CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 339|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Russell sambar petak pertama GP Singapura

[Copy link]
Post time 4-10-2025 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Russell sambar petak pertama GP Singapura

Oktober 4, 2025 @ 11:04pm





Russell akan memulakan perlumbaan GP Singapura di petak pertama. Foto REUTERS



SINGAPURA: George Russell menghadiahkan petak pertama buat Mercedes menjelang Grand Prix (GP) Singapura selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan di Litar Marina Bay, sebentar tadi.

Pelumba Britain itu merekodkan catatan 1 minit 29.158 saat, 0.182s lebih pantas berbanding pencabar utama, Max Verstappen dari Red Bull, sekali gus menafikan cubaan pelumba Belanda itu untuk menguasai petak hadapan.

Pendahulu kejuaraan dunia, Oscar Piastri dari McLaren bakal bermula di petak ketiga, manakala rakan sepasukannya, Lando Norris hanya mampu menamatkan saingan kelayakan di kedudukan kelima.

"Ada banyak cabaran semalam tetapi saya gembira dengan keputusan ini. Esok dijangka perlumbaan yang panjang dan meletihkan, namun kereta kami mempunyai potensi besar," kata Russell yang berpeluang memburu kemenangan sulungnya di Singapura.

Rakan sepasukan Russell, Kimi Antonelli cemerlang menempatkan diri di kedudukan keempat, sekali gus memisahkan dua jentera McLaren di barisan kedua.

Ferrari pula sekadar menghuni petak keenam dan ketujuh menerusi Lewis Hamilton dan Charles Leclerc, diikuti Isack Hadjar (RB), Oliver Bearman (Haas) serta Fernando Alonso (Aston Martin) yang melengkapkan kelompok 10 terbaik.

Verstappen yang menjuarai dua perlumbaan terakhir di Monza dan Baku kini mengintai kemenangan pertama di Singapura untuk terus memberi tekanan kepada McLaren dalam perebutan gelaran dunia.

McLaren pula hanya memerlukan satu podium untuk mengesahkan kejuaraan pengeluar buat kali kedua berturut-turut, berbaki enam perlumbaan musim ini. - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/10/1454238/russell-sambar-petak-pertama-gp-singapura





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 12:36 PM GMT+8 , Processed in 3.076792 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list