CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8061|Reply: 195

'Ini kan drama' - Jazmy

[Copy link]
Post time 20-9-2025 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Ridzuan Abdul Rahman
[email protected]



Tidak keterlaluan dikatakan nama Jazmy Juma, 27, sebagai hero pelapis masa akan datang dan mempunyai potensi cerah dalam industri lakonan tanah air.

Gandingannya dengan Scha Elinnea menerusi drama Nuh dan Nayla yang ditayangkan menerusi TV3 berjaya menonjolkan namanya di mata peminat.

Terbaru, namanya sekali lagi menjadi sebutan apabila bergandingan pula dengan Tracie Sinidol menerusi drama Hilang Dalam Rindu disiarkan menerusi slot Samarinda TV3.

Namun finalis Hero Remaja 2020 ini tidak terlepas dikaitkan mempunyai hubungan intim dengan pasangan lakonnya.

"Saya dah jelaskan hubungan kami hanya sekadar untuk drama. Tak tahulah, itu mungkin pandangan netizen saja. Macam sekarang dengan Tracie pun sama juga.

"Ada yang cakap kami serasi dan bercinta. Saya dulu kalau tengok pelakon-pelakon berlakon, saya pun rasa pelakon itu bercinta sesama mereka.

"Sebab dekat dalam cerita itu nampak macam betul-betul. Jadi, saya tak salahkan apa yang orang nak cakap. Memang tiada apa-apa," katanya.

Pelakon bernama sebenar Jazmy Khan Juma Khan ini berkata, sekiranya peminat suka keserasian mereka untuk dia, dia okey dan tidak kisah.

"Kalau mereka nak tengok kami bersatu (bercinta), jangan. Itu macam paksa. Tak boleh nak paksa. Kalau mereka doakan itu, doa-doa sahaja.

"Untuk berlakon watak mesra pula, itu bergantung kepada pengarah dan pasangan lakon saya. Kalau pasangan saya itu dah kahwin, saya akan tanya macam mana nak buat.

"Saya akan berbincang dengan dia. Kalau dia cakap macam ini, saya akan rujuk pengarah pula dan bagi cadangan tukar mana yang sesuai," katanya.

Menurutnya, sepanjang berlakon, setakat ini dia sentiasa diganding dengan pasangan baik-baik bermula daripada awal penggambaran sehinggalah habis.

Populariti drama Hilang Dalam Rindu juga merentasi sempadan sehingga ke Indonesia dan jika ada tawaran berlakon di sana, dia akan mempertimbangkannya.

Selepas Hilang Dalam Rindu, Jazmy akan tampil dengan drama 28 episod untuk slot Akasia berjudul Takdir Cinta Terlarang yang akan bermula pada 23 September nanti.

Jazmy akan bergandingan dengan Syaza Bae, Tony Eusoff, Norish Karman, Julia Marin dan ramai lagi.

"Ia cerita yang ditakuti saya kerana jalan ceritanya yang sangat berbeza. Penonton kena tengok sendiri cerita menarik ini apabila ditayangkan nanti," katanya.

Jazmy juga akan tampil dengan drama Namamu Cinta menerusi Tonton Original Series pada 12 Februari tahun depan. Drama ini turut menampilkan Zara Zya, Shahz Jaszle dan Syad Mutalib.


Kredit: https://www.hmetro.com.my/utama/2025/08/1255940/ini-kan-drama



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2025 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts


Takdir Cinta Terhalang ni cite pasal anak tiri bercinta dengan mak tirikah?


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2025 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita dgn tracie tu memang makanan remaja tiktok. Semua fans made video drama tu viral jutaan views.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2025 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
phalanx replied at 20-9-2025 08:50 PM
Cerita dgn tracie tu memang makanan remaja tiktok. Semua fans made video drama tu viral jutaan views ...

A ah fans konoha pun ramai... Teringat citer telur utk pidaus tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2025 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by I.K.A888990 at 20-9-2025 09:29 PM

meletop jazmy skrg..tapi mmg dia nampak sweet lah berdua dgn tracie..boleh bergandingan lagi utk next drama

ingatkan julia yg heroin rupanya shaza eh..
btw dia ni mmg dah ada gf kan..dgn sajna tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2025 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 20-9-2025 09:27 PM
meletop jazmy skrg..tapi mmg dia nampak sweet lah berdua dgn tracie..boleh bergandingan lagi utk nex ...

