CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 3547|Reply: 45

“Keluarga Cakap Saya Nampak Cantik” – Anak Nora Ariffin Buka Tudung, Nak Jadi Diri Sendiri

[Copy link]
Post time 16-9-2025 11:29 PM | Show all posts |Read mode





Anak kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Putri Dahlia menjadi perhatian apabila tampil tidak berhijab di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) pada Sabtu lalu.


Memetik mStar Online, anak gadis Nora berusia 21 tahun itu berkata dia mahu mulakan perjalanan baru serta belajar mencari jalan sendiri dalam agama meskipun sudah mula bertudung di usia enam tahun.


“Saya mula pakai tudung dari umur enam tahun, saya tak dapat belajar agama saya sendiri. Saya hanya pakai tetapi tidak tahu (tak faham).


“Saya hanya nak mulakan perjalanan baru dan nak belajar cari jalan sendiri dalam agama. Saya sekarang lebih rapat dengan Allah walau dah tak bertudung.


“Orang lain boleh buat cerita apa saja tetapi keputusan saya membuka tudung bukan untuk mencetuskan kontroversi atau memberontak,” katanya.


Sementara itu, Dahlia berkata keluarga menyokong keputusannya itu selagi dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.


“Ibu dan keluarga beri sokongan kepada saya. Mereka cakap saya nampak cantik. Apa yang penting sebagai orang Islam perlu jadi orang baik.


“Sebelum ini saya pernah cakap dengan keluarga bahawa perkara ini (buka tudung) akan terjadi tetapi mereka cakap tak mengapa kita sama-sama doa asalkan saya gembira dan menunaikan solat.


“Kalau nak ikut cakap orang sampai bila-bila pun saya rasa kita boleh jadi gila. Contoh terbaik adalah keluarga saya, mak saya artis dia kena ikut cakap orang sampai sekarang dah jadi gila. Saya saja anak yang pentingkan kesihatan mental,” katanya.


Dalam pada itu, Dahlia yang sibuk dengan persiapan album barunya turut merancang untuk menukar nama pentasnya kepada Dahlia serta enggan dikaitkan lagi dengan imej Muslimah.


“Saya sebenarnya tak baca komen atau kecaman netizen. Bukan saya tidak peduli tetapi saya sedang fokus untuk album baharu. Saya nak tukar nama daripada Putri Dahlia kepada Dahlia saja. Saya rasa nama Putri Dahlia itu sinonim sebagai ikon islamik.


“Saya nak jadi diri saya, Dahlia saja. Di masa hadapan saya memang tidak akan baca komen-komen netizen dan hanya mahu fokus hubungan dengan Allah saja,” katanya.


Sumber: mStar Online, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2025 11:41 PM | Show all posts
"wartawan" CARI ni baru kuar gua ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2025 10:45 AM | Show all posts
tak baiklah scam dia...

p/s: moga dibukakan semula pintu hatimu dik utk berhijab
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2025 10:48 AM | Show all posts
ada rupa nora masa muda2...lawa je cuma maknya lg lawa masa muda...nk lawa xpayah rambut color2..elok hitam potong pendek...mmg trademark mak nya rambut pendek...herlok je kemas cantik
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2025 11:45 AM | Show all posts
kenapa dia kata tak dapat belajar agama dia sendiri? tak pergi sekolah atau kena halang dr belajar agama? aku tak paham ayat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2025 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak mu la dik.. nanti hafal kata² kau ni nati senang nak cakap balik depan ALLAH nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2025 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Erkk..simpan je la komen dlm hati.
Dh besar kan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2025 03:02 PM | Show all posts
Dia ni ke yg comolot dgn boipren tu? Apsal muka free hair mcm cencorot? ekekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2025 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 17-9-2025 11:45 AM
kenapa dia kata tak dapat belajar agama dia sendiri? tak pergi sekolah atau kena halang dr belajar a ...

Sepaham meols, sbb disuruh dari kecik.. so tak dpt wat ikot decision n pace sendiri.. entahla dilema bab2 gini, taktau anak dh besar skit nanti nk didik cemana. Nauzubillah part bukak tudung tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2025 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani ya pakai lens dan buat rambut gitu walaupun rupa macam anjing laut. Dari TV ALHIJRAH to ANIMAL PLANET
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa author scammed aku
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 17-9-2025 11:59 PM
Berani ya pakai lens dan buat rambut gitu walaupun rupa macam anjing laut. Dari TV ALHIJRAH to ANIMA ...


Anjing lautt kaka duda umpamakannn
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 09:55 AM | Show all posts
sukanyanyi replied at 17-9-2025 03:42 PM
Sepaham meols, sbb disuruh dari kecik.. so tak dpt wat ikot decision n pace sendiri.. entahla dile ...

ooo..patut guna ayat lain la dik, kan akak dah confuse..haha.. patut adik ckp 'disuruh pakai sejak kecil dan tak berpeluang menikmati fesyen zaman kanak2'.. jujurnya meols kesian kat bebudak yg dipaksa bertudung. jgn tipu drg takde perasaan rasa cantiknya tgk budak pompuan tu pakai dress, skirt tu. mesti dia tertanya2 kenapa dia takleh pakai camtu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 17-9-2025 11:59 PM
Berani ya pakai lens dan buat rambut gitu walaupun rupa macam anjing laut. Dari TV ALHIJRAH to ANIMA ...

Always ternanti2 laharanmu kakadud hahhaha



Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 18-9-2025 09:55 AM
ooo..patut guna ayat lain la dik, kan akak dah confuse..haha.. patut adik ckp 'disuruh pakai sejak ...

Kn.. ade yg pikir, kalo dh train dari kecik, dia rase tak selesa kalo tiba2 tak pakai. Tp blh jd yg sebaliknya iaitu tak puas n tringin merase, lalu buat yg lg extreme mcm culture shock.. nauzubillah.

Btw budak ni ok je tp nape laa pesen rambut tuuuu.. tak ok, tak ok, tak ok!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Lg elok pki tudung..buka tudung muka cam cekodok penyet..siapalah yg scam kata kau cantik bila buka tudung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2025 10:41 AM | Show all posts
iolss selalu pegang kata2 ustazah iolss.. anak masa kecik2 jgn paksa pakai tudung.. pakai jer baju mcm biasa.. tak kisah fesyen apa pun.. lps tu slow2 ajar utk tutup aurat.. kat sini blh agak sheolss mmg dah disuruh bertudung dan tak merasa berfesyen kanak-kanak.. dah kena bertutup litup bagai.. bila dah besar membuak2 sheolss nak buka..
harap nnt sheolss fikir semula dan kembali semula untuk tutup aurat..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 10:57 AM | Show all posts
sukanyanyi replied at 18-9-2025 10:15 AM
Kn.. ade yg pikir, kalo dh train dari kecik, dia rase tak selesa kalo tiba2 tak pakai. Tp blh jd y ...

tulah aku tgk mereka2 yg mengecam budak2 tak pakai tudung ni mcm tak pernah menikmati zaman kanak2, berseluar pendek, pakai skirt, dress, singlet. apo...budak tak baligh lagi pun sibuk nak disibukkan. dah baligh tak pakai tudung pun takyah kecam, satu masa nanti dia akan ada keinginan sendiri utk bertudung. doa je baik2
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali jawab no komen je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pesen mcm konoha je.ingtkn lg glowup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.083610 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list