|
|
Perkongsian bekas suami kepada Nora Danish iaitu Nedim Nazri menjadi perhatian apabila menegur segelintir pohak yang dianggap mempermainkan isu kahwin.
Menerusi perkongsian di Threads, Nedim berkata hal perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main kerana ia merupakan perkara yang abadi buat seseorang.
“Jangan lah kita main pasal kahwin, pasal mengahwini seseorang adalah abadi untuk kita. Saya hanya cakap dari diri saya, korang nak marah, marah lah saya. Saya merasakan menyampah dengan mainan diaorang,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Nedim itu. Turut menjadi perhatian, apabila ada netizen yang bertanyakan mengenai spekulasi Nora Danish dengan seorang jejaka, Nedim meminta individu tersebut bertanyakan kepada mereka sendiri.
Sumber - Rotikaya |
|