CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 541|Reply: 2

Adik Zizi Kirana rintih doa, harap kakak kekal kuat - “Saya nak awak kuat, bertahan kak”

[Copy link]
Post time 2-10-2025 03:18 PM | Show all posts |Read mode





Adik kepada penyanyi Zizi Kirana, Nurul Nazielah yakin, kakak kesayangannya seorang wanita tidak mudah patah semangat walaupun berada dalam tahanan tentera Israel ketika ini.


Nurul yakin kakaknya yang menaiki kapal Huga dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla itu mampu bertahan dan terus kuat menghadapi dugaan getir tersebut.


“Kakak, tolong kuatkan diri dan saya tahu awak kuat.


“Saya nak awak kuat, bertahan kak,” katanya dalam hantaran di Threads.


Dalam hantaran sama, Nazielah turut berkongsi wajah 10 aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla termasuk Zizi yang kini berada dalam tahanan rejim Zionis.


Dia juga mengajak orang ramai meneruskan solidariti dengan memperluas sebaran maklumat mengenai misi tersebut.


“Teruskan berdoa dan sebarkan kisah perjuangan Global Sumud Flotilla. Semoga mereka tidak diapa-apakan oleh tentera Israel.


“Ya Allah, kami serahkan segalanya kepada-Mu. Engkau pemilik segala di bumi dan langit,” luahnya


Terdahulu, Zizi antara rakyat Malaysia menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla ke Gaza sebelum ditahan secara tidak sah. Turut bersama ditahan ialah beberapa aktivis lain termasuk Zulfadhli Khiduddin, Rusydi Ramli (Sirius), Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis dan Sul Aidil (Alma).


Terbaharu, dua lagi nama warga Malaysia disahkan terbabit iaitu Norfarahin Romli (Farah Lee) serta Danish Nazram.


Bagaimanapun, setakat jam 8 pagi waktu tempatan, seramai 17 rakyat Malaysia termasuk Heliza Helmi dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas kapal mereka dipintas.


Dalam perkembangan sama, SNCC memaklumkan sembilan kapal kini berada dalam status ‘diserang’, manakala 13 kapal lain sudah menghantar isyarat ‘kecemasan’.




Sumber:– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2025 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
oh dia ada adik rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2025 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kena tahan...tentera Isreal ada bagi amaran...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.119087 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list