|
View: 55856|Reply: 435
|
[Tempatan]
Pelajar cemerlang STPM kecewa tak diterima masuk UM
[Copy link]
|
|
|
Malaysiakini
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Sep 8, 2025
Edward Wong memperoleh PNGK 4.0 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) lalu dia memasang impian untuk menjadi seorang akauntan. Namun, impian itu musnah apabila enam universiti menolak permohonannya.
Kisah pelajar cemerlang itu berubah selepas dia meluahkan kekecewaannya di Facebook dan hantarannya tular sebelum menarik perhatian Presiden MCA, Wee Ka Siong, yang hari ini bersama Wong pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.
Wong memberitahu pemberita dia berharap dapat melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di Universiti Malaya (UM), universiti yang sama tempat kakaknya baru sahaja tamat pengajian.
"Realiti sekarang mengecewakan, ada yang meragukan keupayaan saya, ada yang tak percaya, ada yang kata tak boleh tolong. UM sentiasa menjadi matlamat utama saya.
"Sejauh mana kami perlu cemerlangn untuk boleh memilih (kursus pengajian diminati)," soalnya sambil memaklumkan akan terus berusaha untuk buat rayuan.
Sementara itu Wee berkata, amat malang seorang pelajar cemerlang STPM dengan purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.0 dinafikan peluang untuk menyambung pengajian dalam kursus yang diminati.
Oleh itu Wee merayu UM supaya mempertimbangkan permohonan Wong.
Wong ketika ini hanya ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan di Universiti Sains Malaysia (USM).
"Beliau merupakan pelajar yang dapat keputusan cermelang PNGK 4.0, pembabitan kokurikulum 9.9/10, bermaksud dengan jumlah markah diperolehi pun masih gagal untuk dapatkan kursus perakaun.
"Beliau mengambil mata pelajar perakaunan, ekonomi, pengajian am dan ICT, semuanya dapat A.
"Namun malangnya tidak diterima melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di universiti awam yang dimohon," katanya.
Wee berkata antara enam universiti yang dimohon pelajar terbabit untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan ialah UM, USM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Berdasarkan keputusan itu, kata Wee, pelajar berkenaan sepatutnya layak mengikuti kursus pengajian perakunan.
Malah, katanya, ada pelajar yang mendapat PNGK 3.8 diterima menyambung pengajian dalam bidang perakunan berbanding Wong yang terpinggir.
"Kita rayu UM kasihan pada dia, ini bukan soal kaum," kata Wee lagi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
There are THOUSANDS MORE high performing and meritorous students.
----------
Isu CGPA Edward Wong: Kedudukan Beliau Di Universiti Awam, Jawapan Dari Kementerian Pengajian Tinggi
Ringkasan daripada kemyataan rasmi Kementerian Pengajian Tinggi:
Bagi menjawab dakwaan seorang calon STPM yang telah membuat pengaduan kepada seorang ahli parlimen, beliau telah berjaya ditawarkan program Sarjana Muda Pengurusan Dengan Kepujian (Strategi & Organisasi/ Pemasaran/ Kewangan/ Operasi/ Perniagaan Antarabangsa/ Kewangan Islam/ Analitik Perniagaan) di sebuah universiti penyelidikan terkemuka negara yang juga merupakan pilihan ke-5 beliau sendiri.
Walaupun beliau mendapat PNGK 4.00 dalam STPM dan markah kokurikulum 9.90 yang menjadikan merit beliau adalah 99.90%. Ranking permohonannya dalam program-program perakaunan yang dimohon adalah seperti berikut:
i. UM - permohonan yang layak adalah 2,291 orang dengan seramai 1,127 orang memperolehi merit 100%. Calon berada di kedudukan 1,129 dan UM menyediakan 85 tempat untuk diisi.
ii. UPM - permohonan yang layak adalah 4,154 orang dengan seramai 1,718 orang memperolehi merit 100%. Calon berada di kedudukan 1,724 dan UPM menyediakan 100 tempat untuk diisi.
iii. UUM - permohonan yang layak adalah 2,595 orang dengan seramai 1,282 orang memperolehi merit 100%. Calon berada di kedudukan 1,288 dan UUM menyediakan 350 tempat untuk diisi.
iv. UTM - permohonan yang layak adalah 2,292 orang dengan seramai 1,060 orang memperolehi merit 100%. Calon berada di kedudukan 1,062 dan UTM menyediakan 55 tempat untuk diisi.
