|
View: 2125|Reply: 15
|
[Tempatan]
Tukang urut wanita muat naik sijil nikah palsu dengan kerabat diraja layak dibicara
[Copy link]
|
|
|

Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham memaklumkan perkara itu semasa prosiding sebutan kes membabitkan Persana Avril Sollunda, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suhaila Haron. - Gambar fail/Bernama
Tukang urut wanita muat naik sijil nikah palsu dengan kerabat diraja layak dibicara
Bernama 17/09/2025
KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut wanita yang berdepan pertuduhan memuat naik hantaran video dan gambar sijil nikah palsu membabitkan dirinya dengan seorang kerabat diraja layak dibicarakan di mahkamah.
Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham memaklumkan perkara itu semasa prosiding sebutan kes membabitkan Persana Avril Sollunda, 43, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suhaila Haron.
"Berdasarkan laporan perubatan psikiatri forensik, tertuduh layak untuk dibicarakan di mahkamah.
"Pihak kami akan mengemukakan enam saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes ini," katanya.

VIDEO bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial, April 2015 lalu.
Peguam Jefvinder Singh, yang mewakili tertuduh, pula berkata pihaknya akan meneliti dokumen berkaitan kes itu termasuk laporan perubatan psikiatri sebelum mengemukakan representasi.
Suhaila kemudian menetapkan tarikh perbicaraan bermula 3 hingga 5 Dis ini selain sebutan kes pada 13 Okt.
Pada 22 Julai lepas, mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk mendapatkan laporan kesihatan mental tertuduh.
Persana Avril didakwa membuat dan memulakan penghantaran gambar dalam satu video palsu di aplikasi TikTok melalui akaun "king.charles.ratu" yang memaparkan sijil pernikahan palsu antara seorang kerabat diraja dan Crown Princess Ratu Shana dengan niat menyakiti hati orang lain pada 25 Feb lepas.

VIDEO bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial, April 2015 lalu.
Hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ di sini pada 10 pagi 26 Feb.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, Persana Avril boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali, dan boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sakit
Dekat forum ni pon ada 2-3 forumer sakit yang kuat berfantasi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Udah 10 tahun berlalu ya

Persana Avril Sollunda
Kes wanita tanggal baju di Jalan Petaling disebut 13 Oktober
September 21, 2015 @ 11:52am
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 13 Oktober ini untuk sebutan kes bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial, April lalu.
Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne supaya diberikan tempoh dua minggu untuk serahan gambar serta rakaman video kes terbabit.

Malini turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beberapa dokumen yang akan digunakan untuk perbicaraan telah diserahkan kepada tertuduh, Persana Avril Sollunda, 33.
Mahkamah sebelum ini menetapkan tiga hari bermula 11 Januari depan untuk perbicaraan kes itu. Persana Avril, yang diwakili peguam Kelvin Tan hadir di mahkamah hari ini memakai baju hitam serta berseluar biru.
Pada 10 Ogos lalu, mahkamah sama memutuskan Persana Avril adalah waras dan layak dibicarakan selepas meneliti laporan kesihatan mental yang dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan.
Persana Avril didakwa menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lalu.
Dia didakwa terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lahhh macam2 jenis gila dia kutip semua |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pi court in full combat gear nampak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni yang orang Russia tu ke |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Friska replied at 18-9-2025 10:05 AM
Hasil ngerumpi dalam group WA tetangga
2005 -> Usia 20an jadi model
Lain betui rupa dia now |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cikdot replied at 18-9-2025 10:10 AM
lahhh macam2 jenis gila dia kutip semua
Adoi serba serbi profile nya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Time muda kemain lawa..kenapa xtangkap jerung time muda.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 18-9-2025 01:55 AM
Ada video bukak coli ke
Ada.
Masa dia separuh bogel tu ada uncle2 pi cabul dia touch breasts, badan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan makan dadah kalau diri tak mampu handle nak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka lawa tak menjanjikan kebahagiaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|