BELIA MBFM Wilayah Raja Alias ketika mengadakan lawatan ke Padang,Sumatera Barat. FOTO Ihsan MBFM
Jempol: Tidak sekadar 'makan angin' dan melancong di negara jiran, malah ahli Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) Wilayah Raja Alias turut menyumbangkan 200 naskhah Al-Quran kepada sekolah pondok Muhammadiyah di Padang, Sumatera
Selain itu mereka turut menyerahkan sumbangan RM3,306 kepada sebuah sekolah di Paya Kumboh, Sumatera Barat.
Pengerusinya Tauw Fek Maslam berkata, program itu dijalankan delegasi MBFM Wilayah Raja Alias ketika mengadakan lawatan rasmi selama empat hari ke Sumatera Barat.
"Lawatan antara usaha memperkukuhkan jaringan belia FELDA di peringkat antarabangsa
"Pemilihan Padang disebabkan ia mempunyai hubung kait sangat rapat dengan Negeri Sembilan antaranya berkaitan adat Minangkabau dan Perpatih," katanya semalam.
Tauw Fek berkata, delegasi turut melawat istana Pagaruyung dan mengadakan pertemuan bersama waris Minangkabau bagi memahami susur galur Sejarah dan adat budaya tempatan.
Katanya delegasi turut melawat rumah gadang iaitu rumah tradisional Minangkabau yang menjadi simbol identiti masyarakat Minang.
|