PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel memintas misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa orang awam tidak bersenjata serta bekalan kemanusiaan penting untuk Gaza.
Beliau berkata, tindakan zalim rejim itu jelas menunjukkan sikap tidak hormat Israel bukan sahaja terhadap hak rakyat Palestin, malah terhadap hati nurani dunia.
“Flotilla ini melambangkan solidariti, kasih sayang dan harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang terkepung. Namun ia telah berdepan dengan intimidasi dan paksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Anwar, Malaysia akan menggunakan segala cara yang sah dan berlandaskan undang-undang bagi memastikan Israel dipertanggungjawabkan, khususnya dalam hal yang melibatkan rakyat Malaysia.
“Keselamatan dan maruah rakyat kita adalah keutamaan, dan kita tidak akan membiarkan ia diperkotak-katikkan tanpa pembelaan,” katanya.
Tambahnya, selagi rakyat Palestin dinafikan hak asasi dan cita-cita mereka, Malaysia akan terus berdiri teguh bersama mereka.
“Kita tidak akan berhenti menuntut keadilan dan menentang kezaliman serta perampasan hak yang menimpa Palestin sejak sekian lama,” katanya.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan lapan peserta GSF dari Malaysia yang berada di kapal Alma, Sirius dan Huga telah ditahan oleh tentera Israel.
Empat peserta yang berada di atas kapal Sirius telah memuat naik video mesej kecemasan iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli.
Sementara itu di kapal Alma, tiga peserta Malaysia iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil juga memuat naik video mesej kecemasan yang sama.
Di kapal Huga, dilaporkan Zizi Kirana juga memuat naik video kecemasan bagi memaklumkan dirinya telah ditahan zionis Israel.
Post time 3-10-2025 07:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sebelum kita boleh berlari, kita usaha untuk berjalan dulu. Mmg akan jatuh banyak kali. Tiada usaha yang sia2. Semuanya Allah kira. Tahniah atas keberanian anda.
Post time 3-10-2025 07:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
nusaraya replied at 2-10-2025 09:07 PM
Woow.... PMX mahu tunjukkan KEHEBATAN MalayDesh .kepada DUNIA.... Tetapi faktanya Omon-Omon doamg . ...
Tak kisah la dia omon omon ke omin omin ka tak de kena mengena dgn hang yindon misekin pun. Better la dr president jawo hang bila kena rempuh haritu baru nak keluarkan kepala kura2 turunkan elaun gaji buta menteri.
Post time 3-10-2025 08:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dovahkiin replied at 3-10-2025 07:39 AM
Diorang akan kena bicara & deport ke negara2 berhampiran. Kerajaan pegi amik je.
Nak amik tindakan ...
Sebenarnya isrel nak bicara pun x boleh sbb deoa yg breach international waters tahan kapal asing. Boat semua bukan kat territory derang. Sepatutnya derang yg patut didakwa illegally tangkap org kat intl waters. Tp tulah negara mana yg berani nak buka mulut. Dr dulu iols dah ckp, selagi bekap derang US and US pegang kuasa veto mmg yg lain just ngangga and tengok je la. Tu iols dicop porumers mcm2. Benda ni iols ikut dr umur 20an sekarang dah setengah abad, camtu je la, dr fatah ke plo ke hamas, sama jer.
Post time 3-10-2025 08:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
gigahertz replied at 2-10-2025 11:43 PM
kalau kena tangkap dan di hantar balik kira gi sana makan angin kan ?
Better la depa yg kena tangkap dan 'makan angin' dr chuols yg kat mesia main phone kat rumah ckp gini gitu overthink pasal janda anak 4 semua nak isi ron95.
kita rasa yg 1st wave ni.. israel pun tk tau nak buat apa.. antor balik melalui negara lain. turki la kot.
tp yg 2nd dengan 3rd wave nanti mmg doktor perubatan dan wartawan. ramai doc melayu perempuan. itu yg ditunggu kot.. bantuan profesional
Post time 3-10-2025 02:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku pelik Dunia ni ttg solidariti itu ini..patut Pmx Dan negara2 Islam yg lain berkumpul meeting hantar kapal perang , sub marine , antar askar2 ke sana ..solidariti plus superb action.
Ni antar flotila , sekali 'hembus' jer dh 'patah' balik.
Post time 4-10-2025 10:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by cm_vungtau at 4-10-2025 10:17 AM
Hantar la askar. Baru la komando turun pakai tali hantar bantuan, senapang kat bahu. Dari dulu sampai sekarang pun style melayu berlawan main amok aje, takde strategi
Tengok Singapore Air Force punya strategi siap meeting dengan Jordan pastu lukis2 plan meeting sana sini, senyap aje takyah kompang tau2 barang dah selamat sampai, askar pun pulang dengan selamat
Solidariti yang ditunjukkan barat itu atas dasar kemanusiaan. Sangat berbeza dengan unconditional support oleh sebahagian (yang kita tidak tau secara tepat sebesar mana) rakyat Malaysia. Jangan cepat sangat seronok merasa masyarakat barat sudah pro Palestine mahu hancurkan Israel. Far from it.