CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 89|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Sendiri tempah bala!

[Copy link]
Post time 5-10-2025 10:48 AM | Show all posts |Read mode

TIGA suspek disyaki terbabit kegiatan curi kabel nekad melarikan diri daripada polis sebelum bertembung dengan sebuah lori dekat Jalan Mantin- Seremban. FOTO Ihsan PDRM

Seremban: Tiga suspek geng curi kabel yang cuba melarikan diri sebaliknya bertembung dengan sebuah lori berhampiran Jalan Mantin - Seremban, di sini.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi tadi, dua suspek yang mengalami kecederaan berjaya ditahan polis manakala seorang lagi penjenayah sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, penjenayah yang menaiki pacuan empat roda dikejar kereta peronda polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban selepas disyaki mencuri kabel.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pacuan empat roda itu dikatakan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lori.

"Sebuah kereta Perodua Axia yang berada di belakang lori itu tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang lori.

"Akibat kemalangan ini, suspek dua lelaki yang mengalami kecederaan ditahan pihak polis manakala pemandu pacuan empat roda melarikan diri," katanya.

Ujarnya, pemandu lori yang membawa muatan getah 'scrap' mengalami kecederaan ringan manakala seorang lelaki bersama wanita yang menaiki Perodua Axia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya lagi, pihak polis juga berjaya mendapatkan semula beberapa kabel yang dipercayai dicuri dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

sumber : harian metro



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.043710 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list