|
View: 1437|Reply: 3
|
Houthi akan bedil kapal AS, Israel jika Tel Aviv serang Sumud Flotilla
[Copy link]
|
|
|
SANAA – Pemberontak Houthi mengisytiharkan akan menyerang kapal tangki Amerika Syarikat (AS), kapal Tentera Laut Israel dan Tel Aviv jika negara haram itu menyasarkan Global Sumud Flotilla (GSF).
Militia Houthi di Yemen berkata, mereka akan menyasarkan syarikat minyak utama AS termasuk ExxonMobil dan Chevron walaupun terdapat perjanjian gencatan senjata dengan pentadbiran Presiden Donald Trump sebelum ini, lapor portal berita Middle East Monitor.
Trump melarang kumpulan itu untuk melancarkan serangan ke atas kapal-kapal berkait dengan AS di Laut Merah dan Teluk Aden.
Pusat Penyelarasan Operasi Kemanusiaan (HOCC) berpangkalan di Sanaa mengumumkan telah mengenakan sekatan ke atas 13 syarikat Amerika, sembilan individu dan dua kapal.
HOCC merupakan badan bersekutu yang disokong Iran dan bertindak sebagai penghubung antara Houthi dan syarikat perkapalan komersial.
HOCC dalam satu kenyataan berkata, entiti yang diletakkan dalam senarai sekatan ‘akan ditangani di bawah prinsip konfrontasi’.
Pengumuman itu menjadi amaran kepada syarikat-syarikat terbabit termasuk ConocoPhillips dan Diamond S Shipping, yang dianggap bermusuhan dan berisiko diserang. – AGENSI
Sumber:– KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
houthi dah bedil ke blom ni? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SWORKS27: houthi dah bedil ke blom ni?
Dah ada kapal kena bedil 2 3 hari lepas |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayo PMX... Perintahkan ATM untuk segera berperang ke Palestina .... Jangan biarkan askar HOUTI melakukan JIHAD melawan Israel sendirian ... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|