CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 7971|Reply: 47

[Tempatan] Langkawi dikhuatiri terus ‘dilupakan’ jika tiada produk inovatif, kata pakar

[Copy link]
Post time 15-9-2025 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
freemalaysiatoday.com.my
15.September.2025


Mohd Hafiz Mohd Hanafiah berkata Langkawi berdepan cabaran serius menarik pelancong khususnya dari dalam negara berikutan kos tinggi dan kurang produk pelancongan baharu.



Pakar berkata jenama Langkawi masih kuat namun pulau bebas cukai itu kini mengalami kekurangan pembaharuan pengalaman untuk pelawat. (Gambar Bernama)



PETALING JAYA: Langkawi berisiko terus ketinggalan berbanding destinasi pelancongan serantau seperti di selatan Thailand dan Indonesia jika langkah drastik tidak diambil segera pihak berwajib, kata pakar.
Mohd Hafiz Mohd Hanafiah berkata, Langkawi ketika ini berdepan cabaran serius dalam menarik pelancong khususnya dari dalam negara berikutan kos tinggi dan kekurangan produk pelancongan baharu.

Pensyarah kanan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berpandangan, Langkawi tidak mempunyai tawaran pelancongan menyeluruh kerana tumpuan masih berkisar pada elemen pantai dan zon bebas cukai.


“Fakta di lapangan menunjukkan harga hotel, makanan dan aktiviti di Langkawi lebih tinggi berbanding destinasi seperti Hatyai, Krabi atau Bali.

“Tiada pembaharuan ketara dalam infrastruktur perkhidmatan makanan dan pengangkutan. Siapa sebenarnya pemasar utama Langkawi pun tidak jelas. Bila pemasaran tidak konsisten, maka tarikan baharu pun gagal ditonjolkan,” katanya kepada FMT.


Beliau mengulas laporan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/Perlis yang mendedahkan kadar tempahan hotel di Langkawi pada cuti sekolah dan Hari Malaysia kekal rendah iaitu sekitar 60%.

Pengerusinya Eugene Dass berkata, cuti sekolah kini tidak memberi kesan ketara terhadap tempahan hotel, sambil menambah isu harga makanan, logistik, jadual feri dan tambang penerbangan tinggi antara faktor pelancong menangguhkan percutian ke pulau itu.


Mengulas perkembangan itu, Hafiz berkata jenama Langkawi masih kuat, namun pulau bebas cukai itu kini mengalami ‘experience fatigue’ atau kekurangan pembaharuan pengalaman untuk pelawat.

“Pelancong rasa ‘dah pernah pergi’, tiada yang baharu. Mereka yang pernah ke Langkawi tidak teruja untuk kembali kerana produk dan pengalamannya tidak berubah,” katanya.


Katanya, destinasi seperti Hatyai dan Bali memanfaatkan acara tahunan, festival dan pelancaran produk baharu untuk menarik pelancong berulang, sementara Langkawi dilihat tidak menyokong kepelbagaian segmen seperti pelancongan kesihatan, pendidikan (edutourism), sukan air moden, atau ‘night economy’.

Hafiz mencadangkan pihak berkaitan memperkenalkan insentif pelancongan seperti ‘School Holidays Pass’ atau menganjurkan acara tahunan berskala besar seperti festival muzik, temasya sukan atau ekspo keluarga.

“Langkawi perlukan penjenamaan semula. Sudah sampai masa ‘Langkawi Blueprint’ dikaji semula dan dimasukkan elemen eco-wellness, geopark edutourism, dan pembangunan ekonomi malam,” katanya.

Beliau turut menyarankan kerjasama sektor awam-swasta bagi memulihkan imej dan tarikan pelancongan Langkawi.


Katanya, jika situasi ini tidak ditangani, kesannya bukan sahaja kepada statistik pelancongan, tetapi juga kepada ekonomi komuniti tempatan yang bergantung hampir sepenuhnya kepada sektor tersebut.

“Lebih 70% ekonomi Langkawi bergantung pada pelancongan. Tempahan rendah akan menyebabkan operator memotong kos kesannya adalah pengalaman pelancong merosot, perkhidmatan bot tidak terurus, inap desa kosong, pemandu teksi terkesan,” katanya.

