CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51|Reply: 0

[Pulau Pinang] Identiti 2 rentung dalam nahas di Permatang Baru Sungai Lokan belum dikenal pasti

[Copy link]
Post time 5-10-2025 03:41 AM | Show all posts |Read mode
Identiti 2 rentung dalam nahas di Permatang Baru Sungai Lokan belum dikenal pasti

BERNAMA





ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa rentung dalam kemalangan di Jalan Permatang Baru Sungai Lokan. FOTO Ihsan JBPM



Georgetown: Identiti dua individu yang rentung selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan sebelum terbabas dan terbakar di Jalan Permatang Baru Sungai Lokan, dekat sini pagi tadi belum dapat dikenal pasti.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata bedah siasat terhadap dua mayat mangsa sedang dijalankan di Hospital Kepala Batas, dekat sini petang tadi.

"Polis masih menunggu keputusan bedah siasat dan setakat ini kita belum tahu identiti kedua-dua mangsa, kereta yang dinaiki mereka juga belum dapat dikenal pasti (pemiliknya).

"Sama ada mangsa warga asing atau tempatan, kami tidak dapat mengesahkan perkara tersebut dan perlu menunggu keputusan bedah siasat serta laporan forensik," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Festival Seni Hidup 2025 di Lebuh Armenian, di sini hari ini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.09 pagi dan menggerakkan sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth ke lokasi kejadian.

Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM dengan anggaran kebakaran 80 peratus, dipercayai berpunca akibat kemalangan jalan raya.



Disiarkan pada: Oktober 4, 2025 @ 9:00pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1271519/identiti-2-rentung-dalam-nahas-di-permatang-baru-sungai-lokan-belum-dikenal




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travell
ackie.12.19.8.7travell
Views : 0 Replies : 0
THRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
ho.mi.n.id.pa.dTHRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
Views : 0 Replies : 0
travell
ackie.12.19.8.7travell
Views : 0 Replies : 0
travell
li.lym.ander.sotravell
Views : 0 Replies : 0
Baru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri Air Zamzam Pada Adik Beradik Tanpa Izin.Netizen Berbelah Bagi
YgBenarBaru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri
Views : 336 Replies : 17
travell
li.lym.ander.sotravell
Views : 0 Replies : 0
travell
v.eg.r.e.ye.s.9travell
Views : 0 Replies : 0
THRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
ak.a.ggsk.zs.j.THRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
Views : 0 Replies : 0
travell
v.eg.r.e.ye.s.9travell
Views : 0 Replies : 0
travell
he.x.xi.l.o.r.dtravell
Views : 0 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2025 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.037122 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list