CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1560|Reply: 10

[Tempatan] Muhyiddin gagal gugurkan kes rasuah RM232.5 juta dan AMLA RM200 juta

[Copy link]
Post time 7-10-2025 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sinar Harian
NOOR AZLIDA ALIMINNOOR AZLIDA ALIMIN
07 Oktober 2025 11:37am




KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengugurkan empat kes menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan wang RM200 juta, di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, AGC telah memperoleh representasi yang difailkan pembelaan bagi pihak Muhyiddin, 78, pada 19 Ogos lalu.

Bagaimanapun katanya, permohonan berkenaan telah ditolak dan ia dimaklumkan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu pada 22 Ogos.

“Susulan itu, saya mohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan bagi empat kes menggunakan kedudukan untuk suapan dan tiga AMLA.

“Saya juga memohon supaya semua kes berkenaan dapat dibicarakan bersama,” katanya yang menambah pendakwaan bersedia untuk meneruskan perbicaraan seawal Januari tahun depan.

Bagaimanapun, peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, pembelaan mencadangkan perbicaraan kes diteruskan pada Mei atau Jun.

Selepas mendengar perkara itu, Hakim, K Muniandy berkata, mahkamah menetapkan 10 November depan untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

Beliau juga membenarkan permohonan pendakwaan, supaya Muhyiddin dikecualikan kehadiran pada sebutan kes akan datang.


Mengikut empat pertuduhan, Muhyiddin didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada Azman Yusoff, 51 dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu.

Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika ia dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi tiga lagi pertuduhan, Muhyiddin selaku Presiden parti itu, didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank dan AmBank milik Bersatu.

Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara Kuala Lumpur, AmBank cawangan Amcorp Mall, Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, di sini antara 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen ini membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2025 12:56 PM | Show all posts
hangkut je si kanker ni ke dalam
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal PM Malaysia katanya
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 01:20 PM | Show all posts
ultra78 replied at 7-10-2025 12:59 PM
Bakal PM Malaysia katanya

Hemzah Bersetu & Eddy PES tersenyun riang


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 7-10-2025 03:32 PM

Abisla Abahcow...mana nak cekau 400juta nak bayar balik kat kjaan mcm yg si Adam Radlan kena haritu..dah la menantu p lari oversea pon tak balik2 lagi..



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 03:36 PM | Show all posts
apa komen porumer ci pensokong Pee End?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2025 03:46 PM | Show all posts
bodohnya sape penyokong babah kau
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 7-10-2025 03:29 PM
Abisla Abahcow...mana nak cekau 400juta nak bayar balik kat kjaan mcm yg si Adam Radlan kena haritu. ...

Tak balik lagi ke???, apa punya menantu lah biarkan Abah Cow sorang sorang kena tanggung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2025 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Abah Cow ni bodoh, Wak Jahat pandai
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2025 10:02 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 8-10-2025 09:45 AM

Mengapa yang bersangkutan   gak belajar dari mentornya  Tun Mahathir dalam melakukan korups dengan cara  baik dan benar serta smart sehingga bisa selamat untuk menikmati hasil korupsinya di hari tua  dengan anak dan cucu serta menantu hingga akhir hayat ?  
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2025 09:09 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.074230 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list