CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 14148|Reply: 265

"Keluarga cakap saya nampak cantik" - Putri Dahlia..

[Copy link]
Post time 14-9-2025 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by freekey at 14-9-2025 12:53 PM
;===================================================================================
;
ANAK kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Putri Dahlia mencuri perhatian ramai apabila muncul buat kali pertama tanpa bertudung di acara Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) yang berlangsung malam Ahad.

Putri Dahlia, 21, menjelaskan keputusan menanggalkan hijab dibuat dengan penuh kesedaran selepas lebih 15 tahun mengenakan tudung sejak kecil.

Katanya, dia mahu mulakan perjalanan baharu untuk lebih mendalami agama dengan cara tersendiri.

"Saya mula pakai tudung dari umur 6 tahun, saya tak dapat belajar agama saya sendiri. Saya hanya pakai tetapi tidak tahu (tak faham).



Putri Dahlia ketika ditemui di AIM24 pada malam Ahad.

"Saya hanya mahu mulakan perjalanan baru dan nak belajar cari jalan sendiri dalam agama. Saya sekarang lebih rapat dengan Allah walaupun sudah tidak bertudung.

"Kalau sesiapa nak kecam, ini antara saya dengan Allah sahaja," katanya kepada mStar.

Putri Dahlia berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara AIM24 yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Putri Dahlia menjelaskan keputusan untuk tidak lagi bertudung bukan mahu mencetuskan kontroversi atau  sebagai tanda pemberontakan atas kemelut keluarga yang dilalui oleh ibunya.


"Orang lain boleh buat cerita apa saja tetapi keputusan saya membuka tudung bukan untuk mencetuskan kontroversi atau memberontak.

"Apa yang dilalui ibu (Nora) tidak ada kena mengena. Apa yang ibu saya lalui (kisah rumah tangga) saya sentiasa berikan sokongan terhadapnya.

"Apa saja yang dilalui oleh adik-beradik lain, saya harap mereka dapat hadapinya dengan tenang," ujarnya.

Menurut Putri Dahlia, keputusan peribadi yang dilakukan ini turut mendapat sokongan keluarga selagi dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Saya sekarang lebih rapat dengan Allah walaupun sudah tidak bertudung.

Dalam nada lebih terbuka, Putri Dahlia turut menekankan kepentingan menjaga kesihatan mental dalam membuat sebarang keputusan peribadi.

"Ibu dan keluarga beri sokongan kepada saya. Mereka cakap saya nampak cantik. Apa yang penting sebagai orang Islam perlu jadi orang baik.

"Sebelum ini saya pernah cakap dengan keluarga bahawa perkara ini (buka tudung) akan terjadi tetapi mereka cakap tak mengapa kita sama-sama doa asalkan saya gembira dan menunaikan solat.

"Kalau nak ikut cakap orang sampai bila-bila pun saya rasa kita boleh jadi gila. Contoh terbaik adalah keluarga saya, mak saya artis dia kena ikut cakap orang sampai sekarang dah jadi 'gila'. Saya saja anak yang pentingkan kesihatan mental," jelasnya.



Keluarga sentiasa memberi sokongan terhadap keputusan Putri Dahlia (kanan).

Putri Dahlia yang kini sedang sibuk dengan persiapan album baharunya turut merancang untuk menukar nama pentasnya daripada 'Putri Dahlia' kepada 'Dahlia'.

Ujarnya, dia enggan dikaitkan dengan imej Muslimah dan tidak mahu mengambil pusing tentang kecaman netizen yang bakal diterima.

"Saya sebenarnya tak baca komen atau kecaman netizen. Bukan saya tidak peduli tetapi saya sedang fokus untuk album baharu.

"Saya nak tukar nama daripada Putri Dahlia kepada Dahlia saja. Saya rasa nama Putri Dahlia itu sinonim sebagai ikon islamik.

"Saya nak jadi diri saya, Dahlia saja. Di masa hadapan saya memang tidak akan baca komen-komen netizen dan hanya mahu fokus hubungan dengan Allah saja," katanya.

Sebelum ini, Putri Dahlia tampil dengan imej bertudung dan menutup aurat sewaktu pembabitannya dalam bidang nyanyian.



Dahlia sebelum ini dikenali dengan imej bertudung.

Untuk rekod, Putri Dahlia merupakan anak perempuan kepada Nora dan komposer Allahyarham Johan Nawawi.

Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992.

Allahyarham meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.



Selain Putri Dahlia, Nora mempunyai tiga lagi cahaya mata.



;===================================================================================
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2025 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat Puteri Sarah td mcm ada iras sikit, sore Dahlia ni sedap lagu pun best, tp maybe sebab x popular tu akhirnya bukak tudung
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa better je dia tak pakai tudung. Sebab macam acik2 sangat rupa dia masa pakai tudung tu. style acik2 habis. Tak kena dengan suara n lagu dia. Hahah sorryyy la aurat police. Cumanya, kau pilih la style yang senonoh sikit dik. Ntah pape je bangs pendek gitu dengan makeup ala anime
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai ke tak pakai tudung rupa tetap kgdotcom
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 01:33 PM | Show all posts
antaradua replied at 14-9-2025 01:25 PM
Pakai ke tak pakai tudung rupa tetap kgdotcom

Aku nampak muka dia cam muka bini Donald duck tu..apa eh nama character tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka hati kau lah… anak dgn mak sama delulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2025 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam ko lagik sesuai bertudung dik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Buruks nau
Betul dek
Bulu mata tu beli kat mane???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2025 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
delusional
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni ke yg bercium tu???muka konoha sgt
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia cm mok mok sikit kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak tiri setad terung asam kecut tu xnak komen ke sepatah dua kata?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulu mata beli kt Kedai Eco le tu.Bulu mata sloth pun kalah dek.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kurus ke? Style dia sblm ni mmg cannot go.. dgn badan gems dan tudung labuh....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miss_perfect at 14-9-2025 01:53 PM
SANKURIANG replied at 14-9-2025 01:33 PM
Aku nampak muka dia cam muka bini Donald duck tu..apa eh nama character tu?


Daisy Duck
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena paksa ke masa pakai tudung umur 6 tahun tu? Kesiannya la hai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2025 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade bende x perlu mention kot..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
"Keluarga cakap saya nampak cantik"
Tak dik..keluarga menipu ko je tu sbb nk jaga hati ko je..sbb mmg sah2 bughukkkkk rupa ko dgn rambut mcm kaler bulu org utan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 02:24 PM | Show all posts
biasa biasa je nyah, pakai tudung nampak la manis tu, sebab bibir jenih terjuih gtu kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 02:53 PM | Show all posts
tak pe la, menjawab je depan Allah mcm tu. kami x perlukan penjelasan kenapa dan mengapa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.122587 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list