CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3220|Reply: 63

Asal bukan suami orang, Kak Chik tak letak syarat khas kahwin baharu - Fadilah Mansor

[Copy link]
Post time 3-10-2025 11:30 PM | Show all posts |Read mode





Sudah enam tahun hidup bersendirian selepas kematian suami, pelakon Datin Fadilah Mansor tidak pernah menutup ruang hati untuk menerima pengganti.


Meskipun hatinya masih belum mampu melupakan arwah suami, Allahyarham Datuk A Rahman, Fadilah yang dikenali sebagai Kak Chik mengakui perasaan ingin berteman menjengah, namun tidaklah terdesak untuk mencari.


Menetapkan syarat asalkan bukan suami orang, Fadilah tidak menafikan ada yang cuba mendekati. Malah, dakwanya, pernah hampir ke fasa serius, namun terputus sebaik mengetahui si dia sebenarnya sudah beristeri.


"Buat masa ini, saya serahkan kepada Allah kerana bukanlah tidak terbuka hati (mencari pengganti) tetapi, setakat yang ditemui, belum dapat tandingi arwah (suami) yang anggap terlalu baik.


"Sebelum ini, saya pernah berkawan dengan teman lama dan dia mengakui duda. Tetapi, rupanya masih berstatus suami orang. Lantas saya terus memutuskan hubungan.


"Saya tidak boleh hendak hakimi seseorang kerana mana tahu, suatu hari nanti, saya ditemukan dengan individu yang lebih baik daripada arwah suami.


"Tetapi, biarlah dahulu. Andai ada jodoh, adalah," katanya ketika ditemui dalam majlis makan malam sempena program Jelajah Santai Artis Seni Kreatif di sini, baru-baru ini.


Fadilah berkata, dua anaknya tidak pernah melarang dirinya kembali berumahtangga, malah menggalakkan jika ada calon sesuai.


Tidak meletakkan syarat kaya atau berkedudukan sebagai keutamaan, pelakon berusia 66 tahun itu juga sebolehnya inginkan seseorang yang mampu bertolak ansur serta memahami kerjayanya sebagai pelakon.


"Alhamdulillah, saya masih ditawarkan berlakon dan aktif hingga kini. Saya akan terus dalam bidang ini setakat mana yang diperlukan.


"Untuk itu, saya perlukan pasangan yang sangat memahami. Jika ditakdirkan berjumpa jodoh dari kalangan artis juga saya tidak menolak, asalkan mencukupi syarat terutama bukan suami orang," katanya.


Meskipun tanpa pasangan hidup, Fadilah tidak pernah sunyi, malah sentiasa sibuk sama ada menjalani penggambaran atau aktiviti berpersatuan selain gemar berjumpa dengan rakan yang dianggap proses terapi.


Tidak hanya itu, hubungan dengan dua anak tirinya termasuk Khir Rahman juga masih baik, Malah, pengarah drama dan filem itu juga sudah menawarkannya untuk berlakon dalam karyanya nanti.


"Anak-anak tiri saya masih bertanya khabar. Khir sudah 'booking' saya untuk berlakon dalam dramanya. Kerjaya lakonan ini akan saya teruskan sehingga tahap tidak diperlukan lagi," katanya.


Fadilah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham A Rahman pada 25 Disember 2014. Arwah A Rahman dilapor meninggal dunia di Hospital Ampang akibat strok serta pendarahan pada bahagian otak pada jam 12.40 tengah malam pada 13 Jun 2019.


Sebelum berkahwin dengan A Rahman, Fadilah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Allahyarham Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London, namun bercerai pada 2012.


Sumber: – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2025 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Indahnya bercinta hujung usia.


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2025 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah laku keras. Aku ni nak cari sorg yg baik pun susah.

