CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1625|Reply: 2

Sara RM100 bukan penyelesaian tunggal – Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 10-9-2025 01:36 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Pemberian Sumbangan Asas Rahmah (Sara) RM100 bukan penyelesaian tunggal oleh kerajaan dalam membantu rakyat.


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebaliknya salah satu langkah bagi menangani tekanan hidup rakyat.


“Pemberian Sara RM100 bukan penyelesaian tunggal, tetapi salah satu langkah bagi menangani tekanan hidup rakyat.


“Selain mengangkat taraf ekonomi golongan rentan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.


Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, kerajaan mengumumkan pemberian ‘one-off’ RM100 kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas di bawah program Sara.


Inisiatif itu memberi manfaat kepada 22 juta rakyat menjadikan peruntukan keseluruhan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sara tahun ini mencecah RM15 bilion.


Pelaksanaan bantuan penghargaan Sara RM100 tidak tertumpu kepada pasar raya besar sahaja, tetapi turut merangkumi kedai runcit dan pasar raya di kawasan luar bandar.


Semalam, Anwar memaklumkan, prestasi sistem pelaksanaan bantuan penghargaan Sara kini berjalan dengan baik dan lancar walaupun timbul sedikit masalah pada awal pelaksanaannya.


Menurut beliau, sebarang ikhtiar atau dasar baharu berkaitan sistem bantuan berkenaan akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2026.
Sumber -KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2025 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni boleh pertimbangkan utk belian barang basah & fresh mcm ikan daging udang ayam,sayur & buah.. aii redeem mysara hari tu beli sundry & beras ja 3 kampit..ada lg balance ank aii mintak belikan handwash utk letak dekat kantin kafa sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2025 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash is king
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2026 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.901739 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list