CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

Sabri Yunus teruja berlakon dengan robot, tak sangka boleh gerak macam manusia

[Copy link]
Post time 30-9-2025 07:06 PM | Show all posts |Read mode





PELAKON dan pengarah Sabri Yunus teruja dengan kemampuan dimiliki robot humanoid selepas berlakon bersama buat kali pertama dalam filem pendek berjudul Keluarga Techlympics.


Menurut Sabri atau nama sebenarnya, Muhammad Sabri Yunus, 64, dia tidak menyangka robot yang diberi nama Nexora dan Kancil  memiliki keupayaan seperti mahkluk bernyawa.


“Ini adalah pengalaman pertama saya berlakon dengan robot. Melihat kemampuannya yang mampu bergerak seperti manusia dan haiwan saya terkejut.


“Kita biasa berlakon dengan manusia, tetapi dengan robot bagaimana mahu cipta emosi. Itulah cabarannya, sebagai pengarah saya perlu bijak menggantikannya dengan pergerakan robot mengikut jalan cerita,” katanya.


Kata Sabri, selepas seharian menjalani penggambaran di Sungai Besar, Kuala Selangor bersama robot berkenaan dia mula menyedari kepentingan sains dan teknologi sekali gus membuka mindanya ke arah itu.


Jelasnya, Robot humanoid Nexora merupakan ikon terbaharu selepas robot Kancil untuk program Malaysia Techlympics yang memasuki tahun keempat penganjuranya.


Malaysia Techlympics satu program yang dilaksana oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk memberi pendedahan dan menarik minat anak muda dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi.


Menerusi program ini golongan muda berusia seawal tujuh tahun sehingga 30 tahun bertanding dalam pelbagai kategori antaranya, kecerdasan buatan (AI), Internet Kebendaan (IoT), robotik, dron, pengekodan dan pelbagai lagi.


“Sebenarnya, penglibatan saya adalah untuk promosikan program tersebut ketika pertandingan peringkat Zon Pantai Timur pada 11 dan 12 Ogos lalu.


“Selepas melihat sendiri pelbagai rekaan dan ciptaan yang dibuat oleh pelajar sekolah dan golongan belia dalam Malaysia Techlympics, saya sedar bahawa kita tidak boleh menolak perkembangan sains dan teknologi termasuk dalam bidang seni,” ujarnya.


Sebagai karyawan seni dia rasa berbesar hati atas penghormatan yang diberikan untuk sama-sama terlibat dalam program seumpama ini.   


Tambahnya,  selain berhibur penonton juga akan mendapat mesej yang ingin disampaikan iaitu untuk memperkasakan lagi bidang STEM kepada golongan muda.





“Bagi saya idea untuk menggabungkan robot dan juga filem adalah sesuatu yang menarik. Ini kerana medium seni yang dibalut elemen hiburan lebih mudah untuk dekat dengan orang ramai," tuturnya.


Selain Sabri, filem ini turut dibintangi isterinya Angeline Tan.


Sumber:- mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2026 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.063651 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list