Yg ada laki org. Perangai hampehh
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2025 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Joysparta: Wah laku keras. Aku ni nak car ...
tua2 pun msih laku
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2025 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik ni lawa
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2025 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat bertemu jodoh yg baik2
Dua2 ex husband org seni... Jodoh nnt pun kalangan org seni juga agaknya. Eh ada ke yg berumur sebaya achik ni yg masih aktif
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2025 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik acik ni. Mmg dari dulu bawa watak acik² mak² je. Tapi bertahan sampai skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lilipelangi replied at 4-10-2025 11:45 PM
Makcik ni lawa

Mother ai pernah la join mcm ala2 konsert arwah A Rahman Hassan n the gang la..pernah jumpa f2f dengan acik nie..mmg mother ai cakap orangnya cantik lawa in real life..lemah lembut gitew..sayang jodoh tak panjang..arwah pon dah lama pergi..i bet acik nie rasa lonely sorg2..jenis suka berteman kot..harao dapat ganti yang baik2 mcm arwah sbb mmg nampak loving kapel la mengikut apa yang mother ai keypohkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2025 01:23 PM | Show all posts
TeropongThaico replied at 4-10-2025 11:49 AM
Semoga cepat bertemu jodoh yg baik2
Dua2 ex husband org seni... Jodoh nnt pun kalangan org seni juga ...
Eh ada ke yg berumur sebaya achik ni yg masih aktif

Sabree Fadzil?

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 5-10-2025 01:23 PM
Sabree Fadzil?

Bujang balik dah ke orgnya??? Achik fadilah dah pesan nak yg bujang jer

Ehhh tuanya sabree fadzil ni... Mcm atok2 dah. Dulu seingat aiol segak sbb aunty aiol minat gila2 heol dgn ridhuan hashim sampai ramai masuk minang dia tolak sbb nak muka sama antara diarg ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 5-10-2025 01:44 PM
Bujang balik dah ke orgnya??? Achik fadilah dah pesan nak yg bujang jer

Ehhh tuanya sabree fadzil ...

Dia ni dulu bkn kawen dgn mak budak yg viral  "tangan adik kt syurga" tu ke? Asyik kawen cerr je
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 5-10-2025 07:27 AM
TeropongThaico replied at 5-10-2025 01:44 AM
Bujang balik dah ke orgnya??? Achik fadilah dah pesan nak yg bujang jer

Ehhh tuanya sabree fadzil ...

Tak tau lah status perkahwinan Sabree Fadzil sekarang. Tapi tengok hobinya yang suka ber-Smule, I speku dia dah kembali bujang, kot.


Dulu dia memang popular, walau lakonannya keras macam kayu.

  
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 07:50 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 5-10-2025 07:52 AM
TeropongThaico replied at 5-10-2025 01:44 AM
Bujang balik dah ke orgnya??? Achik fadilah dah pesan nak yg bujang jer

Ehhh tuanya sabree fadzil ...
aunty aiol minat gila2 heol dgn ridhuan hashim sampai ramai masuk minang dia tolak sbb nak muka sama antara diarg ni

Oh, aunty you suka lelaki wajah oriental ye?

  
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Lilipelangi replied at 4-10-2025 11:45 PM
Makcik ni lawa

kannn....tulah msih cri jodoh tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 5-10-2025 08:25 AM
Rrbc92 replied at 5-10-2025 07:57 AM
kannn....tulah msih cri jodoh tu

Pada umur sekarang baik habiskan masa main dengan cucu2 & belanja duit simpanan yang berkepok-kepok tu. Nanti kalau kahwin jenuh kena jaga suami sakit.

  
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 4-10-2025 11:49 AM
Semoga cepat bertemu jodoh yg baik2
Dua2 ex husband org seni... Jodoh nnt pun kalangan org seni juga ...

Kalau nak cari orang seni, Salih Yaacob ada satu kuota kosong. Boleh lah try.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2025 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 5-10-2025 08:21 PM
Pada umur sekarang baik habiskan masa main dengan cucu2 & belanja duit simpanan yang berkepok-kepok ...

betul jg kan... hahaha...mungkin masih nak bersuami la tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 5-10-2025 04:05 PM
Dia ni dulu bkn kawen dgn mak budak yg viral  "tangan adik kt syurga" tu ke? Asyik kawen cerr je

Maaf sis aiol tak tahu le sgt pasal achik sabree ni. Aunty aiol je yg over aiol tengok tak ensem pun muka bapak2 dr muda so tak de la ambik tahu hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Amad sedap. Lagu arjuna ulang2. So pandai la drg laguk. Mcm2 style
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi salah tingkap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.073705 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list