CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 9210|Reply: 45

[Tempatan] ‘Gaji Rendah Punca Pekerja Indonesia Lari Dari Malaysia’ – Duta Besar Indonesia

[Copy link]
Post time 10-9-2025 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
September 10, 2025
Hizam Jaafar




Pekerja Indonesia kini kurang berminat untuk mencari rezeki di Malaysia. Mereka lebih memilih berhijrah ke negara lain kerana berpeluang memperoleh pendapatan yang jauh lebih tinggi.

Memetik dari Buletin TV3, perkembangan semasa ini dikongsikan sendiri oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono yang berkata trend penghijrahan pekerja Indonesia ke Malaysia semakin menurun.




Angka terkini menunjukkan 543,000 pekerja, berkurang berbanding 591,000 pada tahun sebelumnya.


Oleh itu, sektor pembinaan Malaysia dijangka terjejas kerana ramai pekerja Indonesia beralih ke negara lain seperti Jepun, Taiwan, Singapura, dan Hong Kong.

Trend ini bakal menyebabkan kekurangan tenaga kerja yang ketara di negara kita.

Walaupun permintaan untuk pembantu rumah dan pekerja sektor formal masih tinggi dari 1 Januari hingga 4 September tahun ini, jumlah perjanjian kerja yang ditandatangani didapati semakin berkurangan.


“Bagi sektor domestik, sebanyak 22,651 permintaan dalam tempoh sembilan bulan, namun perjanjian kerja yang dilaksanakan hanya 6,506. Bagi sektor rasmi pula termasuk perladangan, permintaan adalah 11,394 manakala perjanjian hanya membabitkan 9,106 sahaja.

“Jadi mengikut jangkaan saya, jumlah pekerja Indonesia di Malaysia tidak akan naik lagi, sebaliknya semakin menurun. Kalau kita lihat trend, dalam enam bulan terakhir ini, bilangan pekerja yang mempunyai dokumen menurun.

“Bukan itu sahaja, mereka yang bekerja di sini lepas cukup tempoh dua tahun tidak berminat meneruskan, sebaliknya pulang ke Indonesia atau berhijrah ke negara lain,” katanya dalam sesi temubual bersama BH, di sini.

Jumlah pekerja Indonesia di Malaysia, yang kini terdiri daripada 62,000 pekerja domestik, 177,000 pekerja ladang, dan 114,000 pekerja binaan, dijangka terus menurun.


Ramai pilih ke Arab Saudi


Hal ini berikutan tindakan Indonesia menamatkan larangan sementara penghantaran pekerja domestik, yang menyebabkan ramai pekerja memilih peluang di Arab Saudi.

“Kini kita sedang berunding dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi tujuan itu,” katanya.

Menurut Hermono lagi, penurunan ketara dalam jumlah pekerja tanpa izin diyakini berpunca daripada penguatkuasaan dan operasi serbuan yang lebih tegas oleh pihak berkuasa Malaysia.

“Kalau kita lihat jika ada serbuan pihak imigresen, datanya pasti membabitkan pendatang Bangladesh atau Myanmar bukan lagi negara lain, ia menunjukkan orang Indonesia hanya sedikit di sini.

“Antara sebabnya pekerja Indonesia semakin berkurang, ia disumbangkan faktor gaji yang tidak kompetitif. Kalau 10 tahun lalu, majoriti pekerja di projek pembinaan adalah pekerja Indonesia.

“Namun cuba lihat sekarang, sangat berkurang…kalau adapun satu atau dua. Saya kira pekerja Bangladesh jauh lebih dominan,” katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2025 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Silakan berambus!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 05:42 PM | Show all posts
Waktunya untuk Bangla lebih banyak masuk ke MalayDesh  ....


Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
elok pun depa cari negara lain
tepu dah coket tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 06:51 PM | Show all posts
lari????
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tu x lama lagi Japan pun ban depa ni. buat perangai pelik ²
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2025 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah. Harap warga lain macam bangla rohingya cina mainland semua pakat berambus keluar dari sini. Lepas tu kerajaan naikkan gaji utk tarik rakyat tempatan isi kekosongan kerja tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 10-9-2025 05:42 PM
Waktunya untuk Bangla lebih banyak masuk ke MalayDesh  ....

Hang pun boleh berambus dari porum ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2025 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye?
Elok la semua balik
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecattaik replied at 10-9-2025 07:55 PM

Si Nusaronyok tu elok le bagi pegang jawatan wakil rakyat diorg pulak. Tengok adakah cakap serupa bikin ke tak. Dalam porum ni kemain komen berdegar2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai dah beralih kerja kat Taiwan, Hong Kong, Arab Saudi kat negara2 Timur Tengah. Ada member aku orang Indo dah lama kerja kat sini nak kerja kat Korea pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 10:48 PM | Show all posts
Kita tengok siapa yang kena.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2025 11:42 PM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Syukorlah... Hah! Hah! Hah!


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2025 09:43 AM | Show all posts
keluar terus 500k tu pun takpe ... mohon sangat2 ...dipersilakan dengan segala hormatnya tinggalkan Mesia
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2025 09:56 AM | Show all posts
nusaraya replied at 10-9-2025 01:42 AM
Waktunya untuk Bangla lebih banyak masuk ke MalayDesh  ....

Saya lebih suka warga Indonesia bekerja di Malaysia dari Warga negara lain seperti pakis bangla myanmar etc. suka indon jadi babu di malaysia kerana senang nak control????.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2025 10:02 AM | Show all posts
Edited by Friska at 11-9-2025 10:13 AM





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2025 02:23 PM | Show all posts

Bukti betapa kehidupan ini sungguh tidak adil. Semoga saudara2 kita dipermudah urusannya. Yang penting jauhi forum.

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2025 07:04 PM | Show all posts
boleh la suh berambus balik
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2025 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 10-9-2025 05:42 PM
Waktunya untuk Bangla lebih banyak masuk ke MalayDesh  ....

Bangla saudara Islam kami.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2025 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecattaik replied at 10-9-2025 07:55 PM

Miskin macam Jawa hidup jaman Belanda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 12:13 AM GMT+8 , Processed in 1.555350 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list