CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1743|Reply: 4

[Dunia] Laporan dapati Islamofobia di Australia makin meningkat

[Copy link]
Post time 12-9-2025 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Laporan dapati Islamofobia di Australia makin meningkat
September 12, 2025 @ 4:11pm

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese. - Foto REUTERS

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, berkata kerajaan akan meneliti cadangan laporan bebas berhubung Islamofobia bahawa sentimen kebencian terhadap umat Islam di negara itu kini mencapai tahap tertinggi dalam sejarah.

Laporan itu, yang diterbitkan wakil khas kerajaan bagi menangani Islamofobia, menyebut bahawa Islamofobia kini semakin berleluasa sehingga dianggap suatu kebiasaan, malah banyak kes tidak lagi dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Wakil khas kerajaan bagi memerangi Islamophobia, Aftab Malik, berkata hakikatnya, Islamofobia di Australia sudah berakar sekian lama, kadangkala diabaikan, kadangkala dinafikan tetapi tidak pernah ditangani sepenuhnya.

"Kita menyaksikan insiden cerca di khalayak ramai, vandalisme grafiti, wanita dan kanak-kanak Islam menjadi sasaran, bukan kerana apa yang mereka lakukan, tetapi kerana siapa mereka dan cara mereka berpakaian," katanya.

Laporan setebal 60 muka surat itu mengemukakan 54 cadangan kepada kerajaan, termasuk cadangan menubuhkan satu siasatan awam terhadap penindasan berasaskan agama, serta mengkaji kesan Islamofobia terhadap perpaduan sosial dan sistem demokrasi.

Malik dilantik pada tahun lalu bagi merangka langkah mencegah kebencian terhadap umat Islam, susulan peningkatan mendadak kes Islamofobia dan antisemitisme di Australia sejak serangan balas Israel ke atas kumpulan Hamas hampir dua tahun lalu.

Menurut laporan itu, serangan pada 7 Oktober 2023 di Israel menjadi titik tolak utama kepada lonjakan semasa Islamofobia, yang disifatkan mencapai 'tahap belum pernah berlaku sebelum ini'.

Sejak konflik itu bermula, badan Islamophobia Register merekodkan peningkatan sebanyak 150 peratus dalam insiden kebencian terhadap Muslim menjelang November 2024.

Dalam reaksinya, Albanese berkata, tindakan menyasarkan rakyat Australia atas asas agama adalah satu serangan terhadap nilai asas negara.

"Australia adalah rumah untuk semua. Rakyat harus rasa selamat dalam mana-mana komuniti.

"Kita mesti hapuskan kebencian, ketakutan dan prasangka yang mendorong Islamofobia dan perpecahan dalam masyarakat," katanya.

Albanese sebelum ini turut melantik wakil khas bagi menangani antisemitisme, dan laporan dari jawatankuasa itu yang diterbitkan pada Julai lalu mengesyorkan kerajaan memotong dana universiti yang gagal melindungi pelajar Yahudi.

Ia juga mencadangkan saringan terhadap permohonan visa dan bukan warganegara daripada pandangan pelampau.– REUTERS

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2025 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 14-9-2025 12:28 PM

Sini Msia mari la.....u worang ckp kita worang Islam kina simblih..parampuan kina rogol...dia worang kasi 'FREE' sini tinggal Msia la....nanti kita kasi limbu,ayam,kamben tinggal dia worang rumah la....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2025 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda tu dari hati, bila hati memberontak dan cuba melawan maka akan berlakulah iri hati dan hasad dengki.

Sebenarnya itu perjalanan spiritual mereka.

Dalam hati mereka ada persoalan, tapi bercampur hasutan syaitan yang cuba menentang...berlaku konflik dalam hati.

Bagi orang Islam itu semua ujian Allah untuk dapat redho...kita sendiri dapat pahala dari redho dan sabar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2025 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
10 tahun lepas dari Sydney fly ke Melbourne dok sebelah org yg pakai mcm Taliban.. elok je org tu, tak pandang langsung, jenis yg tunduk je. Tp meols seram jugak la dok jeling2 dia kat sebelah

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 08:24 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.351721 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list