CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 748|Reply: 16

Emas diparas tertinggi buat kali pertama dalam sejarah, RM595 segram

[Copy link]
Post time 8-10-2025 08:55 PM | Show all posts |Read mode





HONG KONG – Harga emas melepasi paras AS$4,000/auns (RM595/gram) buat kali pertama dalam sejarah pada Rabu, apabila pelabur beramai-ramai beralih kepada aset selamat berikutan jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan mengenai penutupan kerajaan AS.


Kenaikan harga logam berharga itu juga berlaku selepas kebimbangan bahawa rali dalam sektor teknologi yang telah mengangkat pasaran ekuiti ke paras tertinggi yang mungkin telah melampaui batas, mencetuskan desas-desus tentang gelembung aset.


Pedagang telah mengumpul emas sepanjang tahun ini, yang melonjakkan harganya lebih 50 peratus berbanding awal 2025 di sebalik pelbagai isu termasuk ketidaktentuan ekonomi global, perang perdagangan Donald Trump dan krisis geopolitik.


Daya tarik emas bertambah minggu ini disebabkan kemelut politik di Perancis, di mana Perdana Menterinya yang baharu, Sebastien Lecornu telah meletak jawatan.


Emas yang lama dianggap sebagai pilihan selamat dalam tempoh ketidaktentuan naik ke paras tertinggi AS$4,006.68 semalam, meskipun dolar AS telah naik berbanding kebanyakan mata wang setara dalam beberapa hari kebelakangan ini.


Penutupan beberapa bahagian kerajaan AS menambah rasa kurang senang dalam kalangan pelabur dengan data ekonomi utama, termasuk pekerjaan ditangguhkan, mengeruhkan kea­daan untuk Rizab Persekutuan AS membuat keputusan mengenai kadar faedah.


“Kenaikan pesat harga emas telah disokong peningkatan ali­ran masuk ke dalam (dana dagangan bursa) dan pembelian oleh bank pusat.


“Ini termasuk permintaan kukuh dari China, kerana emas mendapat manfaat daripada ketidaktentuan politik, ekonomi dan inflasi,” menurut Taylor Nugent dari National Australia Bank.


Ketika emas melonjak, pasaran ekuiti menjadi lebih lemah di Asia apabila persoalan timbul mengenai ratusan bilion dolar yang dilaburkan dalam kecerdasan buatan (AI).


Laporan margin keuntungan firma perisian pengkomputeran awan, Oracle yang jauh lebih rendah daripada jangkaan telah memberi isyarat menakutkan kepada pedagang, dengan ketiga-tiga indeks utama Wall Street jatuh ke paras merah.


“Pedagang tidak menunggu penjelasan, mereka hanya terus mula melonggarkan kedudukan mereka,” tulis Stephen Innes dari Pengurusan Aset SPI.


Pasaran Hong Kong dan Taipei antara yang paling rugi, manakala Sydney dan Singapura turut jatuh. – AFP





Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2025 08:49 AM | Show all posts
caling2 bang pengecat, hontong banyak busatttt

leh lanjer acik2 por  karipap sama beger romly
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 03:44 PM | Show all posts
gilak lahhhhh harga emas skrg. seram sehhh. tp tulah, gaji mcm tu jer lah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 04:22 PM | Show all posts
Betul jugak ada yg tulis dari simpan ASB  RM100 ribu boleh naik ganda sampai 300 ke 400 ribu kalau buat beli emas jongkong tapi ASB pulangan x sampai RM 300 ribu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 04:27 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 9-10-2025 04:29 PM
Kitty_catz replied at 9-10-2025 08:49 AM
caling2 bang pengecat, hontong banyak busatttt

leh lanjer acik2 por  karipap sama beger romly

he he he..

ceh..

ko dah laaaaaamaaaaaa kaya

ko ler blanjer aku..


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 04:31 PM | Show all posts
USD4,000?

nak dengar konspiracy shit dari aku tak?

masa RESET nnt..

emas USD25,000 per oz

tapi exchange rate USD RM x pasti berapa ler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2025 04:34 PM | Show all posts
kalo nak untung cepat..

beli emas 999 dari bank, PG ke

bukan beli emas 916

bukan beli emas 999 dari kedai emas mcm Peh Kung, Hebeb Jawal, Tumei dll kedai yg jual barang kemas
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan ghairah kumpul emas tapi lupa bayar zakat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2025 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Shut up you!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 08:41 AM | Show all posts
la ni harga emas sedang naik..

Dec 2025 nnt makin naik
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 08:45 AM | Show all posts
pengecatbintang replied at 10-10-2025 08:41 AM
la ni harga emas sedang naik..

Dec 2025 nnt makin naik

jgn lupa silver bullion (bar n coin) 999
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ar Rahnu bank rakyat smlm 916 rm 570
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 10-10-2025 08:41 AM
la ni harga emas sedang naik..

Dec 2025 nnt makin naik

Kalau emas naik, bitcoin turun.
Aiyooooooo bila lah pulak nak bullrun ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 03:15 PM | Show all posts
hird replied at 10-10-2025 02:33 PM
Kalau emas naik, bitcoin turun.
Aiyooooooo bila lah pulak nak bullrun ni?

jual bitcoin skrg

duit tu beli gold
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku beli emas bwh maybank (MiGA) tapi baru perasan emas tu tak protected bawah PIDM. Mmg semua emas bwh bank macam tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2025 02:03 PM | Show all posts
kitaserupaaa replied at 11-10-2025 10:55 AM
Aku beli emas bwh maybank (MiGA) tapi baru perasan emas tu tak protected bawah PIDM. Mmg semua emas  ...

apa pidm?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2025 02:06 PM | Show all posts
kitaserupaaa replied at 11-10-2025 10:55 AM
Aku beli emas bwh maybank (MiGA) tapi baru perasan emas tu tak protected bawah PIDM. Mmg semua emas  ...

so..

lepas beli emas MIGA secara online

pi ambik fizikal emas tu kat bank
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.122963 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list