Dipelihara dari fitnah dajjal akhir zaman. Untuk fitnah2 yg lain tidak dijanjikan Allah. Contoh:
1. Pengepungan kota mekah 683M oleh Khalifah Yazid ibn Muawiyah. Bermula dgn penentangan Abdullah ibn Zubair terhadap perlantikan Yazid sebagai khalifah oleh ayahnya Muawiya ibn Abu Sufyan. Kaabah rosak teruk akibat serangan oleh tentera Yazid ketika itu. Ibn zubair membina kembali kaabah selepas itu mengikut reka bentuk asal seperti mana di zaman nabi ibrahim (dimana hijr ismail termasuk didalam sempadan dinding kaabah).
2. Serangan kota mekah oleh kerajaan qaramitah pada 930M sewaktu musim haji. Jemaah haji dibunuh dan ada yg mayat dibuang kedalam telaga zam-zam. Batu hajarul aswad dibongkar dari kaabah dan dibawa lari ke bahrain. Setelah 22 tahun hajarul aswad akhirnya dipulangkan kembali hanya dalam 8 kepingan kecil seperti yg ada hingga sekarang.
3. Serangan dan penaklukan masjidil haram 20 november 1979 (1 muharam 1400) oleh sekumpulan 300-600 org pasukan bersenjata selama hampir 14 hari. Beratus org mati dalam konflik ini.
Aku nak pergi masa muda bujang ni, tak nak time tua pakai whee ...
Semoga dipermudahkan urusan dan mendapat umrah yg mabrur...
setau meols umrah badal nie sama jer mcm umrah lain, cuma kita niatkan umrah utk org lain...sebelum boleh buat umrah badal, kita kena buat umrah utk diri sendiri dulu. Biasa kalu ikut package, akan buat 3x umrah...first day sampai, itu umrah wajib utk diri sendiri, second day, baru bole buat umrah badal or umrah utk org lain. Tak kira brapa kali kita dah pergi umrah, masuk jer Mekah, kita wajib buat umrah wajib. Ini kefahaman meols lah...
Umrah badal boleh niat semasa keluar dari Mekah, harap dapat la buat 3 kali..tapi kat ...
insyaAllah bole jer tu buat 3x....biasa org buat selang sehari, but kalu nak buat setiap hari pun bole jer...umrah kejap jer, few hours dah siap. Nanti pergi lah solat kat new wing kalu rajin nak jalan...