CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 1

Resepi Ayam Rempah Maggi: Senang, Cepat & Confirm Jadi!

[Copy link]
Post time 10-9-2025 08:30 PM | Show all posts |Read mode
Hari ni saya nak share satu resepi senang tapi confirm padu. Tak payah pening kepala nak blend dan kupas bawang dan lain lain, cukup guna paket Maggi je, dah jadi ayam goreng berempah yang garing di luar, juicy di dalam

Gabung pulak dengan nasi lemak santan wangi + sambal pedas manis + bilis rangup… fuhh memang makan sampai licin pinggan! Resepi ni sesuai sangat kalau nak masak hujung minggu atau jamu family/kawan.




Bahan-bahan:
  • 4 ketul ayam (peha/dada/drumstick)
  • 1 paket rempah Maggi (contoh: Maggi Kari atau Maggi Ayam Goreng Berempah)
  • 2 sudu besar tepung beras (bagi extra rangup)
  • 1 sudu besar tepung gandum / tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Garam & serbuk kunyit sikit (optional)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara:
  • Perap ayam dengan rempah Maggi, telur, tepung beras + gandum / jagung. Kalau suka pedas, boleh tambah serbuk cili sikit. Kalau boleh ayam tu kelar kelar bagi rempah senang serap.
  • Biarkan perap 30 minit – 1 jam (lagi lama lagi sedap).
  • Panaskan minyak banyak, goreng ayam sampai garing luar, juicy dalam.
  • Hidangkan bersama nasi lemak (santan + daun pandan), sambal, timun, kacang & bilis.



Tips: kalau nak lebih kick, boleh tambah hirisan daun kari sekali masa goreng ayam tu. Bau dia memang naik!



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2025 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
betul2 sedap la perapan ayam Maggi ni? boleh la cuba nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.091197 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list