Post time 14-9-2025 04:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kg Sungai Baru: Selepas guna akta, Zaliha dan kerajaan jangan cuci tangan
Bukannya mahkamah yang merampas hartanah penduduk secara paksa, tetapi kerajaan yang melakukannya.
N Surendran
September 13, 2025 8:10 malam3 minit bacaan
Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, bahawa penduduk Kampung Sungai Baru yang berdepan pengusiran mesti berunding terus dengan pemaju bagi menghentikan proses pengusiran, kerana ia bukan keputusan kerajaan, sebaliknya ditentukan oleh mahkamah.
Kenyataan menteri tersebut amat mengejutkan, tidak boleh diterima dan merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab serta cubaan untuk melepaskan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat yang terkesan di Kampung Sungai Baru.
Bukannya mahkamah yang merampas hartanah penduduk secara paksa. Sebaliknya, kerajaan yang melakukannya.
Mahkamah tidak mempunyai pilihan setelah kerajaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 pada 2021, menyebelahi pihak pemaju.
Tindakan ini menyebabkan tanah penduduk yang tidak bersetuju dengan tawaran pemaju diambil, sekaligus mencetuskan kontroversi nasional mengenai pengusiran penduduk yang sedang berlaku.
Pengambilan paksa ini merupakan tindakan drastik oleh kerajaan yang menggunakan kuasa luar biasa untuk mengambil rumah dan tanah penduduk secara paksa dan menyerahkannya kepada pemaju. Walaupun pampasan telah diberikan (walau dipertikai), ia tidak mengubah hakikat bahawa rumah dan tanah telah diperolehi tanpa kerelaan pemilik.
Mengapa kerajaan tidak membenarkan penduduk untuk berunding sendiri dengan pemaju dan mencapai persetujuan yang adil tanpa sebarang pengambilan secara paksa? Ia mungkin mengambil masa yang lebih lama, tetapi ia merupakan satu proses yang adil dan berdasarkan persetujuan semua pihak terlibat.
Setelah kerajaan menggunakan kuasa drastik seperti ini, Zaliha tidak boleh sekadar melepaskan tanggungjawab dan mengalihkan tanggunjawab kepada mahkamah atau pemaju.
Mahkamah mahupun pemaju tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tanah secara paksa – hanya kerajaan yang mempunyai kuasa itu, dan kerajaan telah menggunakannya.
Adalah amat ketara bahawa semalam Zaliha tidak langsung menyentuh isu pengambilan paksa tanah Kampung Sungai Baru oleh kerajaan pada 2021. Mengapa beliau berdiam diri? Adakah kerana beliau tidak dapat mempertahankan tindakan pengambilan rumah dan tanah rakyat hanya untuk tujuan pembangunan semula?
Penggunaan kuasa pengambilan paksa oleh kerajaan seharusnya hanya digunakan untuk tujuan yang benar-benar penting dan kritikal bagi negara. Ia tidak sepatutnya digunakan sewenang-wenangnya untuk projek pembangunan komersial seperti yang dirancang di Kampung Sungai Baru.
Rampasan tanah oleh kerajaan tidak seharusnya membawa keuntungan besar kepada pemaju sambil merugikan pemilik rumah; ia hanya wajar digunakan dalam keadaan yang benar-benar perlu demi kepentingan awam.
Zaliha juga mendakwa bahawa 28% penduduk yang membantah cadangan pembangunan sedang melakukan "kezaliman minoriti" (tyranny of the minority) ke atas 72% penduduk lain yang bersetuju. Dakwaan ini adalah salah dari segi moral dan undang-undang.
Penduduk minoriti tersebut adalah pemilik sah rumah dan tanah. Mereka mempunyai hak di bawah undang-undang untuk menerima atau menolak tawaran pemaju. Hak terhadap pemilikan harta adalah hak asas yang dijamin di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Bagaimana mungkin tindakan mereka mempertahankan hak ini dikatakan sebagai “kezaliman minoriti”?
Nampaknya menteri tidak memahami maksud sebenar ungkapan “kezaliman minority”.
Zaliha juga mendakwa kononnya bahawa penduduk yang membantah berbuat demikian kerana "tidak berpuas hati dengan pampasan".
Ini adalah satu tuduhan yang tidak benar. Bantahan sebenar penduduk adalah terhadap tindakan kerajaan mengambil tanah mereka secara paksa dan menyerahkannya kepada pemaju.
Perlu diingati juga bahawa menteri sebenarnya tidak mempunyai sebarang autoriti untuk bercakap bagi pihak penduduk yang membantah.
Kami menggesa Zaliha selaku menteri Wilayah Persekutuan, perdana menteri dan kerajaan supaya tidak "lepas tangan" dalam perkara ini dan menyerahkannya kepada pemaju dan pihak penguat kuasa.
