kat shanghai pon x rasa laju. mcm naik train klia jah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 9-9-2025 01:25 PM
Uols nak makan apa kat sana?

Soto.. bakso.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 9-9-2025 05:44 PM
Soto.. bakso.. hahaha


Sabak Bernam ada tu semua uols....

Macam meols rasa takda keperluan pun nak pergi sana....kalau pergi sana mungkin aku pergi kubur2 moyang aku kat Kepulauan Riau dan Sulawesi sana je kot. Takda maknanye la nak makan Bakso, Soto tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru balik China naik bullet train. Gila dari Shenzhen pergi Hong Kong sepuluh minit dah sampai. Aku baru ingat nak tido dalam train. Beria pulak tu ambik train first class, sekali semua undersea tunnel tak nampak haper pastu seploh minit sampai
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 9-9-2025 07:24 PM

Rasanya kalau Mesia ada bullet train, dari Singapore pergi Hatyai dalam sejam setengah or more boleh sampai. Sekarang ni berkicap naik kereta mampuih belum kira jam lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2025 06:46 PM | Show all posts
Perjalanan lebih kurang 142kms nak bina kereta api cepat.  indon oh indon

Jikalau dari Singapura ke Bangkok tu masuk akal lah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cikdot replied at 9-9-2025 04:54 AM
merasa naik sekali cukup la kot. memang bersih & laju la, benda baru..elok lagi la rupa bentuknya..
...

setuju sangat.. keciwa tau airport bandung susah nak access

dulu masa geng ² duk kat kk ikut project kalau long weekend memang beli tix kk-bandung (direct flight) mlm
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 9-9-2025 06:46 PM
Perjalanan lebih kurang 142kms nak bina kereta api cepat.  indon oh indon

Jikalau dari Singap ...

142 km/h you. Tapi memang lambat la. Train China boleh pergi 350 km/h. Dari Hong Kong ke Beijing boleh within 8 jam aje. Power giler.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape takde flight direct Kul - Bandung? Kena transit jakarta meh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2026 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.081539 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list