CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3234|Reply: 20

Global Sumud Flotilla : Anwar desak pembebasan segera sukarelawan Malaysia

[Copy link]
Post time 2-10-2025 11:39 AM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa supaya semua aktivis dan sukarelawan Malaysia serta antarabangsa yang terbabit dalam konvoi Global Sumud Flotilla dibebaskan segera selepas rejim Zionis Israel memintas misi kemanusiaan itu.


Menurut beliau, flotila berkenaan bukan sekadar membawa bantuan kepada rakyat Gaza yang terpaksa hidup di bawah sekatan zalim, tetapi juga simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia.


“Dengan menyekat misi kemanusiaan ini, Israel bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah menginjak nurani masyarakat dunia yang kini menolak tindakan mereka,” katanya dalam satu hantaran terkini Facebook hari ini.


Beliau berkata, Malaysia akan mengambil segala langkah sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila melibatkan keselamatan warganegara negara ini.


“Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan dan kita tidak akan bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli,” katanya.


Tambahnya, selagi hak dan aspirasi rakyat Palestin terus dinafikan, Malaysia kekal berdiri teguh dan tidak akan berundur daripada mendesak agar kezaliman yang berlarutan sejak sekian lama dihentikan.  


Sumber:– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2025 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat Malaysia yg pergi ke sana sudah faham risiko yg bakal dihadapi. Ini salah satunya. Aku tak rasa pihak insurans pun akan bayar pampasan jika dapat kecacatan atau hilang nyawa. Harap dapat pampasan dari kerajaan malaysia aje la.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 12:24 PM | Show all posts
EGOIS BETUL PMX ini .. Mengapa hanya rakyat MalayDesh yang diminta untuk dibebaskan ?

Apakah ini secara tersirat boleh disimpulkan bahwa 1 rakyat MalayDesh LEBIH BERHARGA ketimbang100 atau 1000 bukan rakyat MalayDesh ?....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 12:41 PM | Show all posts
Edited by BungaKencana at 2-10-2025 12:43 PM
nusaraya replied at 2-10-2025 12:24 PM
EGOIS BETUL PMX ini .. Mengapa hanya rakyat MalayDesh yang diminta untuk dibebaskan ?

Apakah ini se ...

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa supaya semua aktivis dan sukarelawan Malaysia serta antarabangsa yang terbabit dalam konvoi Global Sumud Flotilla dibebaskan segera selepas rejim Zionis Israel memintas misi kemanusiaan itu.
“Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan dan kita tidak akan bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli,” katanya.

- dah dia PM malaysia, mmg la utamakan rakyat sndr, PM lain2 tu pun sama juga bg tekanan contohnye Columbia, terus halau duta2 israel
kau lemah pemahaman ke atau malas membaca?

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan.


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 2-10-2025 12:24 PM
EGOIS BETUL PMX ini .. Mengapa hanya rakyat MalayDesh yang diminta untuk dibebaskan ?

Apakah ini se ...

Kenapa jefri nicol tK join gsf?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2025 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
BungaKencana replied at 2-10-2025 12:41 PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa supaya semua aktivis dan sukarelawan Malaysia s ...

Mbak nusa tuu bkn phm bahasa mulayu pung.. kena la tgk educationnya pung.. tah tah romah kat indon tepi kolong mana tah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 01:59 PM | Show all posts
Buritan replied at 2-10-2025 01:28 PM
Mbak nusa tuu bkn phm bahasa mulayu pung.. kena la tgk educationnya pung.. tah tah romah kat indon ...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2025 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap semuanya selamat la hendaknya & dilepaskan cepat...
Mbah nusa tu ada masalah jiwa ke apa. Hal gini pun nak buat pasal cari gaduh
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 02:29 PM | Show all posts
nusaraya replied at 2-10-2025 12:24 PM
EGOIS BETUL PMX ini .. Mengapa hanya rakyat MalayDesh yang diminta untuk dibebaskan ?

Apakah ini se ...

nok, bacalah bebetul petikan tu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa supaya semua aktivis dan sukarelawan Malaysia serta antarabangsa yang terbabit dalam konvoi Global Sumud Flotilla dibebaskan segera selepas rejim Zionis Israel memintas misi kemanusiaan itu.


kot ye pon IQ bawah 100, janganla obvious sangat nyah btw, kitorang tak buat memain pon masa isu indon gaduh2 hari tu..

see my level..!
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 03:01 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 2-10-2025 08:52 PM
TeropongThaico replied at 2-10-2025 02:06 PM
Harap semuanya selamat la hendaknya & dilepaskan cepat...
Mbah nusa tu ada masalah jiwa ke apa. Hal ...

