CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1027|Reply: 33

“Kenyataan FIFA Serius, Jejas Imej Negara” – Hannah Yeoh

[Copy link]
Post time 8-10-2025 08:34 PM | Show all posts |Read mode





Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memandang serius Alasan Penghakiman dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung tindakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan.


Hannah berkata kenyataan FIFA dalam dokumen 19 muka surat itu sebagai serius dan menjejaskan imej negara.


Beliau berkata banyak perkara yang memerlukan penambahbaikan berdasarkan kenyataan FIFA dalam dokumen tersebut.


“Walaupun FAM telah keluarkan kenyataan mereka kata ada kesilapan teknikal, kesilapan oleh kakitangan mereka. Semua itu perlukan penambahbaikan kerana kenyataan 19 muka surat itu adalah kenyataan oleh FIFA yang sangat serius, yang menjejaskan imej negara.


“…dan saya juga faham semua peminat bola sepak tanah air semestinya marah, rasa kecewa dan mahukan penambahbaikan,” katanya pada sidang media Majlis Sambutan Wira dan Wirawati Para Olahraga daripada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2025 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini hari ini.


Pada masa sama, Hannah berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih dengan pendirian sama iaitu menunggu sehingga proses rayuan berakhir sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.





“FAM kena habiskan proses rayuan ini, lengkapkan proses rayuan ini sebelum apa-apa kenyataan khas yang kita nak umumkan…kerana proses rayuan belum selesai.


“Selepas Grounds of Judgement saya difahamkan FAM kena mengumumkan hasrat mereka untuk merayu dalam masa tiga hari dan kemudiannya lima hari untuk memfailkan rayuan mereka,” katanya.


Sementara itu, Hannah menyeru peminat bola sepak tanah air meneruskan sokongan terhadap skuad Harimau Malaya yang akan beraksi dua perlawanan menentang Laos dalam saingan Kumpulan F, masing-masing di Vientiane pada Khamis ini dan di sini pada Selasa depan.


Bulan lepas, FAM dan tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.


FIFA menerusi kenyataan memaklumkan FAM menyerahkan dokumen yang dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan pemain, sekali gus membolehkan mereka diturunkan dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lepas.


Tujuh pemain warisan yang dikenakan tindakan ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.


Sehubungan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM10,560) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa mulai tarikh notifikasi keputusan tersebut.


Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2025 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemaluan negara  
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Fifa pulak yang disalahkan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2025 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 8-10-2025 10:41 PM
Fifa pulak yang disalahkan

Which statement?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 08:08 AM | Show all posts
dah jumpa ke dgn pihak tu? cer slow talk dgn pihak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 08:16 AM | Show all posts
orang dah cakap lama dah.. menteri kena take over ni, tak boleh delegate kepada FAM, FAM dah merapu, presiden pun dah resign awal2 lagi, what do you expect?

Menteri kena pro aktif sebelum imej negara dan kerajaan MADANI lagi merudum..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2025 08:32 AM | Show all posts
tu kena tanya kacang ketot sis... tp nak tunggu jugak sapa le yg bernasib malang jadi kamben itam
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 09:54 AM | Show all posts
Siapa punya idea?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2025 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
FAM dan TMJ takde kuasa nak bagi sijil lahir kepada datok nenek player2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 11:45 AM | Show all posts
This whole thing exposes something bigger sebenarnya. The world masih melihat tanah air ni sebagai dunia ketiga yang korup. Semua benda boleh adjust. Ko cakap lah this is inline with our constitution etc etc. Bila constitution pun menghalalkan racism ada ka orang nak percaya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya bangla pilipin indon dapat ic, golongan atas bawah sama saja korop
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 11:54 AM | Show all posts
yang bagi idea tu bernas dah bagi statement ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 11:57 AM | Show all posts
Ya Allah malu-maluin hingga  disebut sebagai "Fake National Team Player"

Apa kata tetangga? Apa kata dunia?


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 9-10-2025 08:32 AM
tu kena tanya kacang ketot sis... tp nak tunggu jugak sapa le yg bernasib malang jadi kamben itam

Staff fam yg dikatakan salah upload dokumen tu mungkin...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 9-10-2025 08:08 AM
dah jumpa ke dgn pihak tu? cer slow talk dgn pihak tu.

Pihak tu merujuk pada sapa???fifa ke?x kan president probowo pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 01:00 PM | Show all posts
cm_vungtau replied at 8-10-2025 10:41 PM
Fifa pulak yang disalahkan

Sehrusnya Hannah Yeo mengatakan bahwa kenyataan FIFA gak serius dan berdampak sedikitpun kepada MalayDesh  karema NAMA dan REPUTASI  serta EKSISTENSI  MalayDesh  JAUH LEBIH BESAR dan TERHORMAT dibandingkan FIFA ..

Jadi MalayDesh harus bersikap seperti ini ... Biarkan anjing FIFA menggonggong .. tetapi KAFILAH MalayDesh tetap  akan BERLALU atau  Gak PEDULI ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2025 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 9-10-2025 11:53 AM
Selayaknya bangla pilipin indon dapat ic, golongan atas bawah sama saja korop

Yg bagi ic tu betul...x caya tanya indon,pilipin...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 9-10-2025 01:00 PM
Sehrusnya Hannah Yeo mengatakan bahwa kenyataan FIFA gak serius dan berdampak sedikitpun kepada Ma ...

Indon masuk Malaysia pun pakai passport tipu. Immigration Indon jauh lagi corrupt. Jangan ingat kau first world country pula
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hannah yeoh mmg tidak hormati .. org xnk dgr cakap die.. die sebok duk ajar org masuk Kristian je.. pendakwah Kristian je die ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 02:43 PM | Show all posts
zuuu replied at 9-10-2025 04:48 AM
Staff fam yg dikatakan salah upload dokumen tu mungkin...

salam takziah la awai2. mlm ni meols sedekah bacaan yassin sekali  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[SBS/viu] Taxi Driver S1, S2, S3 - Lee Je Hoon, Kim Eui Sung, Pyo Ye Jin (Season 3 Ongoing)
xyla73[SBS/viu] Taxi Driver S1, S2, S3 - Lee J
Views : 36616 Replies : 200
Edisi SELAMAT TINGGAL 2025
telracsEdisi SELAMAT TINGGAL 2025
Views : 992 Replies : 96
V85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS di INGLEWOOD
taliaV85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS
Views : 1766 Replies : 123
Teruk Dikecam Netizen, Individu Kutuk Gigi Anak Erra Fazira Sebagai ‘Jongang’ Tampil Mohon Maaf - “FB Saya Kena Hack…”
ZORRO5555Teruk Dikecam Netizen, Individu Kutuk Gi
Views : 1588 Replies : 45
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1693 Replies : 813
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 682 Replies : 2
Dijangka harga emas naik sampai 2026, cecah RM14,980 seauns
RalineDijangka harga emas naik sampai 2026, ce
Views : 10210 Replies : 77
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 44507 Replies : 820
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 74604 Replies : 505
Budak tujuh tahun cedera digigit ular sawa ketika tidur
B40tastePoshBudak tujuh tahun cedera digigit ular sa
Views : 341 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.069287 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list