Dalam hubungan ini, calon telah ditawarkan tempat berdasarkan pencapaian merit dan pilihan program yang dipohon, sama seperti calon-calon yang lain.
Baca selanjutnya di kenyataan rasmi kementerian di ruang komen
Tolong sebarkan supaya kita dapat hentikan spekulasi yang tidak baik kepada sistem pengajian tinggi negara kita. Terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 10-9-2025 09:57 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ka Siong perlu mohon maaf kepada KPT - Akmal
IZWAN ROZLINIZWAN ROZLIN
10 September 2025 12:36am
KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong perlu memohon maaf kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung kenyataannya mengenai isu kemasukan seorang pelajar cemerlang ke universiti awam.
Ketuanya Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kenyataan awal yang dibuat Ka Siong menimbulkan persepsi seolah-olah sistem kemasukan universiti sedia ada rosak, sedangkan terdapat lebih ramai calon lain yang memperoleh merit lebih tinggi.
“Adik itu bukan tidak pandai, memang dia pandai. Tetapi ada lebih ramai pelajar kita yang sangat pandai dan layak berbanding adik ini.
“Meritnya 99.9 peratus tetapi hakikatnya ada lebih ramai pelajar yang dapat merit 100 peratus, manakala tempat di Universiti Malaya (UM) adalah terhad,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, kenyataan beliau yang menuduh sistem rosak adalah tidak wajar kerana ia seolah-olah mencemarkan imej baik KPT dan penjawat awam yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka secara telus.
“Saya menganggap itu adalah satu tuduhan yang tidak patut dan mencemarkan nama baik kementerian.
“Kita (Pemuda UMNO) mendesak agar YB (Wee) menyatakan permohonan maaf kepada KPT kerana saya rasa para penjawat awam mereka telah melaksanakan tanggungjawab dengan sangat baik tanpa ada rasa prejudis kepada mana-mana golongan,” ujarnya.
Menurutnya lagi, prinsip profesionalisme itu telah lama diterapkan kepada penjawat awam dalam menguruskan kemasukan pelajar ke universiti awam.
“Kalau malu nak minta maaf secara terbuka, YB jumpalah Menteri Pendidikan Tinggi dan mohon maaf,” tegasnya.
Terdahulu, Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam mendakwa seorang pelajar cemerlang tidak menerima tawaran ke program pengajian perakaunan di UM walaupun memperoleh keputusan yang baik.
Bagaimanapun, penjelasan lanjut daripada KPT mendapati calon tersebut sebenarnya memiliki merit 99.9 peratus, namun persaingan sengit berlaku apabila terdapat lebih ramai pelajar memperoleh merit 100 peratus sedangkan kapasiti tempat adalah terhad.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin kena bagi hantu lapar makan kot. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya kalau bukan results STPM semasa bila memohon untuk intake tahun semasa susah sikit nak dapat. Priority diberi pada calon yang ada results semasa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau gugel, stpm leavers mohon 30 julai hingga 7 ogos, lepaih results kluaq in june..
Upuonline plak tutup bln mac utk fasa 1, bln mei utk fasa 2..
By now semua tmpt dah penuh gamaknya..
Budak ni tak dpt mana2 tmpt ka? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 9-9-2025 06:04 PM
Kalau gugel, stpm leavers mohon 30 julai hingga 7 ogos, lepaih results kluaq in june..
