CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 46|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pos Malaysia semarakkan Hari Sukan Negara 2025

[Copy link]
Post time 5-10-2025 01:00 AM | Show all posts |Read mode
Pos Malaysia semarakkan Hari Sukan Negara 2025

Oktober 4, 2025 @ 7:50pm




HSN disifatkan sebagai pemangkin gaya hidup sihat dan kesejahteraan masyarakat. Foto ihsan penganjur



KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad menyemarakkan penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) 2025 apabila tampil sebagai Rakan Strategik Logistik Rasmi bagi acara kemuncak yang akan berlangsung di Ipoh, Perak dan Pulau Pinang pada 11 Oktober ini.

Acara kemuncak HSN 2025 yang bakal berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Penganjuran di Ipoh dijangka mampu menarik lebih 300,000 penyertaan warga Perak serta 5.2 juta peserta di seluruh negara, merangkumi pelbagai lapisan masyarakat.

Sebagai rakan strategik, Pos Malaysia menyediakan sokongan logistik termasuk pengagihan 15,000 baju larian di kedua-dua lokasi, selain terbabit dalam aktiviti peruncitan dan kerjasama penjenamaan bersama Kementerian Belia dan Sukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, penglibatan itu membuktikan komitmen syarikat bukan hanya sebagai penyedia perkhidmatan logistik, tetapi juga sebagai pemangkin gaya hidup sihat dan kesejahteraan masyarakat.

"Pos Malaysia berbangga menyokong acara berskala nasional yang mampu menyatukan rakyat dari pelbagai latar belakang.

"HSN adalah platform penting untuk membina masyarakat sihat, bersatu padu dan bersemangat, sejajar aspirasi negara ke arah kesejahteraan rakyat," katanya.

HSN 2025 bertemakan Malaysia Aktif menawarkan pelbagai aktiviti sukan percuma seperti kayuhan, larian, berjalan, street soccer, memanah, frisbee, lompat tali dan gusti lengan.

Empat acara utama turut dianjurkan iaitu Kayuhan MADANI sejauh 35 kilometer (km), Larian Ria MADANI (5km), Berjalan Ria MADANI (3.5km) serta program 1,500 langkah sempena Hari Berjalan Sedunia.

Di Pulau Pinang, acara HSN 2025 akan dilancarkan oleh EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/10/1454194/pos-malaysia-semarakkan-hari-sukan-negara-2025





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.082688 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list