CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3266|Reply: 15

[Tempatan] “Itu pengkalan haram, pintu masuk pil kuda” – Nik Nazmi tempelak Timbalan MB Kelantan kritik roboh pengkalan haram

[Copy link]
Post time 27-9-2025 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 27-9-2025 11:29 AM

malaysiadateline.com.my
Oleh MAISARAH AISYA
26/09/2025




Ramai individu memilih menggunakan laluan haram di sempadan negara sebagai jalan pintas untuk keluar masuk tanpa dokumen sah.

Walaupun ada yang mendakwa ia bukan semata-mata bagi tujuan jenayah, realitinya penggunaan laluan tidak sah ini tetap membuka ruang besar kepada ancaman keselamatan apabila ia mudah diceroboh pihak yang tidak bertanggungjawab.



Semalam, Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan memuat naik satu kenyataan daripada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan.


Beliau menyuarakan kebimbangan tentang nasib rakyat yang mungkin kehilangan sumber pendapatan susulan operasi merobohkan lebih 200 pengkalan haram di sepanjang sempadan Malaysia–Thailand.


“Kita bukan hendak membela aktiviti yang menyalahi undang-undang, tetapi kita cukup faham keadaan rakyat.

“Itu kerja harian mereka untuk mencari nafkah,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan di Facebook memaklumkan pengkalan haram itu banyak digunakan untuk aktiviti tidak baik.




“Apabila Timbalan MB Kelantan boleh kata ‘ini pekerjaan, sumber rezeki’, memang kita tepuk dahi.


“Ini pengkalan haram. Laluan utama penyeludupan dadah, rokok, senjata, benda yang merosakkan anak muda Kelantan. Lepas tu nak dijadikan alasan rezeki halal? Apa logik macam ni?

“Kalau kerajaan negeri pandai jaga ekonomi, rakyat tak perlu pun bergantung kepada aktiviti sempadan yang penuh risiko dan jenayah. Jangan salahkan operasi perobohan.


“Nak simpati rakyat biarlah kena tempatnya. Jangan sampai nampak macam pertahankan pengkalan haram yang jadi pintu masuk pil kuda.

“Itu bukan ‘cari makan’, itu menggadai keselamatan negara dan maruah bangsa,” kongsinya di Facebook.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2025 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika ikut logic timbalan MB tu,ia bermakna pendapatan penduduk di situ adalah bergantung kepada aktiviti haram, iaitu menyeludup manusia dan barang terlarang atau barang lari cukai. Apa benda pentadbiran islam macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2025 10:57 AM | Show all posts
Edited by silance at 27-9-2025 11:11 AM

“Ini pengkalan haram. Laluan utama penyeludupan dadah, rokok, senjata, benda yang merosakkan anak muda Kelantan. Lepas tu nak dijadikan alasan rezeki halal? Apa logik macam ni?

Suda tukar jadi makruh ka?
We sapot govt. tutup semua 200 pengkalan haram tu. Bukan saja dadah rokok senjata, export minyak masak, import pati macam-macampun pun ada. Lagipun, bukan semua benda itu berlegar di tempat sama saja, tentulah boleh ditransport sampai Kl Johor.

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2025 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Itukan pekerjaan warisan turun-temurun.
-bukan aku yang kata.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2025 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu kes dadah, kes jenayah kaitan dadah dan jenis pompuan bae soba bae dr kelantan. Most founder timbang kilo yg pelik2 tu dari sana. Patut kot pintu2 haram ditutup, org tempatan boleh guna border pass ja nk seberang, mungkin patut ada lorong khas utk border pass supaya cepat banding passport.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2025 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 27-9-2025 11:09 AM
Itukan pekerjaan warisan turun-temurun.
-bukan aku yang kata.

Mohon Machang UNESCO kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2025 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah ummah budu.. Berkat 35tahun pangkah Pas dapatla mb bangang camni..sbb lobai pun tahu mat2 gian pil kuda dgn mat rempit x sekolah je yg sokong dorg..so golongan ni perlula dikekalkan demi survival parti Paspispuss membangun bersamo isleyy...


Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2025 02:11 PM | Show all posts
Samerosie replied at 27-9-2025 11:48 AM
Mohon Machang UNESCO kan.

Boleh usulkan idea ni pada Wan Ahmad Fayhsal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2025 02:16 PM | Show all posts
Membangun Bersama Isele ni, korang apa tau...

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2025 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bagi peluang pekerjaan kepada rakyat tak dapat, biar rakyat terkapai-kapai cari kerja sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2025 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
nanti muktamar pas boleh panggil penyeludup ni dtg tayang senjata api n dadah semua..haritu ada cawangan panggil mat rempit bukak assembly they all tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2025 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata puak terpaling ultra melayu islam ni
Tak kisah la apa dorg buat
Janji dorg bayar zakat
Bangangggggg
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2025 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 27-9-2025 03:48 PM
nanti muktamar pas boleh panggil penyeludup ni dtg tayang senjata api n dadah semua..haritu ada cawa ...

Haha

Parti ijau tu suka bebenor dgn motor dan mat rempit. Ada tertgk dlm perhimpunan depa, 2 mat rempit ride motor masuk dlm dewan celah2 kerusi audien, ada dialog drama, lawak.

Yg mat2 rempit pulak tak tau sejarah apa benda blur2, tah tak pass spm, school dropout ke apa ke, sokong parti ijau, main sokong mungkin sbb parti tu dah agak glamour banding dgn zaman digelar parti lobai kg dulu, tapi kobar2 bukan main.

Next pru kita tgk nk letak calon berapa kawasan, duit 90j dah licin, parti bunga pun dah jatuh semekin, sekarang dah berantakan hang kata aku aku kata hang, syiokkk
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 06:11 PM | Show all posts
Ramai individu memilih menggunakan laluan haram di sempadan negara sebagai jalan pintas untuk keluar masuk tanpa dokumen sah.
Walaupun ada yang mendakwa ia bukan semata-mata bagi tujuan jenayah, realitinya penggunaan laluan tidak sah ini tetap membuka ruang besar kepada ancaman keselamatan apabila ia mudah diceroboh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ini pukistan suda bagi testimonial pengkalan haram banyak senang masuk. Masuk naik bot tada jumpa immigresen. Sekarang suda dapat satu bini. Yeeeeiiiiaaaa Horey horey worey.




Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2025 02:28 PM | Show all posts
dah korang jugak yg salah, apa peluang kerja kat klantam sana pun?

pehtu abes seludup minyak masak peket la, gula la petrol la dari sini, then bawak masuk pil kuda dari sana?


ujung2 berbondong2 merantau ke shah ale, kele, ampe, kaje sbb pak lobai sibuk nak cari bughit sedap naik keta merc sajeeee... kohhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2025 09:00 AM | Show all posts
renko replied at 27-9-2025 08:07 PM
Bak kata puak terpaling ultra melayu islam ni
Tak kisah la apa dorg buat
Janji dorg bayar zakat


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.074742 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list