Upuonline pla ...
Dapat usm. Course yang dia tak berkenan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mentiko (bahasa Melayu Medan) kali ya Cina Malaysia, pengen yang macam-macam. Kalau di Indonesia, orang Tionghoanya nda berani angkat kepala! Kalo mentiko kayak gini udah lama kena sikat! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelik betul applied acxountancy dpt pengurusan. Something amiss on his part la iols rasa sini camne dia tak dpt accountancy.
Kau x leh masuk ke dulu dek lepas tu boleh tukar course ke atau management majoring in accountancy? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
X penah tahu ade bdk stpm amek course acctg kat UM sbb dolu2 rasanyer hanya bdk spm jer yg amek acctg...
Bebudak stpm suma yg kite kenal amek course business...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 9-9-2025 06:54 PM
Pelik betul applied acxountancy dpt pengurusan. Something amiss on his part la iols rasa sini camne ...
Emm....
Kalau kat UM bdk2 course acctg yg rase x bleh carry on subject acctg lg dah..dah burnout...
Derang bleh tuka amek degree in business
sebab acctg n business dok dlm faculty yg sama...
Acctg tuka ke economy pon bleh kalau x silap dolu2 sbb ade senior kat penah buat cenggitu, faculty ekon sblh jek...
Sbb, dolu2 nyer turutan masa kite buat matriks asasi, derang ckp 1st acctg, 2nd n 3rd utk business n ekon x igt dah kita yg nomot 2 n 3 nih...
Cuma kelebihan bdk acctg die bleh pg tuka business tp bdk business x leh tuka pg acctg, sama cam ekon...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
namemysoul replied at 9-9-2025 07:10 PM
Emm....
Kalau kat UM bdk2 course acctg yg rase x bleh carry on subject acctg lg dah..dah burnout. ...
Tu iols ckp pelik, masa kita apply mcm u ckp bagi a few options kan, tiba2 dia dpt pengurusan that means mungkin that was his second or third option, tu yg dpt. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Math SPM dia dapat berapa..
Sblm apply university..Sila ke booth jom masuk U, Tanya kat management university tu cara mohon atau bidang apa layak..
Tu la kegunaan nya ada booth jom masuk University
Btw..dapat la 4.0 ke apa tapi kena tengok math + add math SPM dia yg lepas dapat apa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
testly replied at 9-9-2025 07:49 PM
There are THOUSANDS MORE high performing and meritorous students.
----------
Alamak kan dah malu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 9-9-2025 06:04 PM
Kalau gugel, stpm leavers mohon 30 julai hingga 7 ogos, lepaih results kluaq in june..
Upuonline pla ...
Dia dpt usm, tp dia rejek. Mati² nk wat accounting jah. Dlm upu dia boh accounting saja, semua kna rejek kecuali management kt USM yg dia xmau tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cinapek ni ade ambil prinsip akaun tak? Kalau takde mmg x lepas la |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak pon dek non.. mak pon kena reject masuk um walaupon keputusan mak cemerlang terbilang dan gemilang lagi bersama quota bumiputra bersama background sekolah elite. Mak layak masuk utm fastlane jurrrr... tapi ujung2 mak masuk uitm sebab yuran murah nokkkkk wakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan stakat mak je dek non kena reject dek um. My peers pon. Yg dpt masuk utm kurang 5 org among my peers. 90% semua sumbat masuk utm jurrrr. Balance scatter among ipta 1 malaya. 1% anak super orka masuk private |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 9-9-2025 10:54 AM
Pelik betul applied acxountancy dpt pengurusan. Something amiss on his part la iols rasa sini camne ...
Ada baca kat Threads, katanya sebab budak ni tak ambil Maths. Maths tu requirement untuk ambil accounting. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
testly replied at 9-9-2025 11:49 AM
There are THOUSANDS MORE high performing and meritorous students.
----------
Ha amik. Nak plei vitim sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|