Sajna tu dah kawinlah. Dia dah lama live together dengan bf french dia tu sejak jadi pharmacist ppum.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2025 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-9-2025 09:40 PM
Sajna tu dah kawinlah. Dia dah lama live together dengan bf french dia tu sejak jadi pharmacist pp ...

lah dah kawen rupanya..hensem gak suaminya..

ingatkan jaz sajna ni mmg couple. punyalah baik melekat2 ke pinggang dua2 ni..masa nuh nayla ke pisahnya? ke mmg tak bercinta pun flirt2 manjah je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2025 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 20-9-2025 09:59 PM
lah dah kawen rupanya..hensem gak suaminya..

ingatkan jaz sajna ni mmg couple. punyalah baik mele ...

Sekadar content utk filem pulau yang tak laku tu kot.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2025 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-9-2025 10:00 PM
Sekadar content utk filem pulau yang tak laku tu kot.

lah haha
penat je peluk2 pinggang gesel2 tetaplah sendu pulau tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2025 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 20-9-2025 10:02 PM
lah haha
penat je peluk2 pinggang gesel2 tetaplah sendu pulau tu

Ada yg tanya kt ig sajna tu, suami dia tu bf yg dulu ke atau bf yg baru. Sebab dah lama sheols xde post gambar dgn bram kat ig. Sampaikan ada orang ingatkan deyols split. Tiba2 kawin.


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2025 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Better la hero ni dari hero sepet muka kucing kurap oyen tu.

Kalau keluar hero tu lagi dekat TV memang iols rela lagi kalih channel ke animal planet. Lebih berair tengok binatang dalam channel tu. Lagi2 kalau hero muka macam sabut nyoq. Penuh jambang sana sini.

Kau nak bersaing dengan netflix dan amazon prime memang tak lepas la dik sebabtu sampai kini astro punya kutipan makin sendu. Dah kau sendiri pilih hero muka macam anjing laut untuk di paparkan di TV. Baik tengok animal planet je dah alang2 kena hadap hero rhoper anjing laut dan kucing kurap oyen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2025 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-9-2025 10:08 PM
Better la hero ni dari hero sepet muka kucing kurap oyen tu.

Kalau keluar hero tu lagi dekat TV mem ...

Syukurlah kakadud masih lagi bernafas di atas muka bumi ini. Kaka pergi mana lama tak nampak?


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2025 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-9-2025 10:10 PM
Syukurlah kakadud masih lagi bernafas di atas muka bumi ini. Kaka pergi mana lama tak nampak?



Iols ada je tapi sekarang sibuk sangat. Kalau sempat masuk komen, ada la komen dari iols. Kalau takde tu maknanya tengah sibuk dengan kerja. Dulu zaman ligat mengosip tu waktu pkp dan post pkp ada la free time.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2025 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-9-2025 10:08 PM
Better la hero ni dari hero sepet muka kucing kurap oyen tu.

Kalau keluar hero tu lagi dekat TV mem ...

windu kak dud dan channel animal planet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2025 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts

  


Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2025 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelakon kegilaan gen z sekarang termasuklah scha eliana tu wlupon aku tgk dorg kayu. Tapi ramai yg memuji berlakon best n handsome n cantik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2025 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-9-2025 10:08 PM
Better la hero ni dari hero sepet muka kucing kurap oyen tu.

Kalau keluar hero tu lagi dekat TV mem ...

weh igt dh pindah alammmmm ado rupanya
pesal tk pernah singgah ke rumah kemek
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2025 03:08 AM From the mobile phone | Show all posts
jaz ni kayu laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2025 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 21-9-2025 02:58 AM
Pelakon kegilaan gen z sekarang termasuklah scha eliana tu wlupon aku tgk dorg kayu. Tapi ramai yg m ...

scha tu cringe nya dlm drama kul 7 skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2025 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 21-9-2025 03:09 AM
scha tu cringe nya dlm drama kul 7 skrg ni

Budak2 gen z ramai adore dia.. Kata dia cantik gila.. padahal muka dah tak ORI kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.082107 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list