|
View: 2637|Reply: 15
|
[Jenayah]
Ancaman kepada loji PETRONAS: Polis buru pengirim SMS ugutan. Ancaman LNG Bintulu: SMS diterima daripada nombor telefon berdaftar di Indonesia
[Copy link]
|
|
|
Edited by ultra78 at 9-9-2025 03:49 PM
Ancaman kepada loji PETRONAS: Polis buru pengirim SMS ugutan
Oleh Nor Azizah Mokhtar - September 9, 2025 @ 2:20pm
Loji LNG PETRONAS di Bintulu, Sarawak. - Foto PETRONAS
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengenal pasti pemilik nombor telefon bimbit yang menghantar mesej ugutan kepada pegawai PETRONAS berhubung fasiliti Liquefied Natural Gas (LNG) di Bintulu, Sarawak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu, berkata siasatan lanjut masih dijalankan berhubung mesej berbaur ugutan berkenaan.
"Kita masih mengenal pasti dan mengesan pemilik nombor telefon berkenaan yang dikesan menghantar mesej ugutan berkaitan fasiliti LNG itu dan terhadap pegawai terbabit.
"Dari sudut keselamatan, kita akan memperketatkan dan mempertingkatkan kawalan kerana difahamkan operasi di sana masih berjalan," katanya ditemui pada program Simposium Sains Forensik Kebangsaan untuk Penguatkuasaan Undang-undang (NAFSLE) Edisi ke-6 2025 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.
Program dirasmikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dilaporkan berkata laporan polis dibuat pegawai PETRONAS yang bertugas di Bintulu selepas menerima beberapa ugutan melalui SMS daripada individu tidak dikenali.
"Terdapat pegawai di PETRONAS menerima beberapa ugutan daripada individu yang tidak dikenali melalui mesej pesanan ringkas (SMS), jadi setelah beberapa kali menerima ugutan tersebut beliau membuat laporan polis.
"Kita menasihati pihak PETRONAS untuk mempertingkatkan keselamatan di fasiliti masing-masing," katanya.
Semalam, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan mengesahkan pihaknya menerima pemakluman berhubung ancaman keselamatan terhadap fasiliti LNG, khususnya di Bintulu, Sarawak.
MKN mengarahkan semua fasiliti LNG di kawasan berkenaan memperketatkan kawalan keselamatan serta-merta bagi membolehkan siasatan segera dilaksanakan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ancaman LNG Bintulu: SMS diterima daripada nombor telefon berdaftar di Indonesia
Oleh BERNAMA - September 9, 2025 @ 3:37pm
KUALA LUMPUR:Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan ancaman terhadap fasiliti gas asli cecair (LNG) di Bintulu, Sarawak diterima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon yang berdaftar di negara jiran, Indonesia.
Beliau berkata susulan ancaman yang diterima oleh seorang petugas PETRONAS di Bintulu itu, kerajaan telah meningkatkan kawalan keselamatan di fasiliti LNG di Sarawak dan Sabah.
"Saya dimaklumkan bahawa ada yang menerima SMS ugutan dan ugutan itu datangnya daripada telefon yang menggunakan nombor berdaftar di Indonesia.
"Tapi siap? (Itu) polis masih membuat siasatan, jadi sebagai langkah berjaga-jaga Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan (arahan) untuk meningkatkan kawalan keselamatan kerana kita tak tahu sama ada akan berlaku di LNG di Bintulu ataupun di Sabah, sebab (ugutan) hanya menyatakan mengenai LNG," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Wanita, Keamanan dan Keselamatan di sini hari ini.
Fadillah berkata ancaman tersebut berkait permintaan tertentu daripada pengirim dan apabila tidak menerima maklum balas, individu tersebut mengugut untuk membakar kemudahan LNG negara.
"Dia minta menjawab sesuatu tapi sebab tak ada respons, dia mengugut untuk membakar LNG kita tapi tak tahu yang mana satu," katanya.
Semalam MKN dalam kenyataan memaklumkan kerajaan mengarahkan semua fasiliti LNG atau gas asli cecair di Bintulu, untuk memperketat kawalan keselamatan serta-merta susulan ancaman keselamatan terhadap fasiliti berkenaan.
Langkah itu bagi membolehkan pihak keselamatan dan agensi berkaitan melaksanakan siasatan segera terhadap ancaman itu.
