CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 97|Reply: 0

[Johor] 200 pelajar SMK Bandar Tenggara perintis guna kad pintar AI

[Copy link]
Post time 5-10-2025 11:03 AM | Show all posts |Read mode

MANNDZRI (dua dari kiri) menyerahkan Sijil dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2025 pada Program Semarak Jaya Pendidikan Parlimen Tenggara 2025 di SMK Bandar Tenggara. FOTO Mohd Najmi Nor’Azam

Kota Tinggi : Parlimen Tenggara melancarkan penggunaan Kad Pintar Pelajar yang memperkenalkan kemudahan Kecerdasan Buatan (AI), yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Ahli Parlimen Tenggara merangkap Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Manndzri Nasib berkata, fasa permulaan membabitkan 200 pelajar tingkatan empat dan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara.

Katanya Kad Pintar Pelajar ini hasil inisiatif Parlimen Tenggara dengan pihak luar dan akan dipantau penggunaannya oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi dan Kulai.

"Kad Pintar Pelajar berteknologi tinggi ini bagi membantu pelajar mengakses sumber pembelajaran digital, sistem e-pembelajaran, rekod akademik serta perkhidmatan pendidikan secara lebih efisien dan interaktif.

"Selain kemudahan pembelajaran, Kad Pintar Pelajar itu juga dilengkapi ciri keselamatan pintar yang akan menghantar notifikasi kecemasan secara automatik kepada waris atau pihak berkuasa sekiranya berlaku kemalangan jalan raya membabitkan pemegang kad.

"Teknologi ini direka bagi memberi tindak balas pantas dalam situasi kecemasan, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan pelajar dalam kehidupan seharian.

"Inisiatif seumpama ini diharap dapat menyemarakkan semangat belajar, memperkasa pelajar dengan teknologi moden, serta membina masa depan cemerlang buat generasi muda Tenggara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Semarak Jaya Pendidikan Parlimen Tenggara 2025 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara di sini, semalam.

Menurut Manndzri, Kad Pintar Pelajar ini adalah teknologi interaktif, yang bukan sahaja mengandungi kesemua matapelajaran SPM dan STPM tetapi boleh menjadi 'kawan' pelajar bertanyakan dan menyatakan emosi mereka.

Beliau berharap supaya inisiatif itu mendapat perhatian wajar dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekiranya terbukti berkesan.

"Kalau ikut pengalaman saya, pelajar SPM dan SPTM selalu akan belajar sehingga lewat malam. Kad Pintar Pelajar ini membantu mereka untuk bertanyakan tentang pelajaran yang tidak difahami pada ketika itu.

"Apabila ada teknologi kita manfaatkan dan ini masanya untuk pendekatan menerusi Kad Pintar Pelajar.

"Saya berharap kalau ia (Kad Pintar Pelajar) mendapat bukti yang bagus, KPM perlu melihat interaktif ini untuk membantu guru yang mempunyai beban tugasan tinggi. Selain dapat membantu pelajar dan ibu bapa," katanya.

Dalam program sama, seramai 156 pelajar cemerlang Parlimen Tenggara diraikan dalam Program Semarak Jaya Pendidikan Parlimen Tenggara, yang kini memasuki tahun ketiga penganjurannya.

Program itu dianjurkan bagi meraikan pencapaian pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2024.

Beliau berkata, program itu juga meraikan kejayaan mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada di peringkat diploma mahupun ijazah sarjana muda.

"Penganjuran program itu menjadi wadah menghargai usaha dan kejayaan pelajar yang mengharumkan nama Parlimen Tenggara.

"Pemberian cenderahati kecemerlangan bagi kategori SPM, membabitkan pelajar yang memperoleh 5A ke atas menerima sumbangan bermula dengan kadar RM50 bagi setiap 1A.

"Manakala bagi STPM, pelajar yang mencapai pointer 3.50 menerima RM50 bagi setiap subjek, manakala mereka yang memperoleh keputusan 4.00 (4 flat) menerima RM100 bagi setiap subjek.

"Bagi penerima diploma diberi sumbangan sebanyak RM300, dan penerima ijazah sarjana muda menerima RM500," katanya dalam

Menurut Manndzri, sehingga tarikh tutup permohonan pada 5 September lalu pihaknya menerima sebanyak 181 permohonan.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 156 pelajar layak menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan agihan sebanyak RM66,300.

"Program ini jelas membuktikan komitmen Parlimen Tenggara dalam memastikan kejayaan dan keselamatan anak-anak Tenggara sentiasa dihargai dan disokong," katanya.


sumber : harian metro



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travell
ackie.12.19.8.7travell
Views : 0 Replies : 0
THRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
ho.mi.n.id.pa.dTHRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
Views : 0 Replies : 0
travell
ackie.12.19.8.7travell
Views : 0 Replies : 0
travell
li.lym.ander.sotravell
Views : 0 Replies : 0
Baru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri Air Zamzam Pada Adik Beradik Tanpa Izin.Netizen Berbelah Bagi
YgBenarBaru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri
Views : 336 Replies : 17
travell
li.lym.ander.sotravell
Views : 0 Replies : 0
travell
v.eg.r.e.ye.s.9travell
Views : 0 Replies : 0
THRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
ak.a.ggsk.zs.j.THRILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL
Views : 0 Replies : 0
travell
v.eg.r.e.ye.s.9travell
Views : 0 Replies : 0
travell
he.x.xi.l.o.r.dtravell
Views : 0 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2025 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.046569 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list