CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4423|Reply: 60

“Keluarga tahu saya panggil dia sayang, wifey” - Gadis perjelas status dengan BFF, gesa Caprice padam video berunsur fitnah

[Copy link]
Post time 5-10-2025 02:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 5-10-2025 03:07 PM


Tangkap layar yang tular di media sosial.

“Keluarga tahu saya panggil dia sayang, wifey” - Gadis perjelas status dengan BFF, gesa Caprice padam video berunsur fitnah
Rabu, 01 Oktober 2025 11:15 AM

VIDEO TikTok memaparkan aksi mesra dua gadis bertudung mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Selain aksi berpelukan di hadapan cermin [Tonton Video], turut tular tangkap layar memaparkan foto cium pipi antara dua gadis berkenaan.



Rakaman itu semakin menjadi bualan netizen selepas ia dikongsi semula oleh penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan Caprice menerusi Instagram pada Selasa malam.

Tanpa usul periksa, rata-rata netizen pula cuba mengaitkan apa yang dilihat mereka sebagai sesuatu yang janggal hingga menuduh dua gadis berkenaan sebagai pasangan sejenis.



"Dunia makin pelik. Kalau nak jadi jahat tolong la jangan libatkan atau sebut Allah," demikian tulis Caprice atau Ariz Ramli mengiringi perkongsian tersebut.

Kapsyen berkenaan dipercayai merujuk kepada satu tangkap layar daripada posting milik salah seorang individu berkenaan di Instagram.

"Dan bila tiba masanya, semoga Allah mempertemukan kita kembali bukan sekadar di dunia, tetapi dalam ketenangan dan kebahagiaan yang abadi di Jannah," tulis individu terbabit.



Susulan tindakan Caprice, individu berkenaan tampil mempertahankan diri dan menafikan mereka adalah pasangan sejenis.

"Kami bukanlah pasangan, dia kawan baik saya. Dia juga anak angkat ibu saya, sekali gus menjadikan dia kakak saya. Keluarga tahu tentang kami, malah ibu saya juga likes video kami.

"Saya berani muat naik video panggil dia sayang atau wifey sebab kedua-dua belah keluarga tahu ia sekadar nama timangan (nickname) yang kami selalu guna," tulis gadis itu.

Gadis berkenaan turut memohon orang ramai agar berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai dia dan rakannya itu.


Gadis yang tular itu meminta Caprice agar memadam video yang dikongsi di media sosialnya.

Dia juga meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Caprice yang berkongsi video tersebut tanpa usul periksa.

"Ia sangat mengecewakan untuk melihat orang bercakap tanpa memahami siapa kami yang sebenar.

"Hanya kerana kamu seorang artis, ia tak bermakna kamu ada hak untuk bercakap apa sahaja tentang orang lain.

"Saya memohon jasa baik kamu untuk turunkan video kerana ia bersifat fitnah terhadap kami," tulis gadis itu lagi.



Di ruangan komen, pelayar TikTok dilihat turut meninggalkan komen positif buat gadis berkenaan.

"Saya tak nampak apa yang salah dengan hubungan baik antara kakak dan adik.

"Jaga diri baik-baik. Apapun, jangan sampai mendatangkan fitnah apabila berkongsi di media sosial.

"Anda berdua ni cantik tau. Jaga diri baik-baik. Semoga yang baik-baik untuk kamu berdua," tulis netizen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2025 03:03 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 03:54 PM | Show all posts
ko tengok. indon ni yg sibuk hal malaysia. berite2 yg mcm ni yg die mampu jumpe, seiring otak die.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 03:55 PM | Show all posts
Edited by rina.vania at 5-10-2025 03:57 PM

loh. ade tu. tadi tak abes taip. tak reti sabar ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2025 04:05 PM | Show all posts
rina.vania replied at 5-10-2025 03:55 PM
loh. ade tu. tadi tak abes taip. tak reti sabar ke

Saking ngefans sama saya hingga bikin ID baru khusus buat komentar di trit saya.



Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 04:07 PM | Show all posts
Friska replied at 5-10-2025 04:05 PM
Saking ngefans sama saya hingga bikin ID baru khusus buat komentar di trit saya.

fans dgn haters pun tak tau beza ke. aduhai.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2025 04:57 PM | Show all posts
"Dunia makin pelik. Kalau nak jadi jahat tolong la jangan libatkan atau sebut Allah,"

Infact, yang kuat guna nama Allah ni yang kita patut be extra careful. Kalau ajak terlibat, lebih afdhal lari.


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
apesal dia buat air muka cenggitu dlm gambar adik-beradik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2025 05:24 PM | Show all posts
Friska replied at 5-10-2025 04:05 PM
Saking ngefans sama saya hingga bikin ID baru khusus buat komentar di trit saya.

Ko boleh x taip mcm ORANG.
Bukan macam monyet.
Geram la aku.
Dok TRIT TRIT.
Kau dah lapar sgt ke nk jadi pompuan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 05:27 PM | Show all posts
slyfynx replied at 5-10-2025 05:24 PM
Ko boleh x taip mcm ORANG.
Bukan macam monyet.
Geram la aku.

aku buat kesimpulan yg die ni lelaki menyamar jadi ppuan indon berdasarkan ko punye hate.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 5-10-2025 05:24 PM
Ko boleh x taip mcm ORANG.
Bukan macam monyet.
Geram la aku.

Kan.. Memang bodoh pun.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 07:37 PM | Show all posts
so kakak angkat bercium pipi, pnggil wifey sayang bagai
abis
dgn kakak kandung kene bercium mulut ke, panggil anje anjing bagai ke?

baghal pnya pmpn..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
rina.vania replied at 5-10-2025 03:54 PM
ko tengok. indon ni yg sibuk hal malaysia. berite2 yg mcm ni yg die mampu jumpe, seiring otak die.

Hahaha . Umat isle kat ndon tak buat mcm ni laa . Umat ndon kek sana umah serambi mekah . So pastinya terasa jijik dan praknyaa pabila melihat aksi sebegiu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 5-10-2025 07:37 PM
so kakak angkat bercium pipi, pnggil wifey sayang bagai
abis
dgn kakak kandung kene bercium mulut k ...

Ko nak cium ke ramas nape nak tnjuk dpn org
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 5-10-2025 08:54 PM

enthlah dik
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2025 10:02 PM | Show all posts
takde acik porem yang lesbo boleh tolong sahkan ke? tiberr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2025 08:21 AM | Show all posts
panggil sayang, wifey...hmmm dah ke arah lesbo dah tu dik oii....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2025 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Report dik! Jangan kasi muka pada influencer² yg tarak bakat tapi nak jadi  retis. Hidup org di jadikan bahan media product mereka.

#demisesuapnasiHaprak²
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2025 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 6-10-2025 08:21 AM
panggil sayang, wifey...hmmm dah ke arah lesbo dah tu dik oii....

Taknak fitnah tapi saya mcm setuju. Kita perempuan yg ada BFF tau la batas. Tido sebantal tu okay je, tapi panggilan wifey tu pelik sgt dik. Syg tu pun mcm okay lagi, ala2 makcik jual nasik lemak pagi2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2025 09:19 AM | Show all posts
Aneh sgt dik,..siap wifey panggilnya...jgn normalise kan sebutan yg xsepatutnya...rapat smpi family kenal pn xprlu la panggilan mcm tu...luar biasa sgt dh tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.057083 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list