CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1327|Reply: 0

Pendatang haram Israel akan hantar pulang aktivis flotila ke Eropah

[Copy link]
Post time 2-10-2025 09:04 PM | Show all posts |Read mode





TEL AVIV – Kementerian Luar Israel mengesahkan akan menghantar pulang aktivis-aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan oleh tentera lautnya, lapor saluran berita CNN.


“Beberapa kapal GSF telah dihentikan dengan selamat. Semua penumpang sedang dibawa Israel di mana prosedur pengusiran mereka ke Eropah akan bermula,” kata kementerian itu di laman X.


Kenyataan itu dibuat selepas aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg dan beberapa penumpang lain yang menyertai flotilla ke Gaza ditahan oleh tentera Israel.


“Thunberg dan rakan-rakannya selamat dan dalam keadaan sihat,” tambah kementerian sama selepas  klip video tular memaparkan Thunberg duduk di atas lantai sambil dikelilingi anggota tentera.


GSF menyifatkan tindakan Israel memintas kapal-kapalnya sebagai ‘serangan haram ke atas misi kemanusiaan tidak bersenjata’.


Israel bagaimanapun menuduh mereka ‘tidak berminat untuk menyampaikan bantuan tetapi mahu mencetuskan provokasi’.


“Kami menyeru kerajaan dan institusi antarabangsa untuk menuntut keselamatan dan pembebasan segera mereka yang ditahan,” kata GSF dalam satu kenyataan di platform Telegram.


Perkara itu berlaku beberapa hari selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menganjurkan pelan damai untuk menamatkan perang di Gaza bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Washington. – AGENSI


Sumber:– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 05:04 AM GMT+8 , Processed in 1.173762 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list