Itu adalah satu tindakan yang amat tidak adil kerana pengambilan paksa dilakukan oleh kerajaan; maka kerajaan tidak boleh "cuci tangan".
Kami mendesak agar kerajaan segera campur tangan untuk menghentikan pengusiran yang sedang berlangsung dan menyelesaikan pertikaian ini secara adil dan saksama.
---
N Surendran ialah penasihat undang-undang Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru. Bekas ahli PKR. Bekas Naib Presiden PKR. Bersama-sama dengan Anwar Ibrahim dulu perjuangkan reformasi sejak parti itu ditubuhkan pada 1999
Post time 14-9-2025 04:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nusaraya replied at 14-9-2025 11:53 AM
KELEMAHAN TERBESAR Type-M adalah WANG .... UUD .. Ujung-Ujungnya DUIT juga ...LUPA IDENTITY MELAYU ...
Sama juga dengan warga mu indon caprut kerana wang sanggup tukar agama, jilat tapak kaki pelancung, gadai tanah pastu hujung2 meroyan sebab tanah tergadai & asik banjir.
Post time 15-9-2025 09:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
slyfynx replied at 14-9-2025 11:54 AM
Dapat duit tu xde masalah.
Masalahnye nape nk kene bangga?
Betul, rasa mcm bodoh jer pemikiran gitu. Bangga dapat duit tapi tanah takde sudahnya 'migrate' ke kampung. Patut kena bangga bila ada org melayu ada tanah dekat KL.
Kalau mcm tue la senang kerja org berduit, offer segala tanah yg ada KL, bagi org melayu 'duit' & mindset org melayu telah 'kaya'. Akhirnya tanah org melayu tinggal berapa kerat & kemudian pindah balik kampung.
Post time 15-9-2025 11:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Samerosie at 15-9-2025 11:18 AM
tungkai replied at 15-9-2025 10:32 AM
Menang sorak kampung tergadai
Memang akan tergadai pun sbb bukan tanah derang hahaha in 50 yrs time the lease will be up. Masa tu kalau gomen tak renew lease kena kuar gak time tu ngangga je sbb tak de pampasan. In the meantime, rumah yg sekarang pun dah rupa kandang kambing, lagi 50 tahun jadi apa? Rumah pun no value. Dr dpt 400 psqft terus dpt 10k je sorang. Kalau owner rumah berduit dah lama dijaga elok.
Teringat aku joke bapak bgtau kat anak, bila dia mati tanah ni jgn dijual. Anak bertanya kenapa pak, sebab tanah tu bukan kita punya.
Post time 15-9-2025 11:38 AMFrom the mobile phone|Show all posts
tungkai replied at 15-9-2025 10:32 AM
Menang sorak kampung tergadai
Lepas ni sape2 yang duduk kat tanah leasehold pasrah jela kalau kena halau/pampasan tak setimpal, walaupon masih berbaki 50 tahun atau lebih, waima berbaki 90 tahun sekalipon
Post time 15-9-2025 11:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Penduduk asal b40. Bila rmh br da siap ko ingt bln2 x ada maintenance fee? Rmh harga mahal maintenance fee pun x murah yer. Masalah zaman skrg bkn utk memiliki, tp nak maintain maintenance fee yg harga serupa lahanat. Sbb tu rmi prefer duduk kg. X pyh pening2 byr maintenance fee
Post time 15-9-2025 12:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
otai_g replied at 15-9-2025 11:40 AM
Penduduk asal b40. Bila rmh br da siap ko ingt bln2 x ada maintenance fee? Rmh harga mahal maintenan ...
Nok, inilah sbb org melayu sampai mati miskin. Lebih senang tuduh cina tindas padahal sendiri malas berfikir asik nak kena suap je.
Dapat 2-3 pintu rumah condo free, kau peram je ke nok? Satu rumah duduk 2 rumah kasi sewa dah boleh cover kau punya maintenance fee untuk setahun. Heck in fact 2 tahun. Tak nak duduk situ fine, satu jual, beli flat buruk paling murah dan usang sbb it seems lagi best duduk rumah gitu dgn jamban rosak dan penagih merata, 2 lagi tu sewa la maintenance termasuk.
Post time 15-9-2025 12:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kemaruk replied at 15-9-2025 11:38 AM
Lepas ni sape2 yang duduk kat tanah leasehold pasrah jela kalau kena halau/pampasan tak setimpal, ...
Ni sorang lagi. Tu sbb org kalau boleh x beli leasehold property. Kalau beli sbb leasehold is cheaper than freehold. Dan derang tau the consequences. Bukan jerit tanah warisan anak cucu.