"Orang ramai diingatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap kenyataan ini. Perkembangan mengenai situasi berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
Awal hari ini, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata kawalan keselamatan di semua fasiliti LNG milik Petronas diperketatkan serta-merta susulan ugutan diterima seorang pegawainya di Bintulu.
Beliau berkata pegawai terbabit menerima ugutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) daripada individu tidak dikenali sebelum membuat laporan polis.
– BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
...diterima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon yang berdaftar di negara jiran, Indonesia.
Warga asing main kasar nampak. Sebelum ni kes anak Piji pun no. warga asing.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
petang2 ni otak aku loading sikit.
maksudnya yg hantar sms tu dia ugut untuk buat sesuatu ke atas fasiliti LNG tu ka? ka dia ugut untuk buat sesuat kepada pegawai Petronas tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah sampai nak ugut-ugut, benda boleh bincang apa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang tolong indon aritu (ojol)....sekali..ini balasan indon... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada dua kemungkinan memang kerja Indon atau org Malaysia yg guna no Indon.
Apepon, Indon memang jahat dan bodoh pun. Baru2 nih dia org gelakkan bideo India Malaysia berarak sempena Hari Kemerdekaan, dikatanya bangsa Bangladesh. India dan Bangla pun tak reti beza. Paling sakit hati dia org kutuk2 budak kecik dlm bideo tu. Ada hati nak merasis, padahal betina Indon la paling ramai hadap batang Bangla. Sendiri pun datang sini berkuli, acah2 darjat dia org lebih tinggi dari Bangla pulak. Cermin kat Indon tak wujud agaknya hahaha Haaa yg humanitarian sgt tu, pergi la kirim lagi grab food ke ojol ke. Bagi lagi muka. Apa jenis manusia lah bangsa nan satu tu. Anjing pun tahu berterima kasih. Pasnih mesti mamat2 local menyamar betina Indon kawen laki org reply komen ai nih |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh jadi juga scammer guna nombor tu untuk tujuan keji itu....
kerana sekarang ini scammer guna random nombor telefon untuk scam orang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
putribonda replied at 9-9-2025 04:37 PM
petang2 ni otak aku loading sikit.
maksudnya yg hantar sms tu dia ugut untuk buat sesuatu ke atas fa ...
Kalau baca statement ni ugutan tu ditujukan pada fasiliti LNG dan juga pegawai terbabit.
"Kita masih mengenal pasti dan mengesan pemilik nombor telefon berkenaan yang dikesan menghantar mesej ugutan berkaitan fasiliti LNG itu dan terhadap pegawai terbabit." |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 9-9-2025 05:21 PM
Korang tolong indon aritu (ojol)....sekali..ini balasan indon...
Itu la. Tak paham mentaliti diorg org indon ni camne. Macam kurang common sense pun ada. Kot mana pun malaysia ni serba tak kena pada mata diorg. Lepas tu diorg ni sangatt la suka membanding2 macam2 perkara antara depa dgn kita. Kalau tujuan nak perbaiki ke arah lebih baik tak.apa la jugak. Ni tgk macam lebih ke arah iri hati ja.
Tapi nak buat macam mana lagi dh, dh cara didikan diorg dari dulu lagi camtu. Selagi tak ubah pendidikan diorg, camtu la smpai bila2. Ni aku komen camni satgi ada la sekor mat indon tu mai reply, malaydesh kulu kilir. Ha yang mat indon tu memang contoh terbaik la utk konteks aku citer ni  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
semalam tengok berita baru faham.
ugutan untuk bakar fasiliti tu.
dah beberapa kali dapat ugutan tu baru buat report.
bahaya lah kalau dia buat betul2.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
putribonda replied at 10-9-2025 02:53 PM
semalam tengok berita baru faham.
ugutan untuk bakar fasiliti tu.
dah beberapa kali dapat ugutan t ...
Apa motif diorg ugut2 eh? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pasti apa motif orang yg ugut tu.tp so far pihak2 yg berkaitan dah ambil langkah2 keselataman yang perlu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 10-9-2025 04:28 PM
Apa motif diorg ugut2 eh?
Nak duit tebusan kot |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat aku ni Hegemony punya plan agenda, nak separate kan Sarawak/Sabah keluar Dari peninsular. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|