Menurutnya, imej destinasi akan turut terjejas melalui ulasan negatif dan perkongsian di media sosial sekali gus menjejaskan reputasi Langkawi dalam jangka panjang.

“Langkawi sebelum ini jadi rujukan negara Asean lain tetapi kini mereka sudah potong kita lebih cepat, lebih inovatif. Kalau kita lambat bertindak, Langkawi akan terus jauh ketinggalan,” katanya.

Baik pulih pusat tumpuan, jangan bina projek baharu

Sementara itu, seorang pengusaha pelancongan di Langkawi, Nurzawana Arsyad berkata banyak tarikan pelancongan di pulau tersebut kini suram dan tidak diselenggara dengan baik, menyebabkan pelancong semakin hilang minat untuk kembali.

“Contohnya, pusat tumpuan Ayer Hangat yang satu-satunya sumber air panas semulajadi di Langkawi, sudah lama tutup.

“Pada awalnya dimaklumkan akan dibaik pulih, tapi sehingga hari ini tidak dibuka semula. Ini antara tarikan lama yang patut diberi perhatian,” katanya.

Nurzawana berkata, pengusaha kecil sepertinya yang turut menawarkan perkhidmatan inap desa, kereta sewa dan pakej ‘island hopping’ kini hanya bergantung kepada tempahan semasa musim cuti sekolah.

“Kalau musim cuti sekolah, penuh. Tapi hari biasa memang perlahan. Kadang-kadang hujung minggu pun kosong,” katanya.

Beliau mencadangkan kerajaan dan agensi berkaitan memberi keutamaan kepada penambahbaikan produk pelancongan sedia ada termasuk kemudahan asas dan infrastruktur.

“Tak perlu buat produk baharu setiap masa. Yang lama pun banyak yang terbiar. Pelancong datang tempat sama saja – kereta kabel, Pantai Cenang. Baik pulih dan naik taraf apa yang dah ada pun cukup,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2025 06:44 PM | Show all posts
Kesian Langkawi cuma layak banding dengan Hatyai. Orang Thai pun pelik apa lah yang acik2 Malaysia hadap sangat dengan Hatyai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2025 07:13 PM | Show all posts
langkawi perlu ada pantai yg khas utk orang berbogel...nude beach...utk couple shj
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2025 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash lahhh buat org Langkawi
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2025 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Last aku pi langkawi ms thn 2004
Lps tu dah tak penah pi pun...ada skali tu kampeni buat team building kt langkawi pun aku berjaya escape sbb malas nk spend time ms wiken dgn team building apa lancau sume tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2025 08:30 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 15-9-2025 11:17 PM

Tampaknya MalayDesh harus ingat ini .. SEsuatu tempat pelancogan yang dibuat dengan MENIRU, Copy Paste dan IMITATION  hanya akan terkenal  SEBENTAR SAJA .. setelah itu DITINGGAKAN dan DILUPAKAN ....

Itulah yang dialami oleh LENGKAWAI  dan juga mungkin budaya melayu MalayDesh yang sebenarnya X ada Identity sama sekali tetapi kemudian melakukan Copy Paste dengan mengatakan bahwa seluruh Budaya Nusantara adalah juga Budaya Melayu MalayDesh  dengan konsep Alam Melayu yang X masuk akal  dan dibuat-buat  itu ..

Identity PALSU atau IMITATION X akan Pernah  AKAN SAMA, SETARA danSEINDAH  dengan Identity  SEJATI dan ASLI ....dan  ITULAH IDENTITY SESUNGGUHNYA BANGSA MELAYU MALAYDESH yang Anda Bangga-banggakan itu ...PALSU dan IMITATION ..dan TENTU SAJA  X BERNILAI atau SAMPAH ... Tetapi BODOHNYA.... KAU PROPAGANDAKAN ITU SEBAGAI KEHEBATAN KAMU sebagai MAHAKARYA TAMADUN MELAYU MAHAWANGSA ......