Berita SYOK SENDIRI ...

Inti  berita ini  ..BUKANKAH ....INI  BARU AKAN  or  MASIH DIRENCANAKAN ...




Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 03:12 PM | Show all posts
nusaraya replied at 2-10-2025 04:24 AM
EGOIS BETUL PMX ini .. Mengapa hanya rakyat MalayDesh yang diminta untuk dibebaskan ?

Apakah ini se ...

mudah sajak bapak...sebab dia PMX kepada rakyat Mlaysia...bukan Indon
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 2-10-2025 03:01 PM
Berita SYOK SENDIRI ...
Inti  berita ini  ..BUKANKAH ....INI  BARU AKAN ...


Kau amek la imam mekdi ni balik negara kau sbb kami x mo
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 2-10-2025 03:01 PM
Berita SYOK SENDIRI ...
Inti  berita ini  ..BUKANKAH ....INI  BARU AKAN ...

Tak kisah le mcm mana diarg nak buat. Tp mbah cukup2 la nak buat ayat provoke je. Bkn semua org takde salah tp kalau asyik nak ajak bergasak je pun tak bagus la... Kadang effect emosi mbah sendiri. Aiol bila baca nukilan mbah jd rasa kesian je lbh pd mbah mcm jiwa terganggu sgt

Btw aiol tak tengok video tu... Aiol suka baca je kalau kat sini. Tengok pd tajuk tu ok la kan... Pikir positive
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Acah2 je

Trump nak datang dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 2-10-2025 07:53 PM
Acah2 je

Trump nak datang dah tu

Kannnn sissy? Pandai ambik hati rekyat sissy…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2025 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 2-10-2025 08:30 PM
Kannnn sissy? Pandai ambik hati rekyat sissy…

Ytjt      
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2025 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
bila baca komen acik kemaruk "acah2 je.. trump nak dtg dah tu..", tergerak pula nak hati ni nak berkongsi berita pasal pelan damai trump

ni berita berkaitan..

netanyahu setuju dgn pelan damai trump tapi ada tekanan dari geng far-right di israel

malaysia sambut baik pelan damai trump

rata2 negara lain sambut baik pelan damai trump tapi beberapa pihak/kumpulan tak bersetuju

sambut baik
- palestinian authority (pa) (di tebing barat)
- mesir
- indonesia
- jordan
- pakistan
- qatar
- arab saudi
- turkiye
- uae
- india
- china
- rusia
- jerman
- perancis
- uk
- itali
- sepanyol
- belanda
- australia
- azerbaijan
- kazakhstan
- new zealand
- european council

menentang
- palestinian islamic jihad (pij)
- geng far-right di israel

hamas pula belum ada kata putus rasmi tapi ada perkhabaran yg sesetengah pemimpin mereka tidak bersetuju dgn pelan damai trump
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2025 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 3-10-2025 12:12 AM
bila baca komen acik kemaruk "acah2 je.. trump nak dtg dah tu..", tergerak pula nak hati ni nak berk ...

kena tengok syarat² nya jugak. zion takkan lepaskan ai aqsa.  hamas taknak kot 2 negara,  selari dengan kehendak israhell dari dulu lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2025 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 3-10-2025 08:29 AM
kena tengok syarat² nya jugak. zion takkan lepaskan ai aqsa.  hamas taknak kot 2 negara,  selari  ...

maksud aku.. maybe ada betulnya apa yg acik kemaruk cakap tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Baru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri Air Zamzam Pada Adik Beradik Tanpa Izin.Netizen Berbelah Bagi
YgBenarBaru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri
Views : 477 Replies : 22
Ned ex Nora,  sindir siapa tu?  Nora tak ambil menyedari kewujudan hantaran Ned? update dari link thread
mrsLuckyNed ex Nora, sindir siapa tu? Nora tak
Views : 21809 Replies : 314
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 422 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 319960 Replies : 3250
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 3132 Replies : 1925
travell
ackie.12.19.8.7travell
Views : 0 Replies : 0
travell
li.lym.ander.sotravell
Views : 0 Replies : 0
travell
v.eg.r.e.ye.s.9travell
Views : 0 Replies : 0
travell
he.x.xi.l.o.r.dtravell
Views : 0 Replies : 0
travell
ingridp.e.r.mi.travell
Views : 0 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2025 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.120076 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list