CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 220|Reply: 0

[Sarawak] Ops Pengarah JPJ Sarawak periksa 395 kenderaan, keluarkan 78 saman

[Copy link]
Post time 4-10-2025 05:57 PM | Show all posts |Read mode


Azlan (dua kiri) bersama anggotanya semasa mengadakan operasi tersebut.

SIBU: Sebanyak 395 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa dan 78 notis saman dikeluarkan kepada pemandu atas pelbagai kesalahan dalam Ops Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Bil.14 Tahun 2025 yang diadakan di Jalan Deshon, petang semalam.

Operasi tersebut melibatkan JPJ Cawangan Sibu dan Stesen Penguatkuasa (SP) Stapang dengan kekuatan lebih 30 anggota.
Kesalahan paling banyak yang dikesan adalah tiada lesen memandu.

Operasi tersebut turut disertai Timbalan Pengarah JPJ Sarawak Nor Azlan Ibrahim, Timbalan Ketua Cawangan JPJ Sibu Mohd Ariffin Zaini serta Ketua SP Stapang Langie Nyareng.


Azlan (dua kanan) menyaksikan anggota penguat kuasa mengukur peratusan ketelusan cahaya cermin menggunakan peralatan khas pada cermin sebuah kenderaan semasa operasi tersebut.

Sementara itu JPJ Sarawak dalam hantaran terkini ke akaun media sosialnya menegaskan bahawa memiliki lesen memandu sah adalah satu tanggungjawab penting yang wajib dipatuhi setiap pemandu kenderaan dan penunggang motosikal.

JPJ Sarawak mengingatkan orang ramai tidak tidak memandu atau menunggang kenderaan sekiranya tidak mempunyai lesen memandu sah demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 04:11 PM GMT+8 , Processed in 2.795560 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list