CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1502|Reply: 4

Pemuda UMNO gesa Israel dikena tindakan tegas melakukan jenayah perang

[Copy link]
Post time 2-10-2025 11:43 AM | Show all posts |Read mode






PETALING JAYA – Pergerakan Pemuda UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan Tentera Pertahanan Israel (IDF) yang memintas serta menahan Global Sumud Flotilla, termasuk warganegara Malaysia dan aktivis antarabangsa, ketika mereka dalam misi kemanusiaan menghantar bantuan ke Gaza.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, tindakan Israel jelas melanggar undang-undang antarabangsa di bawah Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS 1982) yang memberi hak kebebasan belayar kepada semua kapal awam di laut lepas.


“Flotila ini adalah kapal sah dengan misi kemanusiaan. Tindakan Israel memintas di perairan antarabangsa adalah tidak sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, halangan terhadap bantuan kemanusiaan juga bertentangan dengan Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol Tambahan I (1977) yang menuntut semua pihak membenarkan penghantaran bantuan kepada orang awam tanpa halangan.


Tambahnya, Kerajaan Malaysia diseru supaya mengeluarkan bantahan rasmi melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta menggerakkan usaha diplomatik mendesak keselamatan dan pembebasan segera warganegara Malaysia yang ditahan.


Katanya, Pemuda UMNO menggesa penubuhan siasatan antarabangsa bebas serta meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa meneliti tindakan Israel sebagai jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.


“Kita mengecam keras tindakan tidak berperikemanusiaan, tidak sah di sisi undang-undang dan penuh penghinaan ini. Menghalang bantuan kemanusiaan ke Gaza hanya memburukkan lagi krisis kemanusiaan serta memperlihatkan sikap angkuh yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia dan nilai kemanusiaan sejagat,” katanya.


Dr. Akmal turut menyeru rakyat Malaysia mendoakan keselamatan semua aktivis termasuk 13 warganegara Malaysia, 12 daripadanya kini ditahan IDF, agar mereka dibebaskan segera dan selamat pulang.


Sumber:– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2025 11:47 AM | Show all posts
x da sapa yg berani amik tindakan kat israel ni...sebab tu dia besa kepala
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 12:05 PM | Show all posts
SWORKS27 replied at 2-10-2025 11:47 AM
x da sapa yg berani amik tindakan kat israel ni...sebab tu dia besa kepala

Woow... PERKASANYA Dr. Akmal yang mewakili KEBESARAN dan KEHEBATAN serta SUPERIORITY  Bangsa Melayu Mahawangsa ... X salah lah jika Akmal akan menjadi TOKOH BESAR MalayDesh dan ALAM MELAYU ..


Jangankan Israel  ataupun USA ... PENGUASA LANGIT  pun dipastikan juga akan  TAKUT dan BERTEKUK LUTUT kepada Akmal ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 2-10-2025 12:05 PM
Woow... PERKASANYA Dr. Akmal yang mewakili KEBESARAN dan KEHEBATAN serta SUPERIORITY  Bangsa Melay ...

Kamu ni cybertrooper israel ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 01:53 PM | Show all posts
Saya terkejut dengan kedudukan negara Arab yang lemah dalam isu ini. Mati pucuk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.374083 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list