CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1774|Reply: 4

[Tempatan] Tanah runtuh di Sabah: Mangsa meningkat 11 orang, 2 maut dan seorang kanak-kanak hilang

[Copy link]
Post time 15-9-2025 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 15-9-2025 09:36 PM

PAPAR – Dua individu termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan maut manakala seorang lagi masih hilang selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Kampung Marahang Tuntul, di sini pada Isnin.





Dalam kejadian sekitar jam 9 pagi itu, mangsa yang terkorban merupakan seorang wanita berusia 32 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, namun identiti kedua-duanya masih belum dikenal pasti.

Seorang lagi mangsa, iaitu kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, masih belum ditemui dan operasi mencari serta menyelamat sedang dilakukan oleh pasukan bomba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 9.20 pagi.

Katanya, seramai 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 13 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

“Menurut komander operasi, terdapat kejadian tanah runtuh yang menghempap rumah dan tiga mangsa dilaporkan terlibat.

“Dua mangsa tertimbus berjaya ditemui meninggal dunia oleh pasukan bomba, masing-masing pada jam 4.20 petang dan 4.25 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis, manakala seorang lagi mangsa masih dalam pencarian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Pisar berkata, maklumat lanjut mengenai operasi itu akan dikemas kini dari masa ke masa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2025 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian moga dipermudahkan semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah seluruh keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.

Semalam tengok video abam jpam gendong bawa keluar mayat budak2... Kesian betul.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 01:54 PM | Show all posts
Baru balik dari Kundasang, sempat juga ke Inanam. Mulanya nak pergi this week now I'm glad aku cepatkan seminggu awal. Sepanjang di sana cuaca gorgeous sebelah pagi tapi petang sahaja hujan. One of my best holidays, thank you Sabah.

Terkesan dengan berita ini. Takziah kepada mangsa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.134425 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list