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2025 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak wajar bandingkan dengan Hatyai. Sebab Hatyai is reachable through land. Tak perlu ambil feri. Tak terikat dengan cuaca. Pelancong ke sana mainly sebab makanan.

Langkawi? Nak kena ambil feri or flight ticket, kena tengok jadual. Kalau nak berkereta, ada amount yang perlu dibayar dan perlu buat pas. Tak ada kereta kat langkawi, kena sewa kereta. Sewa kereta pulak pasti kena scam. Makanan street food rata-rata sama je dengan mana-mana juadah belah utara. Apa lagi nak tarik?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2025 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dah 'BAGI' kat Rohingya ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2025 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Try la wujudkan acara Tarian Sewang, Sambutan Hari Moyang, dan Pesta Gegayah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Try la wujudkan acara Tarian Sewang, Sambutan Hari Moyang, dan Pesta Gegayah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Try la wujudkan acara Tarian Sewang, Sambutan Hari Moyang, dan Pesta Gegayah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Try la wujudkan acara Tarian Sewang, Sambutan Hari Moyang, dan Pesta Gegayah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 16-9-2025 04:15 AM
Try la wujudkan acara Tarian Sewang, Sambutan Hari Moyang, dan Pesta Gegayah...

Tau la.uols.suka.pesta gegayah tuuu
Takyah la.mention banyak.kali
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 08:11 AM | Show all posts
kan ada Tiara Jacquelina buat Dream Forest Langkawi..

pastu ada pulak Windmill Park kat Langkawi... ada kincir2 angin colorful..

untuk night activities pulak tulah aku mentioned dream forest, lepak2 kat pantai chenang tengok fireworks, night markets, ada seaside bazaar near Maha Tower...

pastu ada pakej night safari river cruise.. selalu org amek pakej magrove river cruise tu waktu siang tp actually waktu malam pown ada

anyway, betol ke org yg buat liputan termasuk pakar UITM tu? selalu aku tgok vlog tourist2 both tourist local and foreigner pergi langkawi sentiasa rama org jer.. aderla tempat2 yg x ramai sgat cam Bukit Raya tp in general mmg ramai orang sentiasa.. korang cuber tengok vlog2 youtuber both foreign and locals buat pasal Langkawi.. jangan percaya cakap "pakar" tah mana2 ni punyer statement..

pastu Langkawi ada attraction baru such as Pulau Tuba and Kubang Badak Geotrail.. kat Kubang Badak tu ada Oyster Farm and Maggi Ketam
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 16-9-2025 04:15 AM
Try la wujudkan acara Tarian Sewang, Sambutan Hari Moyang, dan Pesta Gegayah...

Sis bugis bangun tahajud ke bangun kencing?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 16-9-2025 08:11 AM
kan ada Tiara Jacquelina buat Dream Forest Langkawi..

pastu ada pulak Windmill Park kat Langkawi.. ...

Langkawi tiada masalah untuk attract first time visitor. Tapi untuk jadi Phuket or Thailand in general it must be next level. Orang dah pergi nak pergi lagi. Kalau omputeh tu siap menyimpan lepas tu quit job semata2 nak menghabiskan duit di Thailand. Local economy boleh thrive on duit tourist ja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2025 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang feri langkawi dh ok ke? Ke masih hazzab?.bnyk trip tak dlm sehari?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 12:51 PM | Show all posts
nampaknya cadangan di atas bagus...boleh jer ada cadangan bagus ..

... persoalannya atas bahu siapa nak buat semua ni? duit nak pakai dari mana?... tu dulu yang kena hadap...

kalau itu tak boleh setel, maka tak ada guna nak ambik perhatian kononnya nak bangunkan balik pelancongan langkawi... biar sajalah runtuh jatuh seadanya.. sbb bila tak ada orang atau badan atau kerajaan nak buat maka itu bukan isu penting dibandingkan dgn isu2 lain... just die lh
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
rasanya isu kos lagi mahal di langkawi berbanding thailand
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 01:18 PM | Show all posts
memang laa rasa dah pernah pergi, dah acik2 kepam p langkawi dok reja p shopping pinggan mangkok saja..bukan nak explore nature
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.100265 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list