CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Bezzecchi bangkit takluk GP Indonesia

[Copy link]
Post time 4-10-2025 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Bezzecchi bangkit takluk GP Indonesia

Reuters




MARCO Bezzecchi (tengah) bersama pemenang podium kedua, Fermin Aldeguer (kiri) dan Raul Fernandez meraikan kejayaan di pentas podium. FOTO AFP



Mandalika, Indonesia: Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi mencipta kebangkitan sensasi apabila menjuarai perlumbaan pecut Grand Prix (GP) Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, hari ini, selepas memintas pendatang baharu Gresini Racing, Fermin Aldeguer pada pusingan terakhir.

Bermula di petak utama, Bezzecchi berdepan permulaan mengecewakan apabila terjatuh ke kedudukan belakang seawal perlumbaan.

Namun, pelumba berusia 26 tahun dari Itali itu tenang mengatur rentak sebelum mempamerkan tunggangan bertenaga untuk meraih kemenangan ketiganya dalam aksi pecut MotoGP musim ini.

"Ia perlumbaan yang menakjubkan. Malangnya, kami perlu faham apa yang berlaku ketika mula kerana saya hilang banyak masa.

"Selepas itu saya jadi lebih yakin, lebih laju. Saya tak sangka dapat kejar Fermin kerana dia sudah jauh meninggalkan saya, tetapi saya tidak mengalah.

"Di pusingan terakhir saya cuba sedaya upaya. Saya benar-benar mahu kemenangan ini," kata Bezzecchi.

Aldeguer yang berusia 20 tahun dan mendahului hampir keseluruhan 13 pusingan, terpaksa berpuas hati di tempat kedua, sekali gus terlepas peluang untuk muncul pemenang pecut termuda dalam sejarah MotoGP.

"Secara keseluruhan saya tetap gembira. Podium sekali lagi adalah keputusan besar, tapi selepas mengetuai perlumbaan dengan rentak yang baik, saya memang mengidamkan kemenangan, apa pun, esok masih ada peluang," ujar pelumba muda Sepanyol itu.

Pelumba Trackhouse, Raul Fernandez melengkapkan kedudukan podium selepas bermula dari petak ketiga.

Sementara itu, juara dunia baharu, Marc Marquez terus bergelut di Mandalika – litar yang tidak pernah memberinya kemenangan.

Pelumba Sepanyol berusia 32 tahun itu menerima penalti selepas insiden bersama Alex Rins (Yamaha) sebelum menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh.

Bagaimanapun, pungutan mata Marquez cukup membantu Ducati mengesahkan gelaran juara dunia kategori pasukan selepas mendominasi musim ini dengan 13 kemenangan Grand Prix dan 15 kemenangan pecut.

Rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia yang juga juara dunia dua kali, melalui hari malang apabila sekadar menamatkan saingan di tempat ke-14 selepas gagal mara ke Q2.

Bintang muda KTM, Pedro Acosta pula terpaksa melupakan podium selepas terbabas ketika berada di kedudukan kedua pada pusingan kelima.



Disiarkan pada: Oktober 4, 2025 @ 7:18pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/10/1271495/bezzecchi-bangkit-takluk-gp-indonesia




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040859 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list